"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~
Showing posts with label Diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label Diri sendiri. Show all posts

Diari Urus Niaga 4.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday, 25 June 2011 8 perkongsian


Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur menaip bait-bait pengalaman disini. Sepanjang kerja part-time sebagai pembantu jualan di sebuah kedai emas keluarga terdekat, banyak pengalaman yang ditimba. Bohong kalau saya katakan saya tak rindukan alam pembelajaran. Jiwa ini terlonjat-lonjat untuk meneruskan pembelajaran di IIUM terchinta. Mahupun begitu, perasaan gugup untuk perjuangan ini masih menyelip berkelip dalam diri ini. Saya akan terus berjuang menghabiskan Ijazah Seni Bina yang sangat mencabar tu..

"Tiada life jika anda sebagai student archi, makan minum tidur kadang-kadang di studio, kadang-kadang di bilik"

Itulah yang saya dikhabarkan dahulu. Tapi saya rasa Tuhan maha adil, saya sempat saja tidur dikatil hostel, makan dan minum di cafe, berjalan-jalan ke sana ke mari mahupun bergiat aktif dalam organisasi. Astagfirullahalazim, mungkin ada ujian lain yang dibagiNya yang tak saya sedar.

Kehidupan belajar memang tak sama dengan bekerja. Walaupun waktu dan kerahan otak kadang kala lebih kurang sama dengan belajar, tapi ada juga sekelumit yang berbeza. Sepertinya bila bekerja, kita akan berhadapan dengan masyarakat 99%, mungkin 100%. Bagi saya, cabaran bekerja lebih hebat dari belajar dan berorganisasi. Namun, suatu kelebihan kepada mereka yang pernah bersuka duka berorganisasi dan pernah terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Tak dinafikan ada saja orang yang sudah dilahirkan menyerlah bakatnya berhadapan dengan masyarakat ataupun telah dididik oleh orang tuanya dari kecil tanpa perlu digilap lagi. Hebat kan!

Masih dalam diari urus niaga saya...

Sewaktu perjalanan menuju ke kedai setiap pagi, saya akan meninjau jauh ke luar tingkap kereta yang biasanya dipandu abang. Jika cermin dibuka, sempat juga saya menghirup udara pagi Kuala Terengganu yang sekarang ini biasa saja hujan dan mendung setiap hari. Melihat gelagak orang-orang Bandaraya Persisir Air keluar ke bandar untuk menjalankan rutin harian yang mahu tak mahu perlu untuk menjana kehidupan akan datang. Ada yang perginya dengan kenderaan-kenderaan mewah, Mercedes, BMW ataupun Toyota. Tak kurangnya yang menunggu bas dari awal pagi lagi dengan beg bekalan yang berat di tangan, dan ada juga yang mengayuh basikal yang diraganya mempunyai isian makanan yang akan dijual di pasar-pasar dan di kedai-kedai.

Beruntungnya kamu diberi rezeki melimpah-limpah.

Sepanjang 2 bulan bekerja di bandar, saya sering dilanda banyak perasaan yang sangat mengigatkan saya pada pencipta kita. Bila berada di kedai, akan ada makcik-makcik yang datang menjual makanan. Bukan itu yang saya highlight kan, tapi kesungguhan mereka yang kiranya boleh dipanggil nenek yang sepatutnya tinggal di rumah dijaga anak cucu. Sering juga saya melihat pakcik makcik menunggu bas sambil melihat jam dan disisinya beg, guni yang besar serupa barang jualan mungkinnya untuk dijual. Dalam hati saya, sudah tentu mereka sudah awal pagi tercegat disitu menunggu bas. Saya pula laju dibawa kereta isian petrol menuju laju tanpa perlu berdiri menunggu. Adakah saya sangat memerhati? Sedih akan menyelubungi saya, terasa ingin membantu semua mereka tapi siapa saya yang mampu berbuat begitu sedangkan saya sendiri hidup penuh dengan sederhana.

Bila di kedai, melayan pembeli yang membeli barang-barang yang harganya seperti sebuah kereta ataupun boleh membayar muka rumah, saya membandingkan mereka dengan apa yang dilihat saya sehingga diselubungi kesedihan itu, mereka seolah-olah ibarat langit dan bumi. Istigfar saya secukup-cukupnya supaya tidak ada perasaan menolak ketentuan tuhan.

Membelek mathurat, terlihat doa ini " Ya Allah, pada pagi/petang ini kami nikmati afiat pemberianMu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku , maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atask, di dunia dan akhirat."

"Ya Allah, nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi/petang hari seseorang di antara makluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, makan bagimu segala puji dan syukur."

Menginsafi apa yang Allah tunjukkan pada diri ini...tiada duka yang abadi, insyaAllah.

*hari ini dan semalam, lebih kurag 5,6 orang datang membeli cincin untuk penyatuan ikatan seperti bersatunya adam dan hawa.:-) Salah seorang daripada mereka seorang akhi seusrah yang akan mendirikan rumah tangga bulan depan. barakallah alaik...




Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Selamat hari lahir sayang ❤ +masuk Utusan lagi.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 27 April 2011 11 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...

Tanggal 26 April 1991, seorang bayi dilahirkan oleh ibunya yang bernama Puan Kamariah Bt Abdullah. Hari itu, si ibu sangat gembira walaupun sedang menahan kesakitan bersalin yang belum sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas sahaja melihat dunia, bayi itu terus diperdegarkan kesaksian Tauhid oleh bapanya dengan laungan azan di telinganya. Syukur kepada Allah, bayi itu telah siap sedia disambut oleh 5 orang saudaranya yang telah lama menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga. =) Dan kini, bayi itu telah besar dan telah mencecah umur 20 tahun. Muhammad Marzuqi namanya diberi. :-)

Selamat HARI LAHIR SAYANG, Muhammad Marzuqi a.k.a diri sendiri.heee =)

Kenapa sayang? Sebab saya sayang diri saya. =) Terima kasih kepada semua yang buat ucapan2 sempena hari kelahiran saya. Setiap ucapan daripada kalian saya sangat2 hargainya. Ucapan itu membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat. Moga dengan ucapan tu menjadi doa untuk saya. Alhamdulillah. Kepada si pemberi2 hadiah, terima kasih daun keladi, ada lagi bagi lagi. =) May Allah blessing u all,i.Allah.

Dalam kesempatan yang ada, untuk pembaca2 yang sedang membaca dan telah melalui hari ulang tahun kelahirannya, SELAMAT HARI LAHIR saya ucapkan. Moga kita yang semakin hari semakin bertambah umur ni semakin DEWASA dalam mengenal dunia menuju akhirat. Luas makna dewasa yang saya bawakan tu. =)

Bulan depan, i.Allah saya bakal mendapat anak sedara baru lagi. =) Bertambah menjadi 7 orang anak buah. Dan 2 orang akak ipar saya lagi masih sarat mengadung. ^^,

gambar dari encik google=)
Haaa, alhamdulillah, paper dimasuki saya lagi. huu Kali ni program di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Program ni saya pernah umum disini. Membawa adik2 melihat orang2 sakit, sakit kanser dan macam2 penyakit membuatkan kita merasa terlalu kerdil di bumi tuhan ni. Allah lebih berkuasa.
click untuk lebih besar.
Banyak benda saya nak cerita kat sini sebenarnya, tapi bila balik kerja je, rasa penat, mengantuk. Saya pun tidur. :-) Ni tak boleh jadi, saya kene kuatkan diri! Tak boleh balik rumah dengan muka penat2. Tak baik. Kene ubah! Balik rumah, kene ceria bersama keluarga. ^^, senyum selalu. Dah kene praktik masa ni, nanti betul2 kerja pun kene buat!! Tapi kan, memang kuat penangan kerja sebagai peniaga ni. Sampaikan saya tidur pun termimpi2 emas, cincin, berlian, permata2. haha ok, jangan gelak! =)

Persiapan untuk jangka hayat yang masih diberi kepada KITA SEMUA perlu dibuat segera. Untuk keluarga, untuk agama, untuk ummat. Saya mahu bersama berlari dalam jalan dakwah. (",) anda bagaimana?

Memilih | Saya dalam dilema.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 26 January 2011 23 perkongsian


Bismillahirahmanirahim....
Saya dalam dilema tahap ke 7. Tahap yang boleh membuatkan saya tidur sepanjang hari. huh. Dengan kerja yang masih berlambak tak disiapkan akibat menangguhnya seminggu. Sangat kejam saya pada diri sendiri! Nanti mulalah sakitkan diri menahan nafsu tidur 2,3 hari untuk recover kerja tertangguh. ish. Sikap yang kurang baik. Tapi saya? "Saya ada amanah lain perlu dilaksana pada waktu seminggu tu dahulu. maaf ye miss." -alasan saya je ni.

Lihat senarai di bawah. Saya copy paste dari laman web UIA yang terbaru. Laman web yang semakin smart. Teringat pulak waktu jadi Administrator website sekolah dahulu. Terpaksa tidur dengan desktop, makan depan desktop, buat kerja sekolah depan desktop semata-mata untuk menyiapkan 2 laman web sekolah. 1 official dan 1 lagi community students.,Untuk siapa? untuk penggguna2 juga Tapi, masa berlalu pantas! Penat dahulu langsung dilupakan terus. eyyh, tinggalkan kenangan 'manis' tu. :-) Berbalik pada topik 'memilih' tadi.

8) Architecture and Environmental Design Programmes

1. Bachelor of Architecture (Hons)
2. Bachelor of Science in Architectural Studies (Hons)
3. Bachelor of Urban and Regional Planning (Hons)
4. Bachelor of Quantity Surveying (Hons)
5. Bachelor of Landscape Architecture (Hons)
6. Bachelor of Applied Arts and Design (Hons)


Minggu ni adalah minggu terakhir saya dan kawan2 untuk membuat pilihan kulliyah. Studio master saya dah bagi tempoh terlalu lama untuk kami berfikir. Mana satu lah yang patot jadi pilihan hati. Apakah kulliyah saya di Kulliyah Architecture and Environmental Design di Gombak nanti? Saya nak ambik yang mana satu? kenapalah buat banyak sangat pilihan. Tengok, kami nak pilih pun jadi makan masa lama. huu.

Baru2 ni, ada call mak, tanya pasal pemilihan ni. Mak serahkan pada anak lelaki bongsu dia ni memilih sendiri yang berkenan dihati.
Ada lah juga kata pada mak untuk tukat kos terus.
"Mak, kalau qie tukar kos ambik Ilmu Wahyu boleh?"
mak terus menjawab. "hah, boleh sangat. Tukarlah kalau nak tukar."
Tersentak sekejap saya di tepi katil dengan jawapan mak tu. mak ada tambah lagi.
"mak nak juga anak mak sorang ni jadi ustaz". Terkedu lagi.
Saya menjawab " mak, kan semua anak2 mak ustaz, abgrie, abgrif tu semua kan dari latar belakang pendidikan agama tulen setulen2 nya." Memang benarlah kami semua mcam tu, tapi kerja dorg je bukan jadi ustaz di sekolah, tak jadi ustaz di surau2 atau masjid. yelah sorg jadi engineer, sorang jadi businessman, sorg jadi atm. Akak pun sama juga. Dulu sokolah kat sekolah saya je pun sampai ting 3 kmudian pindah ke MRSM.

Mak tambah lagi, "tapi tu ustaz kat rumah."
"Ustaz untuk isteri dan keluarga pun ok kan mak."
saya membalas. Terkesan sungguh panggilan telefon malam tu. Buat saya terfikir lagi seperti tahun2 yang berlalu. Memang architecture adalah pilihan pertama saya, tapi dalam diam saya menaruh juga harapan untuk mengaji pengajian islam sepenuhnya. Sungguh!
"takpa mak, nanti qie ambik Bahasa Arab ker, Pengajian islam ker kat Gombak untuk jd minor subjek kalau boleh buat." saya tambah. Memang niat macam tulah dari dulu. Moga dapat saya laksanakan. huh

Sekarang, fokus utama, pemilihan major di Gombak. Semua kulliyah tak mudah. Sama je kat foundation ni keadaan belajarnya nanti. Selepas pemilihan ni, ada sesi interview pulak, presentation project lagi. ohh. Perlu behenti kat sini. Final project menungguh di sebelah. Doakan saya boleh buat pemilihan yang terbaik! i.Allah..

Nasyid Underground Competition

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday, 19 December 2010 133 perkongsian

Salam alaik...

Dalam duk sibuk menyiapkan assignment GC dan Ed, ada masa pulak enjoy ye. Tulah saya, huh. Semalam abang usrah ajak ke Nasyid Underground di Taman Melawati anjuran JIM. Saya lak tak sampai hati tolak ajakan tu, lagipun sekejap je, nak release gak skit dengan jalan2 sikit kan. Pergi pun tempat elok2 je, gi tengok nasyid. Nak release dengan balik kampung, jauh pulak. Apa daya, tapi orang kata, jauh tu best. Boleh nikmati keindahan bumi ciptaan tuhan. Yang duduk dekat2 KL ni, tengok bangunan jelah jawabnya kan. opss..

Nak cerita sikit pasal nasyid underground ni. N.U ni adalah as platform kepada anak-anak muda, remaja, belia sekarang ni yang sukakan musik. Semestinya ramai yang meminati musik, saya pun minat. Selalu terpekik terlolong dalam bilik. *kalau tak caya, tanya rumates*.hee Bagi saya, ni adalah perkara biasa kan. N.U bagi saya adalah sangat bagus. Memberi ruang untuk anak-anak muda ni bertanding dengan cara sihat dalam industri musik. Tak adalah yang main musik tepi jalan, melepak tak tentu hala. Dengan N.U, mereka boleh tubuhkan band, kumpulan, group dan seterusnya berlatih dengan cara yang elok kemudian bertanding. Hadiahnya RM2000. *Terasa nak join nasyid jugak la pulak*hee

Baik, Sampai je kat situ, dah isyak, jadi peganjur minta semua solat isyak dulu dalam dewan tu jugak, hampar sejadah, solat berjemaah. Namanya penasyid, suara mesti lunak, bacaan pun bagus. SubhanaAllah. Urm, mengenai competition tu, ada 7 group yang bertanding. Dari UIA saja ada 2 group, Saljuk dan 630. Yang lain, Friends, D'Viate dll. *lupa nak catat nama yang lain*. Last performance ialah Mirwana dengan lagu baru mereka. Juri ada 5 orang kalau tak silap saya, yang saya kenal Hafiz Hamidun jelah. Konsep N.U adalah sangat santai. Best jugak, terima kasih kat abang usrah Gombak saya yang ajak ke sana. Saya balik jam 11 malam lebih. Dengan tiket selawat dan yakin pada Allah, alhamdulillah boleh lepas masuk.hee alhamdulillah.

1st performance dari artis blom popular.
Juri, Hafiz.
Akhawat pun ada.
Saljuk-Budak2 bekas UIA Pj, tp dh ke Gombak.
Abg Najib.
Briefing.
Dalam perjalanan balik Pj, Berkongsi sedikit dengan abg usrah mengenai tatacara dalam Baitul Muslim. *Ohh indahnya, macam tu rupanya*nak dikongsi ker kt sini?. Ntah megapa ada perkongsian macam ni, rasanya sebab dia dah tahu saya kenal dan tengah bekerja dengan akhawat usrah di Pj. haizz, bekerja nye pun, sheikh, sikit pun takde niat lain. Tapi yelah, b4 ni, memang jarang nak jumpa akhawat, bukan setakat jarang, tak pernah. Lepas saya diwakilkan as ganti ameer usrah, saya nekad untuk buang jurang tu semua. Nak buat kerja punya pasal takleh camtu.haiss.. Nanti semua tak jadi. Dia pun ada cerita kisah dia kat saya.*nak saya cerita kat blog*.haha..apeapepun perkongsian yang hebat. Post ni pun dia yang suruh buat nih. Kalau tak xde semangat camni.
Imanu zid ya wankuz.(Iman itu naik dan turun)
Ok. stop here.Sekian.wassalam.

Jawapan tag from another blog.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi 8 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...
Ni tag daripada Junior saya, alamak terkena tag la pulak, main-main je cakap tak kena.huu. Baiklah, 1 je ana ambik ye. Yang lain macam sama je, skip la yang lain tu. Tag nya berbunyi seperti berikut.

1~Benda yang paling penting dalam hidup saya ialah :
Semangat.

