Bismillahirahmanirahim...
Datang UIA awal sangat, jadi dah tak tahu nak buat apa lagi b4 induksi RAFEST yang akan berlangsung 23,24hb Okt nanti. Skrg masih 20hb, masih ada 3 hari untuk pelbagai pengisian. Dari kampung ke Johor, sekarang saya di Penang. Melawat kawan/ setiausaha Student Council saya di kampung halamannya. Terubat juga hati ni, bukan senang nak datang Penang, kawan pun tak ramai kat sini. Mak ada cakap dulu2 pernah saya sampai ke Penang, tapi saya tak pernah nak ingat. Puas memikirkan.
Sebelum buat keputusan berkunjung ke sini, banyak list saya buat untuk 3 hari free tu. Pertama saya ingat nak terus balik ke Subang Jaya, rumah kakma. Kemudian saya terfikir nak menziarahi adik-adik di Rumah Titian Kasih. Mak Pah pun dah ajak saya ke sana. Lagi, saya terfikir nak ke loywat, nak cari beg laptop 15 incii, nak ke Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan) di Putrajaya. Tapi last2 saya pilih ke Penang. Sebab Shahirun, kawan di Penang ajak banyak kali sangat, rasa nak menolak tu tak sanggup dah. Lagipun bende lain tu boleh recover lain kali, dekat je pun. Dan mak saya restu saja saya ke mana2. Sebelum ni pun saya ke Kedah, ke Perak, ke Pahang untuk jalan dakwah, mak selalu support saya. Pesannya hanya jaga diri dan tingkah laku di tempat orang. Jangan terlalu ikutkan hati dan nafsu. Mak selalu pesan, kalau ke Perkampungan Orang Asli, "jangan tu tu sangat dengan orang sana". Saya sebagai anak, tahu lah maksudnya.hehe
Beruntung mak saya open-minded. Ayah pun sama, tapi kalau saya cakap kat ayah, mesti dia akan nasihat macam2 dan lama2.hehe Mesti akan ditekankan, "belajar jangan abai.Belajar betul2, belajar rajin2." Saya pun jawab," iye, iye".hehe Kerenah anak bongsu lelaki dia ni memang macam ni, Ayah sangat masak dengan perangai saya yang cerewet dan macam2. Sebenarnya saya takdelah cerewet mana pun. Cuma sukar fikirkan apa yang terbaik. Kalau beli barang dengan ayah, memang makan masa yang lama, saya akan dapatkan yang terbaik. Ayah mesti pening2 dengan perangai anak lelaki dia sorang ni. hehe Sebab kalau saya tak suka barang yang dibeli, confirm2 barang tu akan jadi hiasan semata-mata nanti.hehe
Sebelum ke Penang, di bukit Jalil, saya dan kawan (yang akan balik ke Ipoh) dengan bergayanya datang waktu kemuncak tengahari. Ya Allah, panas, habis gaya tadi. Kat Hentian bas sana, ramai sungguh Ulat-ulat Bas. Bukan ulat bulu yang buat kulit kita gatal2 tu, tapi ni ulat yang boleh memakan duit kita kalau silap2 hari. Ramai sungguh! Pelawaan dia yang begitu ghairah boleh khazafkan keselesaan costumers termasuklah saya. Saya dan kawan hampir bergaduh mulut dengan seorang penjaga kuanter tiket bas. Sewaktu tu saya pegi ke kuanter bas fav saya, bas sani. Tapi bas sani tiket cuma ada waktu malam. Tiba2 ada seorang perempuan dari kuanter lain ajak ke kuanter tiket basnya. Saya dan kawan tak nak, tapi dia paksa dan cakap dengan kasar" ni kuanter lah, buatpe nak tipu2 nih." Saya dah panas telinga, tapi ingat pesan makayah, di tempat orang jangan buat ikut hati dan nafsu. Saya angkat tangan, senyum dan blah ke kuanter bas ke 2 fav saya, transnational. Ambik tiket jam 3ptg, kawan ke Ipoh ambik tiket jam 2.15ptg. Hantar kawan naik bas, saya terus ke mussolla untuk solat jamak.
Bas saya bergerak jam 4, lewat 1 jam dari masa di tiket. hampeh! Saya sampai dalam jam 8 lebih selepas bas berpusing2 di Pulau Pinang. Lewat sampai takpa, asalkan sampai jugak, bangga dapat naik jambatan Pulau Pinang. Alhamdulillah. Di sini banyak nak dibuat. Selain tolong Shahirun design mendesign dengan sekelumit skill yang ada pada diri, NAK juga saya berjumpa dengan kawan lama, Ajuntan Din dan ke tempat2 menarik. Ada peluang, saya akan menulis kisahnya disini. ;-)

0 perkongsian