"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

#Menyambung perjuangan

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday, 31 January 2012 4 perkongsian


Assalamualaikum wbt, rasa janggal pulak bila nak menaip di blog ni, rasa macam menulis di blog orang lain. huh Sbbnya dah tak lama menaip. Kalau dulu,hari-hari nak taip, tapi sekarang dengan projek-projek dan aktiviti yang tak menentu, sangat terbatas untuk menulis disini.

Kehidupan sekarang makin hari semakin mencabar, dengan persekitaran IIUM Gombak yang sangat memerlukan saya lebih berdikari, dengan kawan-kawan yang banyak kerenahnya, ada yang kuat merajuk, ada yang suka keluar, ada yang tak kisah hal orang lain dan bermacam-macam ragam lagi. Kadang-kadang pening dengan kerenah mereka lagi daripada pening dengan projek-projek. Tapi itu semua adalah dugaan hidup, kalau tiada benda tu semua, kita tak tahu macam mana nak menghadapinya kelak kan. Allah itu maha mengetahui. :)

Alhamdulillah, di IIUM Gombak, selepas saja pulang dari Kemboja, kami bekas2 pimpinan dan ahli-ahli kelab PERKIM di foundation dahulu telah berjaya membuka "link" perjuangan. Apadia tu? Dengan tertubuhnya PERKIM Secretariat IIUM, saya dan kawan-kawan dapat 1 link untuk menyambung perjuangan dahulu, syukur. Namun, kerana masih tak biasa dengan proceeding di kampus baru, kami terpaksa bermula dari bawah. Tapi i.Allah, ada ramai yang bersemangat untuk perjuangan ini. :D

Tapi saya-Rasa nak bagi jawatan kat orang lain daaa. Bebanan projek sangat-sangat membimbangi. :(

Travel#Cambodia with love

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday, 19 November 2011 4 perkongsian

Bismillahirahmanirahim.

Ya Allah, lama sangatx3 tak menulis di blog ni. Follower ramai tapi takde up to date entry, kesian kat blog, kesian kat pembaca. Minta maaf, tu je ungkapan yang saya boleh beri. Sbb? Sibuk dan internet yg kurang baik. Sibuk dgn aktiviti lain dan internet yg lembab, nak upload gambar pun susah. Sejak masuk semester haritu, ni lah baru saya sempat balik ke kampung. Lama tak lama, dekat 5 bulan juga. Bila dah start ada projek, agak malas nak bercuti, lagipun cuti macam tak cuti, ada aje homeworks yang perlu dibuat. Iyelah, itu adat belajar kan. Bersabarlah.

Kaya dengan padi.

Cuti hari raya korban pun baru-baru ni tak balik. Alhamdulillah, walau tak balik dapat rasa ke negara orang, Kemboja. Itu pun atas urusan korban juga. Tinggal lah seminggu lebih kat sana, dari awal cuti semester sampai habis. Lepas tu, projek bertindih-tindih, dah tak sempat untuk balik bercuti. Takpelah, bisik hati, ini juga adalah satu perkorbanan kan. :)

Entry ni pun khas untuk cerita di Kemboja haritu, tapi secara yg sangat ringkas. Rombangan yang tujuannya membawa amanah orang sampai di Phenom Phenh dan terus bergerak ke perkampungan yang menjadi tempat tidur kami. Perjalanan tambah tolak dari airport ke kampung lebih kurang 2-3 jam. Setiap pelajar dipecah kepada 2 orang 1 rumah/keluarga angkat. Saya menerima keluarga angkat yang sangatx2 baik, sebenarnya semua orang islam kat sana sangatx2 baik. Alhamdulillah walaupun dalam 6 anggota keluarga angkat saya tu cuma 1 saja yang dapat berkomunikasi dalam bahasa inggeris, kami tetap diterima dan memahami antara satu sama lain.

Ma, Yah, Dol Rony, Azimah, Hasanah dan Nasir. Mereka adalah ahli keluarga saya di Kemboja sana. Hanya Rony yang boleh berbahasa Inggeris walaupun kurang fasih, namun apa yang kami perkatakan, dia boleh memahami. Sebelum ke sana, kami ada juga belajar bahasa Kemboja, ada yang exited boleh hafal apa yang diajar seperti makan=hop, sudah makan=hop bai. Itu je yang saya ingat, itupun belum tentu betol. :p

Sesampai je di kampung, kami terus dibawa ke kampung yg sudah siap ditempah lembunya bagi upacara korban. 30 ekor lembu ditempah untuk 3 hari. :p Kerja kami pergi ke setiap kampung untuk bantu kerja2 semelih. Melapah dan membahagi daging dibagi kepada orang kampung untuk menguruskan. Ada 1 kampung, 3,4 ekor lembu yang disemelih. Bak kata orang, 30 ekor lembu tu kalau tak dicuba sendiri untuk menyembelih, rugi besar.

Alhamdulillah, idea daripada ustazah saya sendiri membuka minda saya untuk menyembelih. Ape taknya, kat Malaysia, memang kerja ni orang tua-tua saja yang sanggup dan boleh buat. Yang muda biasanya boleh tolong melapah, itupun kalau pandai. 1st time, berjaya juga saya menyembelih seekor lembu. Tak rasa apa2, cuma berbekalkan ilmu yang ada waktu berkursus menyembelih dan sedikit praktikal serta pemerhatian sangat2 membantu. Mudah!!! Rasa nak lagi.:)

Hari keempat kami menyembelih seekor lagi lembu, aqiqah amanah daripada orang Malaysia juga, pada masa yang sama, kami buat makan2 dan menjemput mufti, wakil agama, polis2, jabatan2 tertinggi di Kemboja. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Itulah ceritanya sehinggalah hari-hari terakhir, kami ke ibu negara kembali untuk melihat sekitar2 Kemboja. Kemudian, pulang semula berjuang di bumi tumpah darah sendiri. :)

Saya tak mampu ceritakan secara detail di blog, ada gambar saya upload di fb*saya dh berfb skrg, dan ada diselitkan disini sedikit. Moga terhibur. :D

pondok
saya menyembelih lembu.exited!
tolak tut-tutt.(teksi)
perjalanan yg sukar perlu ditempuhi setiap hari, tapi very interesting.
ini keluarga angkat saya.
lelaki perlu kuat mempertahankan diri.:p
dari kampung ke kampung
tenang kan?
sebelum pulang.
selamat pulang
Saya merenung awan.
Sampai sudah di Malaysia:D

Mana Mak?

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday, 21 August 2011 3 perkongsian

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

*Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari awek,isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? Shared:Penyu Bekeng P@lAm.

Khasiat Minum Susu =)

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 10 August 2011 4 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...

Saya promote susu hari ini. Rasulullah s.a.w meminum susu, malah baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan sangat berbeza dengan minuman atau makanan lainnya.

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"bersama Rasulullah s.a.w, aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,l alu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu, lalu baginda meminum sebahagian darinya. Pada waktu itu, aku berada di sebelah kanan baginda, sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya. Kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu, jika engkau berkenan, berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."
....

Walaupun ramai rakyat Malaysia menyedari susu adalah minuman penuh berkhasiat, ramai yang tidak mengambilnya sebagai sumber nutrisi harian.

Kajian menunjukkan kadar purata pengambilan susu di kalangan rakyat Malaysia adalah seminggu sekali yang berbeza sekali dengan saranan Panduan Piramid Pemakanan Malaysia (2010) yang mengesyorkan pengambilan satu hingga tiga gelas susu sehari.

Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda.

Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses yang tidak boleh diterbalikkan.

Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya.

Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda minum adalah memadai?

Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 milligram kalsium setiap hari.

Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari.

SUSU KALSIUM TINGGI

Produk susu Anlene baru-baru ini mengumumkan penemuan klinikal yang penting iaitu susu ini dapat memulihkan kekuatan tulang dalam tempoh empat minggu sahaja.

Penemuan terbaharu ini adalah hasil ujian klinikal yang pertama seumpamanya dikendalikan oleh pakar-pakar tulang di rantau.

Pada hakikatnya, tulang manusia mula merosot seawal usia 30 tahun. Kadar kemerosotan mula melampaui kadar penjanaan semula di peringkat ini.

Yang paling penting, untuk memastikan tulang yang lebih kuat, setiap orang perlu mempunyai kombinasi tepat zat yang diperlukan tulang pada tahap yang disyorkan.

Pengurus besar bagi Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, John McKay, juga berkongsi pandangan akan program seluruh negara Fonterra bagi warga Malaysia; Pemeriksaan Kesihatan Tulang yang dijalankan di kawasan bandar dan luar bandar. Fontera merupakan pengedar susu Anlene.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengapa penting untuk mengekalkan kekuatan tulang.

"Kami telah memeriksa lebih 150,000 orang. Selepas memeriksa mereka menerusi program pemeriksan ini di tempat-tempat awam, majoriti responden didapati berada dalam zon oren, iaitu bacaan antara (-ve)-1 dan (-ve)-2, yang menunjukkan risiko sederhana bagi tulang rapuh dan bahaya menghidap Osteoporosis," kata McKay lagi.

Zon hijau iaitu bacaan antara 2.00 dan -0.99 menunjukkan risiko yang rendah, (-ve) -2.49 hingga (-ve) -1.0 menunjukkan risiko sederhana, sementara kumpulan berisiko tinggi akan menyaksikan bacaan antara (+ve) +2.5 dan (+ve) +4.0.

Program pemeriksaan ini menggunakan mesin ultrasound.

Penulis ini juga mengambil peluang untuk menguji kekuatan tulangnya dan mendapati keadaan tulangnya adalah memuaskan dengan beliau berada dalam kategori risiko rendah.

SUSU TIDAK MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN

Duta jenama bagi Anlene, Datuk Michelle Yeoh juga hadir pada majlis memperkenalkan susu Anlene baru ini yang dikatakan lebih berkesan dengan susu ini membantu mengekalkan tulang yang kuat dalam tempoh 4 minggu sahaja.

Beliau menekankan yang susu ini adalah baik bagi kesihatan dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan.

"Lihatlah saya, saya bukan gemuk. Sebenarnya saya meminum susu sejak zaman kanak-kanak lagi. Pilihlah produk lemak rendah," kata bintang filem ini.

Anlene juga memperkenalkan iklan terbaru pada majlis itu, yang menggambarkan seorang penari wanita yang melenturkan badannya ke belakang.

Beliau terdengar bunyi geresek tulang semasa melakukan gerakan itu yang mengejutkan beliau dan pasangannya, beliau terus memutuskan untuk mengambil susu yang disyorkan untuk memulihkan semula kekuatan tulangnya dalam tempoh 4 minggu sahaja.

GAYA HIDUP AKTIF

"Saya suka dengan iklan baru ini dan mesej yang disampaikan adalah jelas sekali. Lelaki dan wanita perlu menjaga dengan baik tulang mereka. Dan kebanyakan rakyat Malaysia buat masa ini hanya mengambil 50 peratus daripada jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari. Ini tidak cukup untuk mengekalkan kekuatan tulang mereka," tambah Yeoh, yang juga mencerita aksi-aksi 'stunt' beliau dalam filem terkininya dengan penggambaran di Taiwan dan China.

"Kali ini 'stunt' saya lebih mencabar daripada yang sebelumnya. Saya terpaksa lompat dari bumbung ke bumbung untuk melawan penjahat. Perlu banyak gerakan lompat dan meregang badan," beliau menjelaskan lagi.

Filem terbaru Yeoh "Rain of Swords" kini di peringkat akhir penggambaran dan dijangka ditayangkan bagi tontonan umum pada Oktober ini.

PERASA POPULAR DI MALAYSIA

Syarikat-syarikat pengeluar susu di negara ini memberi perhatian serius kepada kumpulan sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum susu termasuk pilihan perasa berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta faktor usia dan demografi.

Produk susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai 80 peratus daripada pasaran dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta bagi penyelidikan tulang.

Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene yang menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu kalsium tinggi.

Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan daripada segi penyelidikan dan inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk tenusu terbaik bersama nutrisi terbaik bagi kesemua peringkat pengguna kami. Kami juga mengambil kira citarasa pengguna tempatan dan mempertimbangkannya bagi pembangunan projek di masa depan."

Produk-produk tenusu yang sihat termasuk dadih, keju dan mentega.

Rakyat Malaysia hendaklah terus meningkatkan kesedaran akan keperluan pengambilan kalsium mandatori setiap hari.
-- BERNAMA

Takziah buat keluarga orang asli di Cameron Highland

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Thursday, 28 July 2011 2 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...

Dalam kita bergembira menyambut bulan ramadhan, ada pula saudara kita yang dilanda musibah yang siapa pun tidak menyangka. Semua itu kuasa Allah. Dalam waktu yang sama, perancangan yang lama telah dibuat oleh pelajar-pelajar UIA (Kuantan, Petaling Jaya dan Gombak) untuk meraikan ramadhan di perkampungan orang asli di Trisu seperti tahun lepas. Jarak perkampungan orang asli yang dilanda musibah itu tidaklah jauh mana dengan kampung yang pernah saya pergi dahulu, kerana masing2 berhampiran dengan Tanah Rata, Cameron Highland.

Tak dinafikan, kebanyakan penepatan di Cameron Highland mempunyai risiko yang tinggi seperti perkampungan yang dilanda musibah tersebut. Penepatan mereka terdedah dengan pengaliran air yang deras kerana disana kapasiti hujan tinggi, tidak menentu dan pengaliran air tidak diselenggara dengan baik. Seperti mana kampung yang saya pernah pergi, tempat penginapan kami adalah ditepi lereng sungai walaupun jaraknya 100 meter. Terkejut juga bila kami baru perasan yang ada sungai yang deras dibawah sana manakala kami berada beberapa kaki diatasnya, curam.

Ingat lagi ketika pertama kali ke sana, kami terpaksa melalui lereng bukit yang sangat2 berbahaya, dan di tengah2 perjalanan terdapat tanah runtuh. Ketika itu lencongan jalan telah disediakan tetapi agak berbahaya. Masih terbayang didalam minda saya, ketika mendongak keluar tingkap kenderaan, melihat rumah-rumah kecil orang asli dibawah cerung jalan yang kami lalui. Dan tak silap saya juga, kami sesat waktu pertama kali ke sana 2 tahun yang lalu, itu semua pengalaman yang indah walaupun tersesat. :-)

Dibawah ada petikan berita Bernama sebagai info yang ringkas mengenai kejadian yang menimpa di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang dilanda kejadian tanah runtuh baru-baru ini merupakan salah satu daripada dua perkampungan orang asli yang terkenal di Cameron Highlands, Pahang.

Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap
Keadaan dari atas tanah runtuh di Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highland.

Anggota bomba membawa mangsa tanah runtuh.

Perkampungan itu dan perkampungan Orang Asli Kampung Pagan adalah perkampungan yang terkenal dengan aktiviti pelancongan antaranya lawatan berpandu dan inap desa. Pakej pelancongan di perkampungan itu juga merupakan salah satu daripada 16 pakej pelancongan yang mempromosikan lawatan ke perkampungan Orang Asli di negara ini yang turut mempromosikan pakej pelancongan di Taman Negara dan Hutan Belum.

Sebanyak 145 buah rumah terdapat di perkampungan tetap Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata yang turut menempatkan kira-kira 1,300 orang penduduk dan perkampungan itu terletak kira-kira 5km dari Pekan Tanah Rata.
Pada masa dahulu memburu menggunakan sumpit, memancing dan mengumpul hasil hutan merupakan aktiviti harian penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun dengan arus pemodenan, aktiviti pelancongan menjadi antara aktiviti utama di samping penduduk beralih pekerjaan dengan bekerja dalam sektor kerajaan serta swasta.
Arus pemodenan turut merubah wajah perkampungan itu antaranya perkhidmatan langganan televisyen satelit berbayar dan penubuhan sebuah Pusat Teknologi Maklumat bagi memastikan penduduk di kawasan itu celik IT.

Kerajaan sentiasa memantau keperluan dan kebajikan penduduk Orang Asli di kawasan itu dengan penubuhan pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Cameron Highlands, satu daripada pusat peranginan tanah tinggi terkenal di negara ini berada 1,829 meter di atas paras laut, bercuaca sejuk dengan suhu antara 10 dan 20 darjah celsius. Selain Tanah Rata, dua lagi pekan utama di Cameron Highlands ialah Ringlet dan Brinchang. - BERNAM

Takziah kepada keluarga yang terlibat dan mempunyai kematian dalam kejadian yang menimpa, semoga apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. i.Allah.

"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara."

p/s: Saya batalkan hasrat untuk ke Anugerah Sri Cemerlang'11 dan ke Perkampungan Orang Asli di Cameron Highland bulan ini.:-( Sedih tapi banyak keutamaan yang lain perlu saya halusi dahulu disini. i.Allah next time, boleh!


Aizat Amdan - Erti Hari Ini

Menabung-nabung.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 13 July 2011 8 perkongsian

Salam wbt. =)

Dah lama tak update blog ni. Minta maaf kepada pembaca2 setia (bajet), saya tak sempat nak update blog kerana kesibukan bekerja. Biasa keluar rumah dalam 8.30 pagi dan pulang pulak lebih kurang 6.30-7.00 malam. Memang tak tepat, ada kurang ada terlebih. Waktu malam pula habiskan waktu dengan ayah dan emak je didepan tv, kadang2 ada juga on9, cuma sekejap. Dulu2 ingatkan tak penat kerja mcam ni, tapi penat juga rupanya, penat guna otak untuk berfikir, penat berdiri dan penat bercakap.

Haaaaai... duit memang senang nak abis kan. Bulan ni dah beratus2 habiskan duit. Duit dalam bank hampir semua dikorek. Tapi tak menyesal pun, habiskan duit untuk keperluan diri =D. Cakap soal duit memang takkan habis-habis, semua bende sekarang perlukan duit. Tak yah citer lah, orang dah tahu. So, next month is ramadhan. Moga dapat MENABUNG banyak-banyak.

MENABUNG pahala, ilmu, duit =) dan sebagainya.

Rasanya sesuai istilah menabung ni untuk dikaitkan dalam bulan penuh barakah, ramadhan. Ye, tak lama lagi kita akan berpuasa, bermulalah tabungan kita untuk menjejaki mardotillah. Tapi bukan lah bulan ini saja perlu kita menabung. =D

Sambil blogwalking sekejap tadi, dapat lihat sudah ada blog-blog yang updated mengenai ramadhan. Tak kisahlah blog itu statusnya iklan, kisah sendiri, pelajaran mahupun hiburan, akan ada juga sedikit pasal ramadhan. :D

Bulan ni saya MENABUNG penuh di kampung, i.Allah. Cumanya kalau ada kelulusan, mungkin boleh MENABUNG di Perkampungan Orang Asli lagi ramadhan kali ni. Program kemasyarakatan di Cameron. Mesti seejukkkkkk....:-p Dah lama sebenarnya dipanggil untuk menabur pengalaman bersama-sama sahabat dari Kuantan dan adik-adik baru di Petaling Jaya, guide mereka yang mana mampu, i.Allah.

Tapi itulah, TABUNGAN kat rumah pun mesti banyak waktu ramadhan nanti. Jamuan berbuka puasa anak-anak yatim mahupun program kecil-kecilan keluarga. YaAllah, seronoknyaaaa mendengar bila ada kawan-kawan yang dapat MENABUNG di Tanah Cuti. Tentu lebih hebat tabungan mereka kan. *smile*

Moga Allah permudahkan kerja-kerja kita di bulan ramadhan dan seterus-terus nya. =D

7 tahun | Pertama kali melangkah ke sekolah

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday, 9 July 2011 5 perkongsian

Peristiwa hari itu yang menjangkau 13 tahun. Hari itu menjadi ingatan buat diri saya. Seminggu sebelumnya, ayah dan emak sudah selesaikan persiapan untuk saya meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah. Itulah detik pertama kali saya memasuki sekolah, darjah 1.

Kata mak, "nanti belajar sungguh-sungguh, jadi murid yang bagus, dengar kata cikgu." Itulah biasa yang diingatkan setiap hari.

Tempat perhimpunan pagi

Pendaftaran selesai sehari sebelum masuk belajar, mak meminta saya ke sekolah bersama abang walaupun saya berkeras mahu mak menghantar. Tapi apakan daya, saya tak boleh melawan kata mak, saya terpaksa menurut dan akur dengan kata-kata mak yang mahu saya ke sekolah bersama abang di hari pertama. Ingat lagi waktu itu, pagi yang sangat dingin tak pernah dirasai sebelumnya. Terpaksa bangun jam 6 pagi untuk bersiap2 berebut bilik air walaupun bilik air sudah ada 2. Abang, akak dan saya yang bersekolah rendah. Abang sudah di darjah 5, akak di darjah 4 saya pula baru memasuki darjah 1. Manakala adik bongsu saya masih kecil.

Bangunan baru yang sempat 3 tahun saya belajar di dalamnya.

Saya diminta membonceng dengan basikal abang, kakak pula naik basikalnya sendiri. Masih tersimpan dalam ingatan saya, abang memboncengkan saya dipagi hari pertama itu sambil saya menggalas beg kotak besar warna oren. Masih teringat bila saja kami keluar dari kawasan rumah, sepupu-sepupu yang berada berhampiran rumah turut keluar bersama di suatu selekoh yang menemukan kami.

Sampai di sekolah, abang memimpin saya ke kelas. Kakak saya terus ke kelasnya. Bangunan kelas saya ditepi jalan. Kelas itu adalah yang ke 3 dari pintu masuk utama. Kelas itu masih ada sekarang. Saya duduk di bahagian sebelah tepi tingkap. Ada 3 meja disitu, saya duduk ditengah2 bersama kawan yang saya baru kenali walaupun dari kampung yang sama.:p Keadaan di tepi kelas, bangunan lama dulu masih tersimpan dalam benak fikiran.

Tapi sekarang, bangunan2 itu sudah bertukar wajah. Lebih cantik dengan solekan cat bermutu dan ceria. :-) Bangunan-bangunan itulah yang menepatkan manusia-manusia yang berguna sekarang ini. Blog sekolah http://skktktrg.blogspot.com/

Carilah penyembuh terbaik.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Monday, 27 June 2011 5 perkongsian

Bismillahirahmanirahim....

Dalam penulisan di blog, saya sangat bimbang jika terdapat tafsiran mahupun difinisi yang saya terangkan tidak difahami oleh orang yang membaca. Kadang-kadang ia menjadi igauan yang membuatkan saya bangun kembali dari tidur dan mengubah beberapa ayat yang saya tulis. Lucu kan? Tapi bagi saya, setiap apa yang saya cuba sampaikan, biarlah ia masih boleh difahami oleh semua orang, walaupun tak seberapa ada input, walaupun ia cuma sekadar pengalaman budak hingusan seperti saya.

Kecacatan
KecelakaanPerkahwinan
Carilah penyembuh terbaik dari awal lagi...

"Suatu hari nanti, mesti anta mahukan kehidupan yang baik seperti memiliki keluarga yang bahagia, zaujah yang solehah, anak yang soleh solehah, dan pekerjaan yang bagus." kata seorang akh.

Siapa tidak mahu begitu kan, tetapi apakan daya kita hanya sekadar merancang semata-mata. Sudah bersediakah kita jika apa yang kita rancang terpesong jauh? Sudah bersediakah kita apabila hajat yang kita usahakan selama bertahun-tahun hancur begitu sahaja? Sudah bersediakah kita menghadapinya? Wallahualam...

Demikian itu, carilah awal-awal penyembuh terbaik untuk sebarang kemungkinan yang akan mendatang.

Tarik nafas sedalam dalamnya...

sebelum tiada lagi upaya untuk kita menarik nafas....

Lihat saja di akhbar-akhbar kita, ramai yang cacat dalam sekelip mata, muflis, kematian orang yang tersayang, putus cinta, putus harapan, retak rumah tangga mereka dan bermacam-macam lagi.

Apa yang kita akan lakukan jika kita yang berhadapan dengan dugaan ini?

Meraung menangis? Berdiam diri? Mengurungkan diri didalam bilik, didalam rumah? Menyalahkan tuhan?

Sebab itulah semua perkara yang kita lihat sekarang ini, perlu kita jadikan ikhtibar dan pengajaran, yang perlu kita fikirkan kerana tidak mustahil ia akan terjadi pada diri kita.

"Orang yang kaya mungkin boleh miskin dengan sekelip mata dengan izin Allah, orang yang miskin boleh kaya dengan sekelip mata dengan izin Allah. Orang yang koma boleh tersedar dalam komanya sekelip mata dengan izin Allah. Dan mungkin kita yang lincah bercakap, menulis, belajar, bekerja dengan sekelip mata boleh menutup mata menghadap illahi."

Walaupun hanya berada di Bandar Persisir Air, sudah banyak pengajaran yang boleh saya ambil daripada masyarakat disini. Disin saya melihat orang, siapa sangka yang tiada tangan, kaki boleh menjadi pengurus, pengarah. Siapa juga menyangka yang hanya demam dan selsema, ia menjadi peminta sedekah di kaki lima dan banyak lagi....

Tiada siapa yang perlu disalahkan. Yang menetapkan semua itu adalah Allah dan hanya dari inti jiwa kita yang mahu atau tidak mengubahnya. Dan perlu diingatkan, kita perlu memikirkan kemungkinan kemungkinan itu semua supaya ia menjadi penawar kepada kita jika ia terjadi pada kita suatu hari yang sesiapapun tidak boleh mengubahnya.

P/S: BANYAK tulisan disini mengikut perasaan, maaf. Saya bukan pengarang yang bagus, bukan juga penulis yang hebat, saya hanya menulis sekadar apa yang saya rasa, sekadar apa yang saya faham, sekadar apa yang Allah ilhamkan, sekadar apa pengalaman yang saya ada. Mungkin selepas ini, saya tidak lagi menulis atau terus menulis, siapa tahu. Dan jika saya mempunya z***ah, ingin benar saya meminta dia menulis walaupun tidak di blog, di mana-mana pun jadilah. :-D


Sami Yusuf - Healing

Diari Urus Niaga 4.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday, 25 June 2011 8 perkongsian


Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur menaip bait-bait pengalaman disini. Sepanjang kerja part-time sebagai pembantu jualan di sebuah kedai emas keluarga terdekat, banyak pengalaman yang ditimba. Bohong kalau saya katakan saya tak rindukan alam pembelajaran. Jiwa ini terlonjat-lonjat untuk meneruskan pembelajaran di IIUM terchinta. Mahupun begitu, perasaan gugup untuk perjuangan ini masih menyelip berkelip dalam diri ini. Saya akan terus berjuang menghabiskan Ijazah Seni Bina yang sangat mencabar tu..

"Tiada life jika anda sebagai student archi, makan minum tidur kadang-kadang di studio, kadang-kadang di bilik"

Itulah yang saya dikhabarkan dahulu. Tapi saya rasa Tuhan maha adil, saya sempat saja tidur dikatil hostel, makan dan minum di cafe, berjalan-jalan ke sana ke mari mahupun bergiat aktif dalam organisasi. Astagfirullahalazim, mungkin ada ujian lain yang dibagiNya yang tak saya sedar.

Kehidupan belajar memang tak sama dengan bekerja. Walaupun waktu dan kerahan otak kadang kala lebih kurang sama dengan belajar, tapi ada juga sekelumit yang berbeza. Sepertinya bila bekerja, kita akan berhadapan dengan masyarakat 99%, mungkin 100%. Bagi saya, cabaran bekerja lebih hebat dari belajar dan berorganisasi. Namun, suatu kelebihan kepada mereka yang pernah bersuka duka berorganisasi dan pernah terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Tak dinafikan ada saja orang yang sudah dilahirkan menyerlah bakatnya berhadapan dengan masyarakat ataupun telah dididik oleh orang tuanya dari kecil tanpa perlu digilap lagi. Hebat kan!

Masih dalam diari urus niaga saya...

Sewaktu perjalanan menuju ke kedai setiap pagi, saya akan meninjau jauh ke luar tingkap kereta yang biasanya dipandu abang. Jika cermin dibuka, sempat juga saya menghirup udara pagi Kuala Terengganu yang sekarang ini biasa saja hujan dan mendung setiap hari. Melihat gelagak orang-orang Bandaraya Persisir Air keluar ke bandar untuk menjalankan rutin harian yang mahu tak mahu perlu untuk menjana kehidupan akan datang. Ada yang perginya dengan kenderaan-kenderaan mewah, Mercedes, BMW ataupun Toyota. Tak kurangnya yang menunggu bas dari awal pagi lagi dengan beg bekalan yang berat di tangan, dan ada juga yang mengayuh basikal yang diraganya mempunyai isian makanan yang akan dijual di pasar-pasar dan di kedai-kedai.

Beruntungnya kamu diberi rezeki melimpah-limpah.

Sepanjang 2 bulan bekerja di bandar, saya sering dilanda banyak perasaan yang sangat mengigatkan saya pada pencipta kita. Bila berada di kedai, akan ada makcik-makcik yang datang menjual makanan. Bukan itu yang saya highlight kan, tapi kesungguhan mereka yang kiranya boleh dipanggil nenek yang sepatutnya tinggal di rumah dijaga anak cucu. Sering juga saya melihat pakcik makcik menunggu bas sambil melihat jam dan disisinya beg, guni yang besar serupa barang jualan mungkinnya untuk dijual. Dalam hati saya, sudah tentu mereka sudah awal pagi tercegat disitu menunggu bas. Saya pula laju dibawa kereta isian petrol menuju laju tanpa perlu berdiri menunggu. Adakah saya sangat memerhati? Sedih akan menyelubungi saya, terasa ingin membantu semua mereka tapi siapa saya yang mampu berbuat begitu sedangkan saya sendiri hidup penuh dengan sederhana.

Bila di kedai, melayan pembeli yang membeli barang-barang yang harganya seperti sebuah kereta ataupun boleh membayar muka rumah, saya membandingkan mereka dengan apa yang dilihat saya sehingga diselubungi kesedihan itu, mereka seolah-olah ibarat langit dan bumi. Istigfar saya secukup-cukupnya supaya tidak ada perasaan menolak ketentuan tuhan.

Membelek mathurat, terlihat doa ini " Ya Allah, pada pagi/petang ini kami nikmati afiat pemberianMu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku , maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atask, di dunia dan akhirat."

"Ya Allah, nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi/petang hari seseorang di antara makluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, makan bagimu segala puji dan syukur."

Menginsafi apa yang Allah tunjukkan pada diri ini...tiada duka yang abadi, insyaAllah.

*hari ini dan semalam, lebih kurag 5,6 orang datang membeli cincin untuk penyatuan ikatan seperti bersatunya adam dan hawa.:-) Salah seorang daripada mereka seorang akhi seusrah yang akan mendirikan rumah tangga bulan depan. barakallah alaik...




Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor