"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Masih berjalan berseorangan =p

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday 6 April 2011

"wahai pemilik hati, bersabarlah."

Bismillahirahmanirahim...Kalau melihat diri ini, sering saja keluar berseorangan. Ke sana, ke sini. Takde kawan ker untuk berteman? Jawab saya, saya lebih suka berseorangan, lebih pantas, lebih fokus dalam membuat kerja saya. Bukan bermakna saya tak suka berkawan, mustahil, cumanya jika ada keperluan untuk saya melaksanakan kerja berseorangan, lebih baik saya teruskan berseorangan. Saya orang berorganisasi, saya tahu yang mana perlu berseorangan, yang mana perlu bertiga dan yang mana perlu beramai-ramai. ^^, Jadi, usah ditimbulkan soal itu lagi. heh

Tapi, kadang2 bila berhenti berehat daripada berjalan berseorangan, diri ini berfikir, selalu saja berfikir akhir2 ni, bilakah waktunya diri ini akan berjalan berdua? Bilakah diri ini akan berjalan berteman? Teman yang menemani terus ke syurga. ^^, Teman yang boleh menampung diri yang tak sempurna. "Duhai hati, bersabarlah. Temanmu pasti juga sedang menunggu dan tak sabar untuk berjalan bersamamu." haish, usah melayan hati.

Minum milo ais berseorangan^^,
Melabuhkan diri di kerusi, kedai Bistro 1, depan hentian Komuter Serdang, di tengah2 malam membuatkan diri ini berfikir soal tadi. Bertujuan untuk program ziarah ke Pulau Ketam, akak menghantar saya ke Komuter Batu 3 seperti kebiasaan saya mahu kemana2. Batu 3-Kl Centre-Serdang (berkumpul). Keluarga tak pernah menghalang saya, syukur pada Allah. Cuma pesan makayah selalu saya ingatkan, imbangi berpesatuan dan belajar. Belajar rajin2. Mereka keluarga dakwah, alhamdulillah, saya cuma menumpang auranya.

Pulau Ketam adalah pulau yang didiami oleh 99% orang cina. Kalau pergi ke sana, seolah2 pergi ke China. Islam di Pulau ketam mungkin hanya berapa % saja. Ramai yang berhijrah keluar dari pekan/pulau itu. Aktiviti menangkap ikan, berniaga adalah rutin harian mereka. Pulau Ketam menjadi tarikan pelancong kerana keunikkannya sebagai kampung nelayan yang sedikit maju. Tapi, sedih bila tiada langsung kedai melayu disana. Mahu makan, masak sendiri atau balik ke tanah besar. =|

Seusai saja program ziarah saudara di Pulau Ketam. 5hb saya ke Cameron Highland seperti yang dirancang. Bersama pengarah dan ketua unit dakwah PERKIM ibu pejabat , perwakilan PERKIM Pahang seoleh2 diri sangat kerdil. Tapi kita berjalan dengan satu tujuan yang sama, itu yang selalu ditekankan dalam diri, kotak fikiran. Saya mampu bersama mereka. =) Projek ke 4 buah kampung akan dilaksanakan di sana bulan Mei nanti. Kampung Rantau, Kampung Relong antara 2 kampung yang dituju. Sebagai wakil tunggal dari kelab perkim UIA, saya diminta untuk bercerita mengenai program2 yang telah dilaksanakan. huh. Pada masa yang sama, banyak pula saya ceritakan program yang dibuat di Pahang.=) Kg. Rantau, Kg. Pantos, Kg. Perangkap, Kg. Harong, Kg. Nyentil, Kg. Sg. Tahan, Trisu dan kg. Gahai.

........Cameron Highland.......
Meeting untuk projek 4 buah kampung di Cameron Highland
Segan bila diri ini yang paling muda diminta berucap.huh
=p
Paperwork
............Pulau Ketam...........
Naik bot ke Pulau Ketam, 40minitNaik basikal bawa barang2 sumbangan
mukapenat mengayuh
Ziarah saudara kita
Dakwah bil hal(perlakuan)
Mereka mahu kita selalu follow up
Balai Islam Briefing dari Ustaz Amin Lum, ustaz perkim yg ditempatkan disana
aktiviti yg ringkas, tp bermakna bg orang lain.
p/s: Maaf tulisan sangat kejiwangan.:p

13 perkongsian

  1. saat yg dinantikn psti akn tiba insyaAllah , krn Allah tlh lama mntakdirknnya .

    bezanya cuma pd masa dan wktu , & masa dan wktu yg mnjarakkn itulah sharusnya dgunakn utk mgisi diri & hati sbg bekalan keesokan hri .

    moga dtemukan dgn si solehah idaman hati .

     
  2. terima kasih mengingatkan mengenai masa...:-))
    i.Allah...pasti ada yg sedang menunggu diri ini.:p

     
  3. Anonymous Says:
  4. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirimu bertemu dengan seseorang yang mencintaimu kerana Allah.

    "Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

    *sy pulak yg trpaku mmbacenyer xspecially yg cite2 prgm kt phg tu.byknyer kg yg kamu dh pegi.Sy pun x penah jejak lg kt sne..hurm.. (n_n)

     
  5. Ameen, moga cepat2 skit...:-))
    "Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

     
  6. good luck :')

     
  7. berjalan keseorangan tak bermakna sombong, tiada berkawan...terkadang melihat kpd situasi..

    Akh, walaupun pada luaran Akh berjlan seorang diri, Dia sentiasa ada menemani ^_^ ingat Dia je...
    dan Dia terus dan tetap menemani...sehinggalah takdir daripada-Nya akhirnya Akh berjalan berdua...bersama teman ke syurga..=)

    suka baca post Akh, suka tgk Akh gi jln, mcm2 tempat dah pergi, terkadang b2 pening..byk sgt perkampungan dia..

    teruskan Akh, ramai yang menyokong Akh dari blkg =)

     
  8. terima kasih semua.
    kalau betul ramai yg menyokong.alhamdulilah..:-)
    Allah menemaniku..

     
  9. A.N Says:
  10. salam marzuq.

    wah aktifnya. bagus2. lama lagi nak masuk gombak nih, dah byk tempat pergi :D

    akak pun tak tau kewujudan pulau ketam yang 99% org Cina. pergh. insyaAllah boleh g ni, in d future :)

    btw, nak tanya, marzuq further majoring ape nnti kat gombak?

     
  11. wsalam k.anis.
    xdelah, biasa2 je..
    iye, tapi penatlah duk sana sbb nak kne kayuh basikal utk ke sana sini d pulau tu.
    pasal majoring tu, nnti lah saya citer dlm entry yg lain.:-))

     
  12. A.N Says:
  13. wokeh. akak tunggu :)

     
  14. ~PENCHENTA~ Says:
  15. masyaAllah.seronoknya.

     
  16. assalamualaikum

    moga saudara bertemu dgn pemilik cinta saudara setelah ALLAH dan RASUL.

    baru tau kewujudan Pulau Ketam..nnt boleh mjalinkn kerjasama dgn Perkim UUM utk brprogram

     
  17. salam penchenta dan azlen...
    i.Allah, doa2 kan ye.:-))
    PERKIM Kebangsaan ada buat program di sana dulu diketua oleh Ustaz Farhan Tee. Nak buat program di sana, hurmm...sangat mencabar..lebih mencabar rasanya buat program di perkampungan orang asli...:-) pergilah tengok camne tempatnya.
    Naik bot/feri di perlabuhan Klang. Naik feri 7 ringgit, naik bot biasa 5 ringgit. Nak sewa basikal 5ringgit jgak. Perjalanan ke sana lebih kurang 40minit-1 jam..:-))

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor