"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Dari Terengganu ke Johor

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Thursday, 14 October 2010

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah 15-16hb lepas saya sempat bersama keluarga besar saya bersama-sama ke Muar, Johor untuk walimah sepupu. Sepupu saya dulu juga seorang pelajar UIA. Dia mengambil jurusan Perubatan. Sekarang dia sudah bekerja dan teringin membina masjid. Jadi kami sekeluarga ke Johor satu bas untuk meraikan impian beliau itu. Sebelum itu, saya ingat mungkin saya tak sempat untuk ke walimah itu, tapi bila dibagitau mak walimah tu time saya bercuti semester, saya bersetuju ikut mak dan keluarga bersama-sama satu bas ke sana.

Sepupu saya bersama zaujahnya
Bersama sepupu2 kecil membuat bising di belakang bas
Dengan 2 kali lafaz, akhirnya sepupu saya tu telah menjadi milik orang Johor. Sorakan gembira daripada kedua belah pihak menggambit suasana ceria dalam majlis. Kemudian, selawat keatas nabi terus dialunkan beserta majlis pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin. Kata ayah pengantin lelaki semasa bagi ucapan alu-aluan, "Johor dan Terengganu jauh, walau bagaimanapun, oleh kerana ingin membina masjid buat anak saya, kami redhakan semuanya ini dengan izinNya dan mengharapkan redhaNya".

“Perempuan itu dikahwini atas empat perkara, iaitu: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, atau kerana agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Tahun ini saja, semakin bertambah bilangan ahli keluarga besar saya. Bermula dengan abang saya sendiri, kemudian sepupu saya. Bulan depan, sepupu-sepupu saya yang sudah lama bertunang akan melangsungkan perkahwinan mereka. 3 orang lagi yang masih menunggu. huhu. Seorang tu adik beradik, terus ingin melangsungkan perkahwinan tanpa bertunang, cuma merisik je tempoh hari. Mereka semua berumur dalam lingkungan 23-25 semuanya.

Semasa akad nikah sepupu saya ni, saya betul2 perhatikan lafaz dan cara dia. Betul2 saya mahu belajar. Nescaya susah jugak untuk itu. Tok kadi membaca syarat, rukun akad nikah dengan lantangnya menggunakan speaker. Semua cukup. Alhamdulillah. Goncangan tangan dalam akad memang sangat bermakna. Si lelaki perlu peka dan segera.

"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, keranaku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi"

Ayah dan Mak duk cari barang di kedai ^^,

6 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. awak bila lagi?

     
  3. saya insyaALLAH lepas degree dan keje..hehe..tapi kalau dtg awal, lagi bagus.:-)

     
  4. Kelihatannya Akh sungguh nekad sekali.

    betullah, awal2 nilah masa untuk kita nak belajar tentang semua tu....

     
  5. sememangnya..
    blajar sikit2, lama2 pandai..hee

     
  6. wah...lps degree kahwin dah Akh ni....

     
  7. no komen..haha

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor