Salam alaik...Pejam celik, pejam celik, dah nak abis semester dh. Rasa baru je masuk semester 1 tahun 2. Rindu untuk berprogram dengan masyarakat memang tak akan abis. Tiap kali abis program, (sweet) kemanisan tu akan dirasai hingga ke program akan datang. Semangat, pengalaman dan kekurangan sentiasa ditapung, dan diolah baikkan sekadar termampu untuk program akan datang.
Bagi aku dakwah itu wajib, walau pelbagai cara. Dari segi penulisan, ucapan, perkongsian dan sebagainya. Malahan, menunjukkan akhlak yang baik pun dikira berdakwah. insyaAllah kalau niat kita tidak terpesong. Islam itu mudah, kita mudah untuk mendapat pahala, tapi tak kurang jugak untuk mendapat balasan. Sebagai contoh, setiap pekerjaan yang kita laksanakan jika diiringan dengan nama Allah, kalam Allah, insyaAllah kerja baik yang kita laksanakan itu mendapat pahala. Mengutip sampah di jalanan sebagai contoh.
Dulu masa nak cari peserta untuk program masuk kampung sangat susah, semua sibuk dengan hal masing2, takut untuk berhadapan dengan masyarakat, bimbang keselamatan diri, kebersihan diri, kemudahan tandas, tempat penginapan, makanan, minuman dan macam2 alasan dibawa. Walaubagaimanapun, sikap itu sudah semakin terkubur dek kerana ramai anak muda sudah diajar untuk berdakwah melalui dakwah training anjuran PERKIM Keb. Alhamdulillah. Moga generasi demi generasi mewarisi sikap tanggungjawab ini insyaAllah.
0 perkongsian