"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Majlis Makan Malam Amal "Palestin, kami disini untukmu..."

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday, 24 May 2011

Bismillahirahmanirahim...

Bergaul dengan para daie membuatkan jiwa terasa lebih kuat dan matang. Alhamdulillah, semalam sempat beriftar dengan para daie IKRAM Kuala Terengganu, turut hadir YDP Ustaz Lokman Dato' Awang. Memandangkan ramai sekarang ni sudah sampai seru untuk berBM, auranya sangat terasa, maklumlah cuti sekolah bakal tiba. Minggu lepas sewaktu berusrah, selepas saja menutup kitab, ada saja ikhwah yang membuat pengumuman. Pengumuman tarikh walimah masing-masing. Memimpin seorang zaujah dalam bahtera kehidupun bukan suatu yang mudah. Saya gembira walau hanya sebagai pendengar berita. Ok, cuma intro entry ini. =)

Bercakap soal BM, nak mengucapkanlah banyak2 tahniah kepada abang and kakipar saya, dapat baby pertama mereka 4 hari yang lepas. Mohd Haris Haikal nama didaftarkan. Lagi baby yang masih merah sempat saya lihat dan pegang. Dah 7 orang anak saudara, umur saya pun semakin meningkat.:-|

Dalam program semalam, ada diselitkan lagi pengumuman. Banyak betul, pengumuman program untuk bulan-bulan akan datang. Antaranya yang grand skit untuk semua saya nak umumkan seperti Dakwah Interaktif Non-Muslim di Masjid Ladang oleh beberapa panel terkenal seperti Lim Joi Soon pada 27, 28 Mei dan Majlis Makan Malam "Palestin, Kami disini untukmu.." pada 1 Julai di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Dua program ni memang terbuka untuk semua orang, kalau tak memang saya tak umum, jadi sesiapa yang berada di Kuala Terengganu dan berminat untuk menyertai program lebih kurang seperti seminar tu boleh terus mendaftarkan diri pada jam 8 pagi di Masjid Ladang pada tarikh yang dimaklumkan. Yuran hanya RM50 ringgit.

Untuk Majlis Makan Malam pula, tempahan boleh dibuat dengan sumbangan berbentuk belian kerusi/meja. RM100/kerusi, RM1000/meja, RM2000/Meja VIP, RM5000/Meja VVIP. Boleh hubungi saya jika mahu. Program bermula jam 8.00 malam, pada majlis tersebut diadakan Konsert Nasyid Shoutul Harakah, Acara selingan iaitu Pentomen dan Sajak serta terdapat banyak pameran-pameran yang akan membuatkan kita tidak bosan. Solat Hajat Perdana akan diadakan di Masjid Kristal selepas solat maghrib.

Untuk pengetahuan pembaca, program di Masjid Ladang dianjurkan oleh IKRAM K.Terengganu, manakala Majlis Makan Malam dianjurkan oleh Aqso Sharif dan IKRAM K.Terengganu.

Dapat tahu tentang makan malam ni teringat 2 tahun lalu sewaktu membuat Charity Dinner di UIA. Meriah dengan musik dan anak-anak yatim. SubhanaAllah. Kenangan yang sangat menusuk kalbu. =)

Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang tidak prihatin terhadap urusan umat Islam maka dia bukan dari kalangan mereka"

Firman Allah: "Wahai orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan berjihad di jalannya dengan harta dan jiwa kamu, itulah yang lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui."

Muhammad Marzuqi B Rameli
Perwakilan IKRAM IPT 2010/2011
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Kampus Petaling Jaya, Selangor.


Maher Zain - Freedom

8 perkongsian

  1. Kasihilahi Says:
  2. alhamdulillah, banyaknye program..
    May Allah bless..
    Teruskan perjuangan..=)

     
  3. mane ad byk,
    sikit je tu...:-p

     
  4. assalamualaikum

    byknye program yg akhi join.seronok join program yg mberikan seribu satu pglmn dan ilmu buat diri kita

    "rindu UUM'..

     
  5. ad program, tapi tak larat nak join semua..memang perlu mujahadah. camnelah org yg ad anak, isteri still bleh commit.next day dgn kerja lagi.hebat bukan?=)

     
  6. assalamualaikum

    mmg mereka hebat..kekuatan yang DIA berikan bg mereka yg sntiasa brusaha dlm mnyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

    Selain itu,peranan zaujah yg sentiasa tidak putus2 mmberi sokongan dan dorongan kpd zauji mereka.:-)

    Indah n bahgia andai baitul muslim yg dibina brdasarkan cinta kepada ALLAH dan RASUL.

     
  7. Anonymous Says:
  8. assalamualaikum...moga2 sy pun berkesempatan utk menyertai makan malam amal itu(",)

     
  9. Anonymous Says:
  10. Untung byk pngalaman.Teruskan,I.Allah ramai yg menyokong. (n_n)

     
  11. meh2..
    sape nak gi???

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor