"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Muet dan Sahabat

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday, 19 October 2010

Bismillahirahmanirahim...

Akhirnya lepas satu exam muet 1 paper hari ini. Speaking. Dah lama tinggalkan Bahasa Inggeris (walaupun language di UIA ialah English), jadi agak kaku untuk berspeaking. Tapi untuk exam ni, nak atau tak, terpaksalah saya dan kawan2 kembali semula membuka buku dan bercakap-cakap dalam english. Saya call kawan pun speaking tau.hehe

College saya
Terima kasih buat Asrul dan Izzat kerana kejutkan sahabatmu ini walaupun masing-masing di Trg dan Kelantan. Saya terpaksa tidur lewat untuk practice bercakap dengan menggunakan format muet yang betul. Masa dan cara pertuturan. Dari segi permulaan, mahupun menyapa kawan tyang sedang bercakap sampailah jam 3 pagi lebih. Jadi saya pesan pada sahabat saya Asrul untuk membuat misscall sebanyak yang mungkin(takut tak terjaga). Tapi saya dah bangun awal lagi selepas laugan azan di masjid Kolej Islam Malaya yang terletak sebelah saja dari bilik.

Mulanya Izzat membuat panggilan dahulu sebelum Asrul, saya agak pelik kenapa Izzat membuat panggilan pada pagi2 buta sebegitu sejurus saja saya mandi. Bila diangkat dia menyoal, "Sudah bangun?Ambik Muet pagi ni kan?" Saya mengeyakan saja apa yang ditanya. Kemudian dia terus memberitahu yang Asrul meminta dia berbuat demikian sebab bimbang tak terjaga. Nasib baiklah Asrul bagitau Izzat, kalau bagitau sister untuk call, saya lagilah terkejut. Terima kasih sahabat.

"Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".

Signboard ini cantik di UIA
Exam Speaking Muet tak adalah mudah dan tak adalah susah. Sederhana bagi saya. Alhamdulillah semua team mates dalam bilik exam tadi adalah lelaki. Jadi tak adalah segan. Selepas saja muet, saya dengan seorang team mate pergi minum pagi. YAALLAH, rupa-rupanya sahabat saya yang ni kenal keluarga saya, kenal di mana saya tinggal, kenal kampung saya. Wah! Macam suatu pertemuan kasih. Sahabat saya tu kenal keluarga saya melalui Ustaznya, iaitu Pak Saudara saya sendiri. Dia yang selalu bertandang ke rumah pak sedara saya, tapi kami belum ada jodoh bertemu, bersua muka. Dengan izin Allah, selepas Muet test tadi barulah kami kenal antara satu sama lain. hebat Allah kan.

Pak saudara saya tinggal di rumah arwah nenek saya, jadi saya selalu bertandang dan tidur di rumah tu kalau pulang ke kampung kerana atuk saya masih ada. Untuk temankan dia tidur adalah perkara biasa bagi cucu2 lelaki. Saya juga kerap menolong Pak saudara saya berubat orang dulu. Dia ada mengamalkan perubatan Islam, jadi saya dan sepupu-sepupu biasanya akan menolong jika kes2 terlalu berat seperti dulu ada seorang wanita perlu diikat kaki dan tangannya kerana buatan orang. Agak susah untuk diubati berseorangan, jadi kami, anak2 sedara lelaki yang masih gagah dan free pada waktu itu diminta untuk membantu.

Jadi sangat hairanlah kalau saya tak bertemu dengan sahabat saya tadi. Tapi itu semua ketentuan Allah. Benar, dia tahu semuanya mengenai keluarga saya. Sampai permasalahan keluarga yang dihadapi baru-baru ini pun dia tahu. :) terkejut. Selepas minum pagi, kami membawa diri masing2 sambil bertukar2 nombor telefon. yela kan, mungkin kalau ada perkara yang perlu minta bantuan antara satu sama lain, bolehlah dicontact. InsyaAllah.

0 perkongsian

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor