"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Ikat Raudhah Festival 2010, Buka SMAC.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday 16 November 2010

Bismillahirahmanirahim...
Kurang saya post mengenai Rafest 2010. Tangan ni rasa lemah bila nak menulis pasal rafest sbbnya koleksi gambar2 rafest tak dapat diupload disini dari ex-hard disk. Ni kerana gara-gara takut ex-hard disk saya dimasuki virus daripada laptop. Astagfirullah, banyaknya virus dalam laptop saya. Saya tak tahu dari mana puncanya, kata kawan dari pendrive customer2. (Saya peniaga juga di UIA) . Boleh dikatakan semua laptop dalam bilik saya terkena virus sama yang sangat gila-gila ni. Dan laptop saya adalah yang paling teruk kerana ia menjadi centre.

Tinggalkan soal tu, saya cuba membawakkan roh saya kedalam Rafest 2010 kembali walaupun dah berlalu. Rafest tahun ni berjalan seperti apa yang dirancang walaupun banyak masalah yang timbul, adat lah sebab yang menguruskan nya pun bukanlah professional. Tak layak bercakap soal professional. Meriah, meriah pada saya di bazaar. Sebab, di program lain, siapa yang hadir sahaja merasai kemeriahannya. Betul la kan. Program asing2, bukan 1 bah sekaligus. Tak macam di bazaar, semua orang berkumpul, membeli makanan dan membuat kerja, disitu jelas nampak meriahnya. Sangat happening!

Dalam rafest 2010, saya ditugaskan untuk menjadi Program Coordinator. Selama pengalaman saya menjadi PC dalam banyak program2 luar, dalam uia, sewaktu di sekolah, tugas PC sangat membebankan, jika....Jika berseorangan. Mahu ingin tahu cara saya bekerja sebagai PC, tanyalah rakan2 di dalam kelab PERKIM saya. Panjang untuk dikongsi disini. Jadi PC boleh habiskan duit sendiri. Tapi boleh claim. Bagaimana dengan menjadi Program Manager? atau biasa digunakan di sekolah sebagai Pengarah Program. Sama makna aje. SubhanaAllah, bila difikirkan kembali banyak program masuk kampung saya dibagi tanggungjawab untuk ketuai sbagai wakil student di tahun lepas dan banyak lagi. Dalam perkim, orang boleh cop saya, orang yang selalu masuk perkampungan org asli! Setiap report masuk kampung saya pegang, filing dengan rapi agar boleh dirujuk oleh adik2. Oh, terasa mahu cerita bagaimana saya belajar menjadi setiausaha dan publisiti dan protokol pulak. hee

Dalam Rafest, banyak kerenah boleh dilihat, banyak aksi boleh ditonton. Maaf kepada sesiapa yang saya perhatikan,:-) bukan niat untuk apa2, cuma mahu belajar. (memerhati juga satu aspek pembelajaran tau). Dari OPENING Ceremony di Nilai, saya sudah tak dapat hadirkan diri. Tak baik kan. Tapi saya ada sebab. Dan saya sudah jelaskan sebab saya kepada semua management. Jika tidak dengar, tidak jelas, tanya saya kembali. Tapi jika tak dapat terima alasan saya, itu masalah diri anda sendiri yang terlalu ego untuk menerima kelemahan orang lain. Maaf, saya seorang yang lemah. Aturan masa saya sangat lemah, Allah lebih mahir. SubhanaAllah.

Saya suka bekerja dengan committee dalam FSCC yang termasuk juga dengan sub-com. Satu keluarga yang sangat besar. Dalam pemerhatian saya, FSCC terlalu banyak orang-orang yang lantang bersuara, yang pandai mengurus. Bagi saya, itu adalah anugerah yang perlu dijaga baik-baik, diguna baik-baik dalam MEMBERI. Bukannya membuat revolusi liberal seperti Kamal Antartuk yang memerintah Turkey dizaman dahulu. *geleng2 kepala* Overall, saya mahu katakan, Rafest mengeratkan ukhuwah kami lagi. Saya kenal Wawan, Lulu, mimie, shasha, iz-iz, nanad, maman, paan, syerina, amni, trah, 3 fatin, tasnim, alia nn dll. Ukhuwah yang saya harapkan berlandaskan kasih sayang, bukan kerana pujian, bukan keagungan mahupun mengilai jawatan. Allah, saya hamba yang lemah. Dan paling utama saya harapkan ukhuwah jadi lebih sweet tapi berlandaskan dengan syariat Allah. Ingat, syariat Allah.

Koleksi Gambar yang di'tangkap' dari blog2 lain.
our theme
in team
abang disiplin.hee
lagi nasyid
nasyid from cfs iium
In-team
Yaziq (pelajar cfs)
Brother Architecture vocalist AlGebra
UNIC
Far-East
Paint Ball
Post Mortem
Muslimat fscc
Muslimin fscc

6 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. salam 'alaik.
    sekadar memberi pendapat kat sini.

    apabila kita bekerja secara berkumpulan, selalunya org akan lebih nampak kebaikan drp keburukan. sebab, ade org cakap, 2 heads are better than one, which means kita boleh dpt lebih byk idea apabila bekerja bersama sama. ada juga yg ckp, united we stand, divided we fall. huh. memang betul, tapi sejauh mana pepatah2 mcm tu kita fahami? ade je yang apabila bekerja secara berkumpulan, tapi mengambil kesempatan atas kerajinan dan kebaikan ahli kumpulan sendiri. yang mendapat nama atas usaha org lain. ada juga yang hanya pandai memberi idea tapi bila suruh buat, macam macam alasan diberi. ada juga yang bijak menunjukkan kempimpinan nya, and ade jugak yang hanya menjadi 'a good follower'.

    tapi, berdasarkan pemerhatian saya la, ketika rafest, mana yang x buat kerja di permulaan rafest, mereka tebus balik dgn kerja sungguh sungguh time rafest tu berjalan pada pertengahan and akhir akhir. ade jugak yang consistent dgn commitment as rafest's secretariat, tapi tak ade rasenya yg sengaja tak buat kerja tanpa alasan yang kukuh. ye la, masing masing dah besar, dah 18, 19, 20 and even 21. kita yang terima untuk semua ni, so bila dah diberi amanah dan tanggungjawab, kita buat sehabis baik.

    cumanya, pada pendapat saya, kita tak boleh nak nilai hasil kerja seseorang tu baik ke tak sebab kita masih dlm tempoh pembelajaran. biasa lah dlm adat belajar, apa yang lebih, dikongsi bersama, yang kurang kita top up kan. kalau kita tgk kerja dia tak lah perfect mana, kita tak boleh terus hukum dia as tak bijak, tapi kita kena terima bahawa dia masih belajar, sebab tu ada yang kurang. and that is why la bila ada org complaint pasal stall ke, pasal exhibition ke, talks and whatsoeva, kita tak boleh nak terus pandang rendah kat person in charge tu. kesian kat dia.. sape tahu, dia dah berusaha untuk buat yang terbaik, tapi dpt hasil yg sebaliknya.. bukan dia nak pun jd camtu. kan kan. huhu..

    so, sebab kita ni pelajar, dan akan terus menjadi pelajar dan belajar, buka pintu hati supaya sentiasa bersedia untuk memberi dan menerima.. akur dgn kelemahan diri, dan terima kelebihan tu dengan kesyukuran.. wallahualam

    p/s : maaf sebab tak ade peluang nak ckp banyak time postmorterm hari tu. huhu :p

     
  3. Subhanallah...
    Panjangnya komen, sangat bagus..Saya suka, saya akan baca dari satu ayat atas hingga hujung terakhir... Ayat yang matang dan bersungguh2...Memberi suntikan yang 'berbisa' tapi 'manis'..syukran ya!

     
  4. Anonymous Says:
  5. saya sekadar memberi pendapat, nak cakap lebih lebih hari tu tak dapat sebab limit masa pun 2 minit je. haihh. maaf lah kalau ade yang mengguris hati, sebab saya juga insan yang masih belajar, yang masih banyak kekurangannya. kita saling mengingatkan ye marzuqi!
    semoga hadirku sebagai teman pemberi ingatan dan pembakar jihadmu..

    dan moga moga hati kita sentiasa terbuka menerima teguran daripada sahabat yang lain.. :)

    p/s : selamat hari raya! nak duit raya! ngaaaa :D

     
  6. baik..
    paham sangat..
    duit raya di raya puasa ye..:p

     
  7. salam...gmba nasyid ana pun ad...hahah....market ni....slamat ari raya....

     
  8. Wsalam...
    eyyh, saje nak marketkan orang...hahaa...selamat hari raya kembali..:-))

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor