Salam alaik', minggu ni dapat assignment a.k.a projek baru. Setiap minggu, 2 atau 1 minggu sekali akn dapat projek yg perlu disiapkan dalam jangka minggu tu. Kalau projek besar, mungkin akan dibagi masa 3 minggu. Mcam baru2 ni, teruk jugak utk siapkan dlm jangka waktu tu. Dengan kelas2 lain tak campur lagi. Kuiz, Presentation, Assignment lain2 tu. Tapi itulah adat belajar, kalau takde bende tu semua, tu tak la dinamakan pelajar yg belajar. Pelajar yg goyang kaki la namanya kut. Minggu ni dapat 5 projek yg perlu disiapkan dalam jangka waktu 2 minggu ni je. LIMA? 5? tak heran pun kalau tu saje subjek yg aku ad. Tapi dgn subjek2 yg lain ni. Nak tak terurus jiwa raga. nauzubillah.Barang | semakin byk projek dpt, semakin banyak barang kene beli. Hipotesis yg boleh dgunakan utk studnt archi. Kali ni kene beli marker la, nnti byk lagi barang kene beli. Duit Scholar pun rase cam tak cukup je utk bende ni sume. Tapi insyaAllah, cukup kalau skip kuar jln2 buang duit, skip tu, skip ini.Syukur lillah | Alhamdulillah, Allah bagi aku banyak waktu utk uruskan bende2 lain, manage masa dengan baik. Cuma sikit je- meja study dan meja projek dlm bilik je slalu tak kemas. (Pokok idup kat atas meja pun tak tersiram, kesian pokok). Kadang2 rasa gak beban tu, dengan kerja2 organisasi dan akademik, mcam meeting tgh malam yg keesokkan harinya ada exam ataupun kuiz. Itu ujian yg hebat utk manage waktu. Solusi yg aku buat ialah aku akan study dulu semua perkara atau separuh, dan akan juga pergi meeting yg diadakan. Hati akan lega kalau kedua2 aku uruskan dgn baik. Dalam bilik aku pun ada 3 org lagi students leader. Kalau pegi McLead aritu, 4 org takde dlm bilik, tinggal 3 je dlm bilik.Yg lain pun jd wakil society2, mcam peers, cmc. Dalam bilik aku cuma ada 7 org. biasenye 10 org, tapi special kes. Bilik leaders tak perlu byk2 org.huh.
Marker ( RM 160 Lebih), mahal tapi berbaloi!
Minggu ni apa yg perlu dibuat?
- Prepare utk 2 presentation, baca utk kuiz!
- Design poster2
- Meeting hampir every night(giler kn)start ahad mlm ritu | fscc, isnin ad lagi | fscc dn pm2 rafest selasa pun ada | subcom. rabu esok | meeting dgn perkim, khamis?xtw lagi.
- iftar perkim 19 august|smwp 3
- iftar fscc 20 august| amf
- Trip to Hiv kids 22 august. | Rumah Solehah
- Bersihkan bilik!!!!! | ABC202
**aku tak mampu buat kerja sorg2, itulah sebabnya aku perlukan assistance mahupun subcom. Moga-moga aku dapat tunaikan kewajiban aku semuanya.insyaAllah...
0 perkongsian