2~Benda terakhir yang saya beli guna duit sendiri :
Pelaka-Cat untuk buat projek.hee

3~Tempat perkahwinan dan tema :
Rumah pengantin perempuan atau masjid. Temanya ialah MALU, SEDERHANA, THIQAH.

4~ Adakah saya sedang bercinta :
Ya, selama 19 tahun hidup ni, cinta hanya pada Allah dan keluarga.

5~Berapa lama saya akan mencintai pasangan saya :
Berjumpa di dunia, semahunya ingin berjumpa kembali di syurga.i.Allah.

6~Novel / buku / majalah yang baru saya beli :
Saya pembaca setia solusi. Semestinya solusi.

7~Antara mak dan ayah yang mana lagi mesra :
Mak, tapi ayah pun mesra juga.

8~Orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup saya :
Saya nak jumpa orang yang nak jumpa saya.

9~ Adakah saya basuh baju sendiri :
Mesin basuh yang basuhkan, saya cuma masukkan dalam mesin tu.hee

10~Dimanakah tempat yang saya betul-betul nak pergi :
Dalam jangka hidup ni, saya nak ke Mekkah dan Madinah.

11~Pilih satu peluk/cium :
Cium.

12~Beritahu 3 benda tentang orang yang tag saya :
Junior, tak pernah bercakap langsung dengan dia ni, seorang akhwat hebat.

13~8 lagu yang saya suka dan selalu dengar :
Astagfirullah-Opick, Binabil Huda-Inteam, Sebiru Hari Ini-Edcoustic, permataku-Mirwana, Cahaya Hati-Opick, Saat Lafaz Sakinah-Far East, Soul Sister - Train.

SmartTag
camni ke tag yang dimaksudkan?huhuuu

Rindu family.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday, 14 December 2010 10 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...
Lama lagi ker nak cuti? Rasa macam dah tak sabar sangat untuk balik kampung, rindu keluarga. Dah tak tahan dengan panas KL. Rindu kat katil besar. Rindu kat tv. Dan yang paling penting, rindu kat keluarga, Mak dan Ayah. 4 orang permata keluarga pun ada kat kampung sekarang ni. Apa diorang buat kat kampung. Mesti diorang seronok sebab bebas untuk bermain2 kat kampung, dalam rumah pun agak luas untuk berlari2. Tapi mesti jugak diorang tak seronok sebab kat rumah takdapat tengok kartun astro macam kat rumah dia. Kat rumah di kampung manalah ada astro, sebab 3,4 channel tu pun dah tak ada orang untuk tengok, masing2 sibuk dengan kerja, belajar. Kami pun adik beradik kurang berminat.

Comot kan. Ni salah satu meja saya, saya ada 3 meja study dalam bilik (tamak kan), ni meja utama, yang lain hanya disebelah kiri dan kanan. Tu adalah kotak hadiah utk mak, isinya? hanya rumates saya yang tahu.

Baru-baru ni, 10 Dis adalah birthday my mum. Ntah camne family sambut birthday mak kat kampung. Mesti best kan, ada ramai orang. Nak2 ada permata2 juga. Saya kat sini hanya mampu wish dan postkan hadiah terbaik untuk mymum. Harap dia suka. Hari semakin hari, saya bertambah sayang pada mak. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jika ditanya bagaimanakah calon isteri yang diidamkan, saya mahu seperti mak. Saya dapat rasai kasih-sayangnya di setiap perkara, di hujung2 jarinya. Mak sangat caring pasal anak-anak. Jika balik ke kampung, mesti mak akan tanya saya nak makan apa, kalau saya cakap buatlah apa yang ada. Mak mesti buat juga apa yang jadi favorite saya, Ayam masak merah, mee goreng, nasi minyak dll. Saya tak suka meminta2. Tapi mak tahu apa yang ada dalam hati saya.

Waktu hari raya puasa baru-baru ni, saya ada meminta, saya cakap saya nak makan nasi kerabu. Nasi yang femes di Kelantan. Tapi mak tak expert buat nasi kerabu. Tapi mak ada idea, dia ada menantu dari Kelantan. Dia cakap dia nak belajar masak nasi kerabu dengan menantu dia tu. *Sayalah penghasut.* Kaknin, isteri abang kedua saya. Dia lulusan ijazah engineering mengenai permakanan, mesti dia tahu untuk buat nasi kerabu, pelbagai kek dia selalu bawa pulang ke kampung hasil gubahan sendiri, takkan nasi tu tak bleh buat. Lagipun dia asal Kelantan, mestilah pandai kan. Balik 2,3 hari b4 raya, bermulalah program ajar mengajar masak tu. Saya dan abang jadi pebantu. Potong itu dan ini. Banyak bahan2. Mak sedia menulis dibantu kaknin. Dan akhirnya SIAP untuk dimakan. Breakfast. Saya sangat2 gembira. Mak dah tahu buat nasi tu. Dan dia dh penah buat tanpa bantuan menantu dia selepas tu. hee

Macam manalah saya boleh terpikat dengan nasi tu. Yang saya ingat, saya pernah berkongsi makan nasi kerabu dengan arwah nenek saya. Waktu tu, saya, nenek dan sepupu tinggal di rumah nenek dan atuk (org Trg panggil Tok dan Tokki). Jaga diorang, tidur kat sana. Seingat saya pagi itu ada makcik, jiran nenek bagi nasi kerabu. Saya memang kenal, tu nasi kerabu sebab warnanya biru. Waktu tu, nenek ada cakap "Semua yang aku nak makan, aku dapat, hari ni aku memang rasa nak makan nasi ni." Saya memang ingat lagi kata2 dia, Seriously. Nasi tadi dibahagi 3 untuk saya, nenek dan sepupu. Itulah detik2 saya jadi suka pada nasi kerabu. Saya yang tak suka makan 'budu' pun, jadi suka. Tapi saya masih belum suka pada petai dan adik-beradiknya tu. Siapa yang akan jadi pencetus untuk saya suka bende tu after ni? Selepas makan, nenek ke halaman, bersihkan halaman dan siram bunga2 dia. Itu je saya boleh ingat peristiwa bila saya suka pada nasi kerabu. Sebab selepas breakfast, saya balik ke rumah saya sudah.

Panjang pulak cerita saya pasal makan ni. Semahunya, saya mahu tulis saja apa yang menjadi peristiwa menarik dalam diri saya. Sekian untuk yang ni.:-)

p/s: Jangan kamu berani peluk isterimu, jika kamu belum peluk ibumu, jangan kamu berani cium isterimu jika kamu belum cium ibumu. Saya masih ada ibu, siapa yang ibu saya suka, itulah bakal pelengkap rusuk kiri saya. :-)

Maal Hijrah 1432 | Semoga kita jadi lebih baik.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 8 December 2010 2 perkongsian

Justify FullSemua fokus
abg fasi bersama adik2 berselawat dgn kasih dan sayang
tengok cerita
Melukis
Bismillahirahmanirahim...
Salam Maal Hijrah 1432. Semoga kita dapat berhijrah daripada (kita) yang dahulu kepada (kita) yang (baru) lebih baik. Moga kerja, pembelajaran, tugas, amanah, tanggungjawab yang kita pikul digalas baik-baik dan penuh dengan kesederhanaan. Yakinlah bahawa Allah selalu berada disamping kita. Malaikat sentiasa mengiringi kita.

Maal Hijrah, sambutan saya kali ini bersama sahabat-sahabat kelab dan bersama adik2,ibu2.(baca sepenuhnya). Doa akhir tahun, sedikit iftar bersama adik-adik (junior), doa awal tahun, solat berjemaah, tazkirah adalah antara perkara yang dilaksanakan dalam program. Keesokkan hari, berangkat ke RTK lagi. Kali ini bukan 4 mahupun 6 orang. Kali ni boleh dikatakan separuh bas (orang) datang. Bersama-sama menyambut tahun baru secara sederhana bersama adik-adik, oku, ibu tunggal disana. Saya mula-mula tarik diri, kerana saya masih tak study untuk kuiz, masih tak buat mock-up/ Working models untuk project ke-3 ni. Tapi, saya tetap pergi jugak. (ish, xleh la tak pergi.hee) Tapi saya pergi berlainan masa dan kenderaan. Baru-baru ni dah bagi 3 sketched design untuk dilihat dan dikritik studio master. Macam biasa, sampai tertido2 b4 tunggu giliran dalam studio kerana menyiapkan GC yang sangat2 rumit dan besar. (A2)

Berbalik pada ke rtk, bila ramai orang, suasana kat sana lebih meriah (bising dan tak dapat kawal), rasa sedih berkurangan, tapi itu bagi saya. Orang yang baru saja menjejak ntah macam mana perasaan pun saya tak pasti. Adik-adik, masing2 berlebih -lebihan menunjukkan manja untuk dapatkan kasih sayang. Dah agak dah. Tapi itulah mereka. Kurang kasih sayang, kitalah yang datang untuk berkongsi dengan mereka. I.Allah. Pulang je, terus ke kedai untuk kerja2 ABJZ. Merentasi ratusan manusia di pasar malam sebelah kampus uia pj. Soal pada badan. Penattt.

p/s: Maaf adik2, abang terlalu bertegas kali ni. Untuk kebaikan semua. (kalaulah mereka baca post ni) Tapi, abang dah minta maaf kat semua kan b4 balik kan. Tajul pun dah cium pipi abang selepas semua orang balik (buat abg sebak), tinggal abang kedek2 sorang dlm rumah tu utk final check barang2.(hee)

Bila tiba waktu malam, lepas magrib saya ingatkan boleh study sedikit untuk kuiz keesokkan hari. Tapi biasalah, badan yang letih tadi tak dapat dikawal. Mahu letak kepala atas bantal sekejap (biasa), tapi terlajak sampai isyak. Nasib baik Allah kejutkan b4 meeting untuk program ABJZ. Terus shoot ke block E berseorangan. Masuk meeting sampai habis jam .... tak pasti. Tampal poster sikit dan terus balik ke mahallah. Perut yang kosong dan berbunyi ingin diisi dengan nasi di haikal cafe. Tapi, dah tutup. Sedih pulak, makan jelah roti yang ad di kios. Tahu ajalah kalau makan roti ni, badan mesti allergic. Ntah apa allergic pun saya tak pasti. Sampai waktu ni, sedang belajar. Tapi rasa dihati terlalu kuat untuk menulis (menaip) di blog. Dan ini saje hasilnya. hee. Sekian.:-)

Nota hujung post:

Jam saya dah rosak. Tengok jarum dia dah tercabut daripada tempat asal. Mula-mula dia dah tunjuk ragam, engin meragam sebab selalu jatuh dari tempat tinggi. Saya ni careless. Pernah jatuh dalam anggaran 3 meter. Last skali jatuh pada jarak 2meter lebih. (saya sangkut)hee. Jam ni berat, kalau jatuh confirm2 impaknya tinggi.

Jam ni pemberian abang ipar saya. Harganya dalam RM300++, jenama adidas original. Sangat sayang sebab pemberian orang. Dah lama saya pakai dan dah lama jadi teman hidup saya. Semua tempat, semua perbuatan baik atau buruk saya adalah dengan dia.(hee) Baru-baru ni saya try tanya kat kedai, harga untuk repair. huu. Harganya RM170 untuk repair. Tu baru 1 kedai di tengah2 KL. Mahalll. Tapi saya tak mahu berputus asa, saya nak tanya kedai kat Trg. Tempat biasa saya repair jam. Tapi confirm lama lagi kan, dan lamalah jugak saya hidup tanpa jam (ditangan). Atau perlu saya beli jam biasa2 dahulu untuk back up.

Program ini akan berlangsung bulan 1 tahun depan. InsyaAllah. Doakan ia menjadi seperti apa yang dirancang. Lambat lagi, tapi awal preparation sangat bagus kan.

Mereka permata.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Monday, 29 November 2010 3 perkongsian

Salam alaik',
Saya cuma nak lunaskan permintaan kawan2 pembaca blog yang mahu lihat anak-anak saudara saya ni. Saya xde media maya lain selain ym, email dan blog ni. Jadi, blog ni jelah tempat sesuai untuk sebarkan apa2 yang termampu. Moga 'dapat' walaupun sedikit. Blog pun dah tak mampu nak manage, apakan lagi kalau ada profile kat web sosial lain kan. Apa orang nak cakap pasal blog ni saya open je, kalau saya terlalu mencapap kat blog ni, MAAFlah ye, SABARlah dengan perangai saya ni.

Post kali ni saya sempat selitkan sedikit gambar anak kepada akak kandung saya yang ke 4. Baru je keluar pada 12.05 am, 22hb baru2 ni. Baby boy, namanya Muhammad Naqiuddin Bin Hasbullah. Nur Dania blom pun boleh berjalan lagi dah dapat adik baru. huu Minta maaflah, saya suka letak gambar2 mereka sebab mereka pun darah daging saya. hee

Permataku

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

C/O:
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


C/O:

Bridge:
Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

Vocal Arrangement: Mirwana
Music Arrangement: Firdaus Mahmud

Semakin besar dan tembam
Naqiuddin 7 hari dan kak Dania 11bulan lebih
Kesian kat Na'q' yg kene demam kuning
Saya bermuka dgn Dania
budak tomei

Kalau mahu, boleh je dapat.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Monday, 22 November 2010 15 perkongsian

Bismillahirahmanirahim..
Raya Aidil Adha dah berlalu, semua "penghuni2" alam pembelajaran datang ke kolej masing2 semula untuk tunaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. As long as ingin dan minat tu seiring. Bagi pelajar2 jurusan AED di UIA mahupun lain2 yang tak pulang beraya di kampung, moga buah tangan dari kawan2 menjadi penyejuk hati anda sekalian ye.

Sejak 3 minggu lalu, saya diamanahkan oleh kakak saya untuk jaga anak2 dia di Subang Jaya. Apa sebab dia minta saya jaga? Dia kerja ker? Sebenarnya dia ada appointment dengan doc setiap hari tu. Oleh sebab akak saya yang lagi sorg sedang berpraktikal di Hospital Kuantan, jadi saya lah penganti dia untuk jaga budak2 ni sementara waktu. Alahai, bukan lama pun, sekejap aje jaga. Tidurkan baby Dania Insyirah, bagi makan kalau dia lapar, pastu jaga anak2 yang lain, Damia Humairah dan Nukman Thaqif.

Saya ambik positive, this is the way saya juga berpraktikal untuk jaga baby dan anak-anak kan. Kalau mahu, boleh aja dapat. Setiap Ahad, saya akan pagi2 lagi akan keluar dari gate uia ni. Walau ada assignmet atau projek, mahupun program, saya dah takleh tolak permintaan akak, kesian kat dia. Dah sarat sangat tu, kan merajuk kat saya, habislah. Saya rela untuk keluarga. InsyaAllah. Setakat ni, subjek GC je mampu saya bawak balik, kalau ED, mungkin kene naik kereta sendiri lah kot. Barang2nya banyak dan besar2. Kalau merujuk pada post saya yang sebelum ni pasal nikah kan. At least, saya dah belajar cara2 nak jaga baby, nak jaga anak-anak ni. huu Kadang2 terselit sifat anak2 ni kat diri bila duk uia. maaf ye..

Dania Insyirah
Zarif Asyraf dan abang ke 2
Dania sayang ayycikk
Damia Humairah dan adik dia, gambar abg Nukman xde ag.
Nak cerita pasal makan pulak, baru2 ni saya dan kawan2 yang mogok buat kerja sampai tak balik raya di sini. Jadi, bila duk kat uia ni time raya, manalah orang bukak cafe kan. Kalau siang hari tu, adalah satu cafe bukak, tu pun lauknya sikit je, cukup2 untuk kitaorang ni. Bila malam, hurm, memang menyakitkan. Takde cafe yang bukak dan kami terpaksa keluar membeli makanan. Ala, tu perkara biasa je kan. Tapi oleh kerana taste sorg2 ni bila rindu kat kampung, bila mogok tak balik raya, tastenya tinggi2 la plak. Sampaikan setiap malam mesti lebih dari RM10 ringgit habis. Ada sehingga RM21 lebih. Macam2 kedai, macam2 tempat pergi. Tapi kalau mahu, boleh je dapat. Duit saku bukan dapat lagi pun, mulalah balik rasa macam nak taubat taknak makan tempat mahal lagi.huu

Afifi antara pencetus makan biar best2
Makan di Nondo
12.05 pagi, 22 Nov 2010 alhamdulillah, akak saya dah selamat lahirkan Muhammad Naquiddin. Mula2 tu, dia ada cakap kat saya, taknak bersalin malam, nak bersalin pagi esok. haaa, dapat pagi, tapi terlalulah paginya. haaa Saya just gelak je bila dia contact cakap dah bersalin. Dalam jam 9 malam tu, abang ipar saya hantar saya ke uia, mak saya dah sampai di Subang Jaya. Mak datang dengan abang yang balik hari jumaat ke Kelantan rumah akak ipar dan terus ke Terengganu ambik mak dan kemudian ke Subang Jaya. Mak bawakkan masakan dia, saya sebak bila makan masakan mak. Rindunya ya Allah. Kalau mahu, boleh je dapat. Akhirnya saya tak dapat tahan sebak tu lepas solat isyak.

Nak balik UIA waktu malam, saya peluk mak erat2, kuat2. Saya tahu, mak pun rindukan saya. Saya akan ke sana lagi tengok mak dan baby Muhammad Naqiuddin. InsyaAllah...

p/s: Saya semakin suka bercerita. Maaf kalau x sesuai.

Salam Aidil Adha | beraya di perantauan

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 17 November 2010 8 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakhbar, Allahuakbar....
Selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog saya terutamanya, ahli keluarga saya khasnya, walaupun tak semua yang membaca blog qi ni, sahabat-sahabat fscc, sahabat2 perkim kebangsaan, sahabat2 perkim uia pj, sahabat2 usrah, segala sahabat lah. Moga persahabatan kita mengandungi nilai pengorbanan dan keberanian seperti sejarah hari raya Aidil Adha yang kita sambut ni.

Saya berkorban tahun ni. Saya berkorban tak pulang ke kampung.hee Banyak sebab saya batalkan hasrat pulang ke kampung 2 hari lepas. Antaranya sebab saya ingin menyiapkan projek kos saya dengan sempurna, di kampung tak ada ramai yang membuat korban tahun ni sebab tahun ni banyak majlis2, event2 keluarga telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan seperti perkahwinan, jamuan anak-anak yatim, pertunangan, cukur jambul dan banyak lagi. Kalau ditanya tak rindukan mak ker? Saya akui sangat2 rindu, tapi mak saya akan datang ke KL selepas beberapa hari hari raya nanti, jadi mak suruh saya beraya di rumah akak saya je bersama anak-anak, kakak, abang ipar dan abang kandung saya di Subang Jaya.

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Beraya dengan pisau, sandwich board, PVC board, gunting, gam dan kertas. Moga kita dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah s.w.t.

Adik2, Masalah adalah pengalaman juga.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 10 November 2010 0 perkongsian

Alhamdulillah...
(PERLU curi waktu rehat dan tidur untuk update blog ni.thee).Baru-baru ni, (8Nov10) berlangsungnya dinner bersama anak2 yatim Rumah Titian Kasih. Dinner ala kadar tapi sangat terhibur dan bagus. Tahniah kepada committee2 1st year yang berjaya laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Ya Allah, Allah saja yang tahu betapa bimbangnya saya dengan program ni. Sebab dulunya saya pernah meng-handle program ni masa di 1st year. Kali ni, saya pula menjadi Person In Charge untuk program ni. Alhamdulillah, mereka yang terlibat kurang sikit untuk mengikut protokol disebabkan vip pun takdelah orang besar sangat, tak seperti dulu. Kalau dulu, datuk2, dean, deputy2 dean turut turun. MasyaAllah, kami perlu belajar protokol on the spot. Mungkin untuk kali ni, kekangan mereka dengan tanggungjawab lain lebih besar, jadi tak dapat untuk mereka turun. Syukur sangat, banyak ilmu dapat saya hadam tentang protokol sewaktu kursus kepimpinan awal tahun lalu. Protokol, protokol...

Pada saya, melalui program ni adik2 dah jalankan suatu kebajikan yang hebat dengan meraikan anak2 yatim dan ibu tunggal. Suatu pengalaman yang menjadi penyuntik kepada cintanya adik kepada kebajikan. Masalah dalam melaksanakan program. Memang biasalah terjadi. Andai kata program tu perfect, boleh dikatakan mustahil. Mesti ada juga pada sekelumit hati committee yang tak puas hati atau rasa tak puas dengan pelaksanaan tugas. Masalah adalah pengalaman. Tapi tahniah kepada adik2 sebab masalah kat program kali ni tak sebesar yang disangka. Mungkin kurang protokol jadi back up segalanya. Last but not least, semoga niat adik2, abang2 dan akak2 pimpinan dan siapa saja yang memberi dana itu diiringin dengan kasih sayang Allah. Moga dirahmati dan diredhai Allah.

Aksi silap mata yang menghiburkan. Suatu kelainan. Bagus.

Betul sangkaan saya.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday, 9 November 2010 21 perkongsian

Bismillahirahmanirahim...

Lama dah tak update blog. Maaf, masa terlalu berharga untuk kerja lain. Maaf, diri tak sekuat untuk meniti hari-hari yang sangat2 penuh cabaran. Maaf, saya tak mampu untuk membuat kerja sepanjang 24jam. Maaf, saya dah rasai kesakitan apabila ada yang tak memahami. Maaf, saya bukan orang yang ingin meminta simpati. Maaf, saya akan terus sabar semampu mungkin. Dan maaf, kalau saya tak dapat kawal kesabaran saya suatu hari nanti. Maaf, kalau ada apa-apa yang tak dijangka, saya lakukannya.

Betul sangkaan saya, sem ni sangat2 mencabar diri. Sangat2 buat saya banyak tak tidur malam. Sangat2 buat saya sakit badan. Dengan komitmen student leader, kelab mahupun keluarga. Sangat2 memberi saya satu "inspirasi" kepada betapa pentingnya 1 saat, 1 minit, 1 jam, 1 hari. Walaupun dah lalui sem, saya masih rasa "takut" untuk berhadapan dengan hari2 mendatang. Bimbang dengan kekangan masa. Bimbang tak dapat bawa diri. Bimbang tak dapat imbangi antara dua umumnya-Pelajaran dan Organisasi. Ya, Allah, bantulah saya untuk kuat-tempuhi hari yang mendatang. Hari demi hari, belajar semakin menarik. Banyak principle2 perlu difahami, banyak bende baru yang tak pernah2 belajar dulu dipelajari. Itulah adat belajar kan.

Sekarang di UIA Pj berlangsungnya Raudhah Festival (RAFEST). Organized by student leader kat sini, dan saya adalah salah seorang daripada mereka. Mudah-mudahan festival ni dapat sambutan dan berjalan seperti apa yang dirancang. ameen...

cantik tak?(design dulu2)
Design bangunan. take from buku.hee Intro utk latest GC punye assignment
datum principle, repetition principle, harmony principle, gradation principle etc

Design Pyramid

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Thursday, 4 November 2010 4 perkongsian

siap!
Bismillahirahmanirahim...
Nak tengok design yang hero2 abc 202 buat malam tadi? Semalam kami dapat info dari brother/ lecturer untuk tolong men-design-kan sebuat pyramid. Ditengah tertera logo uia dan perkataan Islamic Enhancement and Evaluation Programme 2010. Pyramid ni adalah untuk digunakan dalam launching ceremony programme tersebut kot. Saya dan kawan2 dapat info seperti tu je daripada bro. Sembang lain, kami banyak bercakap pasal akademik, subjek2 yang diambik, lecturer2 best. hee..

Maka bermulalah sesi membuat, membina bende ni oleh Faris, Fifi, Ihsan dan saya "tukang tengok dan komen". Graphic baru sentuh sikit, E.D pun, adalah bayang2 skit yang telah dibuat tapi ambik risiko betol budak2 ni buat bende alah ni. Lecturer ada, duk pantau sampai pagi. haha.. percaya tak, tapi tulah hakikat kami dan lec2 kami. Seorang lec sanggup tidur kat bilik student tu. Nama terpaksa dirahsiakan lah.

Lastly dapat siap dalam jam 3.30 pagi lebih. Ok, siap pyramid sambung GC dan ED coz lec nak tengok bende2 ni sume esok pagi. Studio pulak start jam 9pagi. Bagus2. Siap tapi dalam kelas mengantuk. Saya lak jadi orang pertama lec tengok sketch, huu.. Performance kurang, tapi saya backup semula last studio. alhamdulillah dapat perform dan proceed!

Proses yang sempat saya "tengok." Potong memotong
Gam-mengam.hee
Print out dan tampal

Saya tak benci awak la.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday, 31 October 2010 4 perkongsian

Salam alaik'...
Walaupun awak selalu buat hati saya sakit terluka sebab tak dapat penuhi impian saya. Walau awak selalu buat2 awak tak pernah sakiti saya, saya redha. Saya doa, awak akan jadi baik, walaupun bukan untuk diri saya. Biarlah awak baik untuk orang lain. Saya masih sayang awak. Sayang sangat2 walaupun apa yang awak buat kat saya tu sangat kejam. Dulu pernah awak fitnah saya, saya diam je. Awak gunakan masalah masa, masalah penat dan macam lagi untuk fitnah saya. Dalam hati, saya harap awak tak niat untuk cakap mcam tu.

Awak, kalaulah bukan sebab nama awak hobi, saya dah lama tinggalkan awak. Hobi, hobi dan hobi, kadang2 'strength' nak laksanakan tu seperti cuma opacity 30%-40% ( ayat edit pic), pudar. Saya syukur masih lagi dibagi kekuatan. Hobi saya nilah, berblogging salah satunya. Lain? berprogram. Dah beberapa hari tinggal blog sepi. Sepi dengan status, dengan header yang cantik (perasan).hee Blog ni pun digunakan untuk menulis aktiviti saya, program saya sertai saya tulis sebab ini blog saya.heee Moga adalah benefit sikit2, seperti blog2 lain.

Meeting Rafest di Nilai Campus. 28 Okt. Semua fscc Pj turun ke Nilai dengan semangat untuk meeting. Walau ada beberapa orang yang akan ke kelas keesokkan hari, tapi turun jugak untuk misi program rafest. Khamis adalah antara hari yang paling padat saya. Saya ada kelas jam 8-11 pagi dan 2-6 ptg. Padat kan, kan? Cuma ada 11-2 ptg untuk uruskan hal2 diri, hal2 lain. Siap2 ke Nilai, nasib baiklah studio master saya bagi keluar awal. jam 5 lebih dah bleh kuar. Memang penat duk dalam studio dari jam 2 hingga 6 petang. So, dapatlah saya siap2 awal. Penat tadi, saya backup dgn tido dalam bas. hee... Bila sampai Nilai, segar balik..huh pandai2 nak idup.

Pimpinan
Talk (ustaz sangat kelakar)
kemas OR
B4 meeting, hari2 sebelum (tarikh saya lupa), adalah talk Salam, Senyum Sapa, Biah Solehah Campaign dari UMAIF, dapat jaket dan vest fscc, yeah! banyak btol pakaian koprat.ada task kemas2 OR dan lain2 lagi. Tu je crita dari saya sebenarnya :-)

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor