Ini mungkin cerita lama, namun ini blog saya, suka pada hati saya untuk meng'post' apa-apa yang disukai. Charles Darwin dianggap satu nama besar dalam kajian sarjana mengenai asal-usul manusia (evolutionary biology). Beliau berasal dari keluarga Yahudi. Semasa kecilnya dia dianggap budak nakal. Hingga ke usia tua, cara Darwin berjalan kelihatan agak sukar, pergerakan tangannya pun dianggap kekok. Bila berjalan, tubuhnya agak berbuai. Bila tua, dia jadi bongkok. Ketika ketawa, dia selalu ketawa besar sambil mengangkat kedua tangannya atau menepukkan tangannya ke pehanya. Dia juga bukan seorang yang petah berkata-kata. Dia dianggap sukar menghujah dan pada permulaan kata-katanya dia selalu gagap sedikit. Semasa mudanya Charles Darwin dianggap anak muda yang malas, dalam pelajaran dia dianggap lemah. Anda boleh rujuk di sini untuk tahu latarbelakang Darwin.
Sebenarnya sekarang ini pendapat Darwin bahawa manusia itu berasal dari beruk telah dikritik hebat. Paling menarik, ianya telah dikritik hebat oleh seorang Islam yang bernama Adnan Okhtar, lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya. Anda boleh melawat laman web Harun Yahya di sini.
Saya tidak akan menulis panjang untuk artikel ini, cukuplah untuk saya sekadar menghidupkan bunga apinya.
0 perkongsian