"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Maal Hijrah 1432 | Semoga kita jadi lebih baik.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 8 December 2010

Justify FullSemua fokus
abg fasi bersama adik2 berselawat dgn kasih dan sayang
tengok cerita
Melukis
Bismillahirahmanirahim...
Salam Maal Hijrah 1432. Semoga kita dapat berhijrah daripada (kita) yang dahulu kepada (kita) yang (baru) lebih baik. Moga kerja, pembelajaran, tugas, amanah, tanggungjawab yang kita pikul digalas baik-baik dan penuh dengan kesederhanaan. Yakinlah bahawa Allah selalu berada disamping kita. Malaikat sentiasa mengiringi kita.

Maal Hijrah, sambutan saya kali ini bersama sahabat-sahabat kelab dan bersama adik2,ibu2.(baca sepenuhnya). Doa akhir tahun, sedikit iftar bersama adik-adik (junior), doa awal tahun, solat berjemaah, tazkirah adalah antara perkara yang dilaksanakan dalam program. Keesokkan hari, berangkat ke RTK lagi. Kali ini bukan 4 mahupun 6 orang. Kali ni boleh dikatakan separuh bas (orang) datang. Bersama-sama menyambut tahun baru secara sederhana bersama adik-adik, oku, ibu tunggal disana. Saya mula-mula tarik diri, kerana saya masih tak study untuk kuiz, masih tak buat mock-up/ Working models untuk project ke-3 ni. Tapi, saya tetap pergi jugak. (ish, xleh la tak pergi.hee) Tapi saya pergi berlainan masa dan kenderaan. Baru-baru ni dah bagi 3 sketched design untuk dilihat dan dikritik studio master. Macam biasa, sampai tertido2 b4 tunggu giliran dalam studio kerana menyiapkan GC yang sangat2 rumit dan besar. (A2)

Berbalik pada ke rtk, bila ramai orang, suasana kat sana lebih meriah (bising dan tak dapat kawal), rasa sedih berkurangan, tapi itu bagi saya. Orang yang baru saja menjejak ntah macam mana perasaan pun saya tak pasti. Adik-adik, masing2 berlebih -lebihan menunjukkan manja untuk dapatkan kasih sayang. Dah agak dah. Tapi itulah mereka. Kurang kasih sayang, kitalah yang datang untuk berkongsi dengan mereka. I.Allah. Pulang je, terus ke kedai untuk kerja2 ABJZ. Merentasi ratusan manusia di pasar malam sebelah kampus uia pj. Soal pada badan. Penattt.

p/s: Maaf adik2, abang terlalu bertegas kali ni. Untuk kebaikan semua. (kalaulah mereka baca post ni) Tapi, abang dah minta maaf kat semua kan b4 balik kan. Tajul pun dah cium pipi abang selepas semua orang balik (buat abg sebak), tinggal abang kedek2 sorang dlm rumah tu utk final check barang2.(hee)

Bila tiba waktu malam, lepas magrib saya ingatkan boleh study sedikit untuk kuiz keesokkan hari. Tapi biasalah, badan yang letih tadi tak dapat dikawal. Mahu letak kepala atas bantal sekejap (biasa), tapi terlajak sampai isyak. Nasib baik Allah kejutkan b4 meeting untuk program ABJZ. Terus shoot ke block E berseorangan. Masuk meeting sampai habis jam .... tak pasti. Tampal poster sikit dan terus balik ke mahallah. Perut yang kosong dan berbunyi ingin diisi dengan nasi di haikal cafe. Tapi, dah tutup. Sedih pulak, makan jelah roti yang ad di kios. Tahu ajalah kalau makan roti ni, badan mesti allergic. Ntah apa allergic pun saya tak pasti. Sampai waktu ni, sedang belajar. Tapi rasa dihati terlalu kuat untuk menulis (menaip) di blog. Dan ini saje hasilnya. hee. Sekian.:-)

Nota hujung post:

Jam saya dah rosak. Tengok jarum dia dah tercabut daripada tempat asal. Mula-mula dia dah tunjuk ragam, engin meragam sebab selalu jatuh dari tempat tinggi. Saya ni careless. Pernah jatuh dalam anggaran 3 meter. Last skali jatuh pada jarak 2meter lebih. (saya sangkut)hee. Jam ni berat, kalau jatuh confirm2 impaknya tinggi.

Jam ni pemberian abang ipar saya. Harganya dalam RM300++, jenama adidas original. Sangat sayang sebab pemberian orang. Dah lama saya pakai dan dah lama jadi teman hidup saya. Semua tempat, semua perbuatan baik atau buruk saya adalah dengan dia.(hee) Baru-baru ni saya try tanya kat kedai, harga untuk repair. huu. Harganya RM170 untuk repair. Tu baru 1 kedai di tengah2 KL. Mahalll. Tapi saya tak mahu berputus asa, saya nak tanya kedai kat Trg. Tempat biasa saya repair jam. Tapi confirm lama lagi kan, dan lamalah jugak saya hidup tanpa jam (ditangan). Atau perlu saya beli jam biasa2 dahulu untuk back up.

Program ini akan berlangsung bulan 1 tahun depan. InsyaAllah. Doakan ia menjadi seperti apa yang dirancang. Lambat lagi, tapi awal preparation sangat bagus kan.

2 perkongsian

  1. Salam Maal Hijrah, Akh.....
    semoga tahun baru ini dumulakan dgn niat dan azam yg baru...
    semakin meningkat hari...semakin kita berubah ke arah yg lebih baik...Insya-Allah...sesungguhnya proses pembaikan diri tak akan berhenti....


    Jam b2 pun rosak.....tapi jarum je x gerak, xdk sampai tercabut mcm Akh tu...mana la ada org sangkut jam....
    b2 pun hidup tanpa jam skrg...
    x sedap...
    tadi kuiz, jawab pun x tau masa...


    oo..dilema mahasiswa...
    dkt Nilai pun ada buat...
    Umi Ros! Ibu! Aritu Raudhatus Sakinah mari Nilai...bagi talk..
    sedap ngat..^_^

     
  2. Marzuqi Says:
  3. Wsalam...
    syukran ukhti...same goes 2u.
    la, ingatkan nak beli kat ana jam baru..=))

    Jom la join program tu nnti. Ana mennti di Pj.=)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor