Bismillahirahmanirahim..
Raya Aidil Adha dah berlalu, semua "penghuni2" alam pembelajaran datang ke kolej masing2 semula untuk tunaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. As long as ingin dan minat tu seiring. Bagi pelajar2 jurusan AED di UIA mahupun lain2 yang tak pulang beraya di kampung, moga buah tangan dari kawan2 menjadi penyejuk hati anda sekalian ye.
Sejak 3 minggu lalu, saya diamanahkan oleh kakak saya untuk jaga anak2 dia di Subang Jaya. Apa sebab dia minta saya jaga? Dia kerja ker? Sebenarnya dia ada appointment dengan doc setiap hari tu. Oleh sebab akak saya yang lagi sorg sedang berpraktikal di Hospital Kuantan, jadi saya lah penganti dia untuk jaga budak2 ni sementara waktu. Alahai, bukan lama pun, sekejap aje jaga. Tidurkan baby Dania Insyirah, bagi makan kalau dia lapar, pastu jaga anak2 yang lain, Damia Humairah dan Nukman Thaqif.
Saya ambik positive, this is the way saya juga berpraktikal untuk jaga baby dan anak-anak kan. Kalau mahu, boleh aja dapat. Setiap Ahad, saya akan pagi2 lagi akan keluar dari gate uia ni. Walau ada assignmet atau projek, mahupun program, saya dah takleh tolak permintaan akak, kesian kat dia. Dah sarat sangat tu, kan merajuk kat saya, habislah. Saya rela untuk keluarga. InsyaAllah. Setakat ni, subjek GC je mampu saya bawak balik, kalau ED, mungkin kene naik kereta sendiri lah kot. Barang2nya banyak dan besar2. Kalau merujuk pada post saya yang sebelum ni pasal nikah kan. At least, saya dah belajar cara2 nak jaga baby, nak jaga anak-anak ni. huu Kadang2 terselit sifat anak2 ni kat diri bila duk uia. maaf ye..
Damia Humairah dan adik dia, gambar abg Nukman xde ag.
Nak cerita pasal makan pulak, baru2 ni saya dan kawan2 yang mogok buat kerja sampai tak balik raya di sini. Jadi, bila duk kat uia ni time raya, manalah orang bukak cafe kan. Kalau siang hari tu, adalah satu cafe bukak, tu pun lauknya sikit je, cukup2 untuk kitaorang ni. Bila malam, hurm, memang menyakitkan. Takde cafe yang bukak dan kami terpaksa keluar membeli makanan. Ala, tu perkara biasa je kan. Tapi oleh kerana taste sorg2 ni bila rindu kat kampung, bila mogok tak balik raya, tastenya tinggi2 la plak. Sampaikan setiap malam mesti lebih dari RM10 ringgit habis. Ada sehingga RM21 lebih. Macam2 kedai, macam2 tempat pergi. Tapi kalau mahu, boleh je dapat. Duit saku bukan dapat lagi pun, mulalah balik rasa macam nak taubat taknak makan tempat mahal lagi.huu
12.05 pagi, 22 Nov 2010 alhamdulillah, akak saya dah selamat lahirkan Muhammad Naquiddin. Mula2 tu, dia ada cakap kat saya, taknak bersalin malam, nak bersalin pagi esok. haaa, dapat pagi, tapi terlalulah paginya. haaa Saya just gelak je bila dia contact cakap dah bersalin. Dalam jam 9 malam tu, abang ipar saya hantar saya ke uia, mak saya dah sampai di Subang Jaya. Mak datang dengan abang yang balik hari jumaat ke Kelantan rumah akak ipar dan terus ke Terengganu ambik mak dan kemudian ke Subang Jaya. Mak bawakkan masakan dia, saya sebak bila makan masakan mak. Rindunya ya Allah. Kalau mahu, boleh je dapat. Akhirnya saya tak dapat tahan sebak tu lepas solat isyak.
Nak balik UIA waktu malam, saya peluk mak erat2, kuat2. Saya tahu, mak pun rindukan saya. Saya akan ke sana lagi tengok mak dan baby Muhammad Naqiuddin. InsyaAllah...
p/s: Saya semakin suka bercerita. Maaf kalau x sesuai.
salam.. Wah, Marzuqi dah belajar jd ayah ye.. Huhu.. Btw, tahniah dpt anak buah yg bru.. ^_^
Alhamdulillah...
rezeki Allah...
Tahniah, Akh...wah....sifat kebapaan Akh akan bertambah bila anak bertambah....
(haha..klako..kakak Akh nk bersalin pagi...dan betul2 lahir awal pagi...^_^)
4 org anak buah, 4 jenis ragam, 4 cara untuk handle....
mematangkan diri....
anak2 sedare Akh sumenye comel2...
kecik2...membawa keriangan! ^_^
mahalnya Akh...setiap mlm abis lebih dari RM10...ni Akh order brp pinggan ni....
p/s: jgn tulis Terengganu....b2 rase nak balik....b2 pun rindu ibu b2....:(( :(( hmm...
4 org dari akak...
dari abang2 tambah 2 lagi..
makan satu pinggang je..tp gak, mahal.;p
tahniah dpt baby bru(~~,)
Macam akh punya je cakap camtu..
akak punya, tapi ia tetap menambah ahli keluarga kami nnti..
YaAllah, tak sabar nak dukung, nak cium baby tu..
Mesti kene belajar untuk jaga baby yg kecil ni plak..:-)
anak anugerah Allah, dilahirkan dlm keadaan suci bersih, ibu bapa yg bertanggungjawab mencorakkannye. anak anak penyeri rumahtangga, kehadiran mereka membuat hati resah menjadi tenang dan gembira. bersyukur dgn setiap pemberianNya, lelaki mahu pun perempuan :)
comel, rasa nak cubit cubit pipi :p
p/s : mahu lebih tekun mencari apa? jadilah insan yg menjadi.
dtg lah closing ceremony youth awareness campaign esok mlm, ada talk yg mesti wak suka. hehehe.. :p
*awak. maaf, typing error. heee
InsyaAllah...
Saya dah puas cubit..anak ni, anak yang baik..Saya selalu tidurkan dia dengan zikrullah dan asma' ul husna..mudah je tidurkannya...
Bangun pun mudah, kalau kami tidur bersama, sedar2 dia dah ada kat kepala saya...sweet tak?hee
InsyaAllah kalau takde aral melintang,saya gi.kalau tak, saya terpaksa balik terus ke Subang...
Dalam menjadi, saya perlu memilih..Memilih lebih sukar daripada menjadi...;p
hehe..bukan main lgi akh..lum dapat baby sndiri ni,msti lgi suke=)untung anak2 buah akh..jaga baik2 ye,nanti dh bsar moga jadi insan soleh,solehah..=)
ameen..
nk like comment kak b2 je~
akh like semua comments~~
hahaha~..
LIKE!!!
yela2..xnk komen lagi..lalala~~