"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Memilih | Saya dalam dilema.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday, 26 January 2011


Bismillahirahmanirahim....
Saya dalam dilema tahap ke 7. Tahap yang boleh membuatkan saya tidur sepanjang hari. huh. Dengan kerja yang masih berlambak tak disiapkan akibat menangguhnya seminggu. Sangat kejam saya pada diri sendiri! Nanti mulalah sakitkan diri menahan nafsu tidur 2,3 hari untuk recover kerja tertangguh. ish. Sikap yang kurang baik. Tapi saya? "Saya ada amanah lain perlu dilaksana pada waktu seminggu tu dahulu. maaf ye miss." -alasan saya je ni.

Lihat senarai di bawah. Saya copy paste dari laman web UIA yang terbaru. Laman web yang semakin smart. Teringat pulak waktu jadi Administrator website sekolah dahulu. Terpaksa tidur dengan desktop, makan depan desktop, buat kerja sekolah depan desktop semata-mata untuk menyiapkan 2 laman web sekolah. 1 official dan 1 lagi community students.,Untuk siapa? untuk penggguna2 juga Tapi, masa berlalu pantas! Penat dahulu langsung dilupakan terus. eyyh, tinggalkan kenangan 'manis' tu. :-) Berbalik pada topik 'memilih' tadi.

8) Architecture and Environmental Design Programmes

1. Bachelor of Architecture (Hons)
2. Bachelor of Science in Architectural Studies (Hons)
3. Bachelor of Urban and Regional Planning (Hons)
4. Bachelor of Quantity Surveying (Hons)
5. Bachelor of Landscape Architecture (Hons)
6. Bachelor of Applied Arts and Design (Hons)


Minggu ni adalah minggu terakhir saya dan kawan2 untuk membuat pilihan kulliyah. Studio master saya dah bagi tempoh terlalu lama untuk kami berfikir. Mana satu lah yang patot jadi pilihan hati. Apakah kulliyah saya di Kulliyah Architecture and Environmental Design di Gombak nanti? Saya nak ambik yang mana satu? kenapalah buat banyak sangat pilihan. Tengok, kami nak pilih pun jadi makan masa lama. huu.

Baru2 ni, ada call mak, tanya pasal pemilihan ni. Mak serahkan pada anak lelaki bongsu dia ni memilih sendiri yang berkenan dihati.
Ada lah juga kata pada mak untuk tukat kos terus.
"Mak, kalau qie tukar kos ambik Ilmu Wahyu boleh?"
mak terus menjawab. "hah, boleh sangat. Tukarlah kalau nak tukar."
Tersentak sekejap saya di tepi katil dengan jawapan mak tu. mak ada tambah lagi.
"mak nak juga anak mak sorang ni jadi ustaz". Terkedu lagi.
Saya menjawab " mak, kan semua anak2 mak ustaz, abgrie, abgrif tu semua kan dari latar belakang pendidikan agama tulen setulen2 nya." Memang benarlah kami semua mcam tu, tapi kerja dorg je bukan jadi ustaz di sekolah, tak jadi ustaz di surau2 atau masjid. yelah sorg jadi engineer, sorang jadi businessman, sorg jadi atm. Akak pun sama juga. Dulu sokolah kat sekolah saya je pun sampai ting 3 kmudian pindah ke MRSM.

Mak tambah lagi, "tapi tu ustaz kat rumah."
"Ustaz untuk isteri dan keluarga pun ok kan mak."
saya membalas. Terkesan sungguh panggilan telefon malam tu. Buat saya terfikir lagi seperti tahun2 yang berlalu. Memang architecture adalah pilihan pertama saya, tapi dalam diam saya menaruh juga harapan untuk mengaji pengajian islam sepenuhnya. Sungguh!
"takpa mak, nanti qie ambik Bahasa Arab ker, Pengajian islam ker kat Gombak untuk jd minor subjek kalau boleh buat." saya tambah. Memang niat macam tulah dari dulu. Moga dapat saya laksanakan. huh

Sekarang, fokus utama, pemilihan major di Gombak. Semua kulliyah tak mudah. Sama je kat foundation ni keadaan belajarnya nanti. Selepas pemilihan ni, ada sesi interview pulak, presentation project lagi. ohh. Perlu behenti kat sini. Final project menungguh di sebelah. Doakan saya boleh buat pemilihan yang terbaik! i.Allah..

23 perkongsian

  1. anis Says:
  2. salam marzuqi.

    how's smac? ceh. ada tanya soalan macam ni kat entry macam ni. :)

    btw, cepat kan masa berlalu. pejam celik, dah nak pilih majoring dah. by any means, S/U FSCC pun bakal menutup file tak lama lagi.

    marzuqi tulis tak tido 2 hari, akak teringat ada seorang fscc dulu, tak tido seminggu :p sebab nak hantar projek last korang yg melambaks tu kan? sampai dia datang meeting pun, macam mayat hidup. huhu.

    well, nak buat perkongsian sikit [walaupun exam pukul 230 ptg japg]. bila dah masuk main camp ni kan, perasaan 'kos-lain-lagi-best' tu mmg akan ada. so, nasihatnya, buatlah pilihan yang terbaik b4 meninggalkan cfs terchenta itu. kalau rasa [misalnya] IRK lagi 'kena' di hati, buat istikharah. kalau rasa nak tukar, then tukar. tapi pastikan dah fikir sedalam2nya lah..

    tapi, akak rasa, ok je kot kos marzuqi sekarang. tak ramai lagi arkitek muslim kat msia ni. akak kenal hijaz kasturi tu sorang ja. apa kata marzuqi meramaikan lagi population golongan muslim profesional macam tu.. sebab tak semua orang ada 'bakat' dan 'hajat' nak jadi arkitek ni.

    bab dirasat Islamiyyah tu, cuba consult pasal minor. tapi rasenye kos2 busy nih takde minor. tapi try tanya dulu.

    semoga Allah permudahkan urusan adik2 :)

    p/s : antara pilihan2 kaed tu, akak suggest no 1&2 :D wallahu'alam.

     
  3. Marzuqi Says:
  4. Kak, susah kos yang 1&2 tu..
    Orang cakap takde life.haha..tapi okay je kot. i.Allah jika akan doakan saya terbaik!hee

     
  5. Marzuqi Says:
  6. soal smac ada saya di post saya yg lepas..:-)

     
  7. anis Says:
  8. yep,akak pun ada dgr jgk, pure archi takde life. insyaAllah boleh je, nak seribu daya.. :)

    ouh ok. kene tgk previous post la ye. baik bos.. :D

     
  9. ~mieyra~ Says:
  10. salam.
    mmg skjp ms.pe2pon,ma'an najah ya akh.insyaAllah dpmudahkn bt kputusan.mg dpt yg tbaik.

     
  11. salam...
    dulu pernah berangan nak mek archi..lps satu sem tukar engin lak..

    anyways..istikharah la bebanyak..
    qs pon best gak..leh jd project manager nnt..

     
  12. Anonymous Says:
  13. science arcitecture apa ya?
    hmm i think.u mcm sesuai amik AR o LA.. :) tp da isi streamlining kn?amik ape?

     
  14. Anonymous Says:
  15. lagi 1,,. hmm sorry psl ketidak sopanan comitee idea time smac ari 2..maaf ea. ade slh fhm skit :)

     
  16. faqrul Says:
  17. moga dpermudahkan segala pilihan.
    tp tertarik ngan nk jadi ustaz kn?
    teruskan ki, jadikan ilmu agama mendorong kepada ilmu kifayah ini. Mana tahu suatu masa, anta dapat jadi seorang arkitek berjaya dan seorang ustaz. Creditnya kepada bidang dakwah anta.

     
  18. Anonymous Says:
  19. -cahaya syahid-
    semoga dapat membuat pilihan yg bijak.tunaiknlh hajat mak untuk jdi seorng ustaz..ada keberkatan di situ..keredhaan seorang ibu adlh keredhaan Allah SWT,insyAllah.kamu boleh menjadi kedua2nya sekali..insyAllah.yakin,usaha,doa dan tawakal..

     
  20. Marzuqi Says:
  21. to mieyra:
    Syukran sahabat!i.Allah, moga Allah bagi yang terbaik.:-)

    to Huda:
    Ana pulak teringin nak ambik egineer, tapi dah ada abg yang ambik, so pe kata dlm fimily, ana ambik lain plak..baru variety...

    to anonymous:
    Science of architecture tu part 1 for archi. Archi yg no 1 tu, part 2. Rasanya dh betol.

    Pasal IDEA aritu, hurmm...tak tahulah nak cakap pe, nak marah, tak elok, nak diamkan diri, lagilah tak elok, so, nasihat jelah mana yg dapat nasihat..anywy, must rememmber, what u give, u get back..:-)

    to cahaya syahid:
    i.Allah, tapi tak semestinya ambik bidang lain tak leh jadi ustaz kan?

     
  22. Marzuqi Says:
  23. fakrul...
    huh..
    thanx...ustaz dalam kulliyah architecture ok je kan?

     
  24. Anonymous Says:
  25. -cahaya syahid-
    btul.kalau amik bidang lain pun leh jadi ustaz,,,kalau rasa boleh dan mampu,mengapa tidak mencuba.jika ada kemahuan,di situ ada jalan.=)

     
  26. Anonymous Says:
  27. -cahaya syahid-
    btul.kalau amik bidang lain pun leh jadi ustaz,,,kalau rasa boleh dan mampu,mengapa tidak mencuba.jika ada kemahuan,di situ ada jalan.=)

     
  28. ustaz x semestinya yg ambil course2 berkaitan agama seperti BA dan ilmu Wahyu...ustaz dlm kuliyah archi pun ada...kalau keinginan ada, Insya-Allah...Allah akan tunjukkan jalan kalau kita nak kebaikan...

    kdg2 yg ambik bdg agama, x semuanya 'ustaz'..maaf, tapi b2 dlm bidang ni, b2 ada pengalaman dan kisah, Akh..
    =) besar rupanya dugaan yg ambil bidang agama ni...

    ilmu Allah itu luas...
    ramai yang nak jadi saintis mcm Ibnu Al-Haytham..
    dah ramai yg minat nk jadi pakar matematik atau kira2 mcm Al-Khawarizmi..
    apa salahnya jadi ahli dlm bidang seni bina...seperti Sinan, arkitek yg hebat...

    Islamic Art and Architecture...menerapkan ciri2 keislaman pada seni bina...

     
  29. Marzuqi Says:
  30. terima kasih b2..:-)

     
  31. Anonymous Says:
  32. awak pc idea kn??? tegur jelaaa... time agd pn..haishh

     
  33. Marzuqi Says:
  34. Saya tegur melalui ketua DW dia..
    Pandailah dw dorg laksanakan.i.Allah.saya tengok dorg lebih menjaga dah sekarang...:-|

     
  35. fauziahhanum Says:
  36. maaf dh lama akak tak jenguk keadaana dik di blog nie. kesian adik akak nie.. memang time nie agak kritikal dan bermacam-macam serangan fikiran berlaku..^_^..
    memang sukar untuk buat pilihan..tp make sure pilihan yg dibuat adalah apa yg disukai..jgn buat keputusan sebab terpaksa,,, once u didt some unhappy choice..u might get hurt someday..akak alu-alukan adik ambik archi.. dan akak gembira jumpa adik di gmbak nt ambik jurusan yg sama dengan akak..

    it is the best road or not.. He know whats the best for you..now.. make worth desicion as much as you are going to make ur life happy..

    all the best

     
  37. Anonymous Says:
  38. serius terjaga?23hb ni ade bbq utk senior2..dtgla.dorg tjga skit klu marzuqi ade..

     
  39. kakfh: takpe, saya pun dah lama tak jenguk blog akak. Dah berubah kot blog tu. waww..i.Allah, saya berusaha, Allah yang menentukan. Kalau DIA bagi pilihan lain, i.Allah itulah yang terbaik untuk saya. Sama2 doakan saya.

    to anonymous: maaflah, saya terus kuar lepas mc kata majlis dah tamat, lepas ambik gambar 2,3 keping dengan kawan2. Terus cabut gi masuk bas, tido. Tak tahulah pulak waktu akhir2 tu camne. Tapi awal2 tu, waktu ambik2 gambar skit tu, masa ad lecturers. Okay jelah. i.Allah, saya gi, tapi ni sapekah...?jeng..jeng..jeng..

     
  40. salam, anakanda marzuqi, sekadar nak cadangkan kalau sekiranya bermanfaat hasil dari pengalaman saya 4 tahun dulu apabila anak sendiri berada dalam situasi yang sama macam marzuqi. Saya menasihatkannya berjumpa Prof. Ismawi di KAED utk dptkan pandangan. Orangnya sangat baik dan suka membantu. Alhamdulillah, nasihatnya amat membantu. Insya Allah Marzuqi akan dpt nasihat dari org yg sangat memahami student.

     
  41. w'salam.
    terima kasih. Hajat mahu juga ke KAED sebelum masuk belajar sep ni. Tapi tak kesampaian lagi.:-)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor