"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Nikah Muda dan Bahagia

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Sunday, 29 March 2009


Nikah Muda dan Bahagia

Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu?

Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud: “Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “ (Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32) Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda, “Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya: "Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah" Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab; "Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami ""Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu" (Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya, "Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .Jawab sahabatnya,"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?" Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah

“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

sumber:iluvislam

16 perkongsian

  1. ehem..ee..rr... :p

     
  2. :: private:: Says:
  3. hmm...x sgka...kalo tu,jmput sy skli,,,jgn lupe..

     
  4. ehs..ape yg x disangka disangkakan?(berbelit ayat)
    jgn tersalah sangka, kerana sangkaan salah membawa prasangka..:-p

     
  5. akh kalau nk kawen,jemput b2 ngan org lain skali,jgn wat senyap gitu,coklat tu bungkus elok2 ye,kalau boleh ltk byk sikit.....lame x mkn nasi minyak

     
  6. hahha..b2 ni,syarat ckp ke dop ag au kwen or

    ni,sy da soklan yg musykil la jugak..da sy dgr dr sorng hamba Allah yg byk ilmu agama..

    "awk semua besar dah kn,boleh r bercinta..dgn cinta pantulan illahi"

    wat do u think?hmmm...nk pndpt

     
  7. banyak mana ilmu yg dia miliki tu???
    xpayah cintan cintun kalau tak pandai JAGA DIRI..buat dosa je..

     
  8. apesal suh akh bungkus coklat b2? pembetulan: b2 yg kene bungkus coklat..kih3
    xde la..saje je post bende ni sbb ada senior blog yg kawin, bagus ar beliau..sape? x kenal jugak, kenal ikut blog je..kih3..

     
  9. hamba yang dhaif~ >> maksud die bercinta tapi masih jaga batas ke?

    akh qi >> lailahailallah...x ingat, ye lah b2 kene bungkus,gane boleh x ingat....x lame dh ni...akh boleh dh mkn nasi minyak kekgi

     
  10. to akh;sebenrnya sy dgr dr ustaz/ustazah..sy cuma nak tau pe mksd d sbalik ayat di atas or..adakh kerana Allah?

    to b2:mybe mcm tu r b2 r..sy x confrm ne..mybe da yg paling arif tau..kbtln tuan punya blog ni post sal nikah kn..nk selit2 r skit

     
  11. b2: yela, kalu nak sangat makan nasi minyak nnti akh belanja kat kantin skolah tu, boleh aje...bila nak? cepat2 sblum akh ubah fikiran...

    hamba: dhaif sangat ker? ape yg kkurangan kat tuan hamba sampai mengakui diri tu dhaif? kalau macam tu, baik tanya je ustaz/ustazah tu kan.. lagi senang dapat jawpan, sapela diri ni nak bagi jawapan, ilmu tak mencukupi lagi..org kata bak "bayi yg baru pandai melemparkan senyuman.."(boleh ker kiasan ni?!, ok ar)

     
  12. :: private:: Says:
  13. sy x b'prasangka pom,,sje je kata gitu..mane r tau,,snyp2 da nk kawen...

     
  14. x kan senyap nyer..kih3
    tngok pic ni, suami soleh dan isteri solehah --> http://2.bp.blogspot.com/_aWWqDLEHBHc/Sc8TLpcaByI/AAAAAAAAAYg/OiXN6kaKAbs/S850-R/DSC01547(2).JPG

     
  15. :: private:: Says:
  16. sape tu?? abg kakak awk ke? xkan awk kott... ^^

     
  17. senior blog..ntah..org mane tau..
    x kenal..

     
  18. akh qi >> bahagia napok senior blog tu

    hamba dhaif >> boleh ke bercinta tapi masih jaga batas... bagi pandangan b2...xleh...sbb kekgi jadi zina hati..mesti teringat...

    sedap kahwin mude ke tua? sedap kahwin ngan org mude ke org tua? (haha)^_^

    p/s:kalau bab kahwin deras sgt...

     
  19. haha...deras2...
    hahaa..letih layan budak2 ni...
    best kawin muda, tapi itu pun kalau duit ada, mane nak dapat duit? rompak jela bank, mesin ATM,..(jgn ikut lagak ini)..
    kawin awal ni ad bagus dan baiknya..hehe..pnjg plak kalu cite ni...feningx3

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor