"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Tulisan Dari Kalbu.

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Sunday, 23 August 2009

Kesunyian,
Dalam ketenangan, kegembiraan hidup, pasti ada kesunyian, yang datang tak dijangka, malam mahupun siang. Kita hanya mampu memilih antara dua, mengikuti kesunyian itu sehingga hati kita sendiri terluka, bersedih ataupun menanganinya dengan mendekati pada Allah. Al-Quran adalah mukjizat nabi Muhammad yang amat suci, dikala inilah hati kita perlu diisi dengan rahmat bacaan kitab ini. Agar kalbu kita tidak sunyi kemudiannya diganggu bisikan haram dari syaitan yang direjam. Nauzubillah.


Kegembiraan,
Ia datang tak menentu, tentunya melalui hati dan fikiran. Kita pasti mahukan kegembiraan hadir setiap detik dalam hidup, sedikit mahupun banyak. Kegembiraan membawa kepada kekuatan rohani, setiap perkara yang mendatangkan kegembiraan biasanya akan membuatkan kita lebih selesa, lebih bersemangat tetapi mungkin terleka. Tatkala bergembira, selalu beringatlah pada saat kamu bersedih, kerana kegembiraan tidak selalunya kekal dan boleh tamat dengan tiba-tiba, ia juga akan mengubati hati agar menjadi lebih kuat dan teguh.

Kita selalu menghadapi 2 perkara ini, bila kesunyian, kesedihan dan kemurungan akan sama-sama bergandingan, air mata boleh bercucuran. Fikiran akan melayang mengingati kejahilan, kesudahan yang mengecewakan, keburukan dan perkara yang kolot lainnya.Sehingga kita akan berkata, “kalau aku lakukan itu dahulu……pasti..…”, “jika aku tak lakukan perkara ini …., tentu aku tak akan….” Itu tentunya bisikan syaitan yang mahukan kesesatan menguasai umat nabi Muhammad. Perkara ini tentunya boleh ditewasi dengan memikirkan qada’ dan qadar Allah, rezeki Allah kepada hambanya, rahmat dan keberkatan Allah yang diturunkan. Kemudian bandingankan dengan ibadah, doa kita pada tuhan sebelumnya, jika banyak, mungkin yang terjadi ada hikmah dan ujian yang diberikan, jika sedikit, itu juga hikmah dan ujian yang menyedarkan kita. InsyaAllah, doa adalah senjata orang mukmin. Lafazkan doa dimana sahaja semoga Allah memberkati dan seterusnya menerima doa itu.

09.20a.m


21.08.2009


Mahallah ABC421

0 perkongsian

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor