"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Penang II

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Thursday, 21 October 2010

Bismillahirahmanirahim...

Saja mencuri masa menulis sedikit apa yang terjadi pada diri ni semalam dan hari ini serta rancangan untuk esok. Semalam 20.10.10, satu lagi tarikh yang dikatogerikan cantik pada sudut matematik. Lihat 20102010, seperti double 2010. hurm, ketepikan hal ni. Semalam saya dan kawan di Penang bersiap pagi2 lagi untuk ke pulau, hajat untuk berjumpa kawan yang menuntut di USM jam 2.30ptg. Seorang sahabat lama semasa di PLKN dulu, dia diberi gelaran Ajuntan Din. Ajuntan ialah pangkat yang dipengangnya di sana, Din tu nickname dia. Manakala didalam badar plkn, dia sempat memegang jawatan bilal. Before jumpa Din, saya dan Shahirun jalan2 di Pulau, dalam Queenbay dan banyak lagi. Untuk penuhi masa b4 jam 2.30 ptg. Banyak bende yang dipelajari, paling banyak belajar, kenal jalan. wah. Rasa macam dah boleh pegi sendiri dah. Pulau Pinang takda la besar sangat.hehe

Terjumpa restaurant ala dalam toilet.PELIK manusia skrg.
Saya dan Din berjanji untuk bertemu di Kedai buku, Queenbay, sebuah supermarket yang besar di Pulau Pinang, mungkin lebih besar daripada Alamanda Putrajaya mahupun Midvalley. Jumpa je Din, terus ke Radix Fried Chicken di Kedah. Semata-mata untuk cuba makan di RFC sbb bukan senang nak cari kedai makan HPA tu kat tempat lain, mungkin xde di tmpat lain. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam setengah jam. Sembang dalam kereta jelah jawabnya. Din baru belajar di USM dalam 3 bulan selepas menghabiskan asasi sains fizikal di UiTM Shah Alam. Sembang2, ramai jugaklah kenalan dulu bermain2 kembali di kepala.hehe. kebanyakannya geng2 badar plkn.

Din
ni dio.rfc
RFC atau Radix Fried Chicken adalah restaurant makanan halal yang ala-ala KFC dibawah kelolaan HPA. Ni syarikat Halal yang popular mengeluarkan pelbagai produk berasaskan herba, mineral dan lain-lain. Saya pun tak berapa tahu berkenaan HPA. Tahu sikit2 sebab roommate ada jadi ahlinya, dan ada lah juga dia jual barang2 hpa ni. Ayam kat RFC boleh dikatakan best jugak. Sama je dengan KFC, cuma mungkin KFC lebih pengalaman.

nak naik feri
jiran feri yang dinaiki
Selesai makan, kami patah balik ke Butterworth untuk hantar Din balik ke USM dengan feri. Kemudian kami pulang ke rumah di Kepala Batas. YaAllah, sangat2 penat sampai tertido terus lepas sampai. Jam 9 lebih baru boleh bangun dan teruskan kerja edit mengedit , search mengresearch untuk Rafest. Terima kasih Shahirun sebab jadi penunjuk arah, pemandu dan banyak lagi. Jalan2 di Pulau memang memberi pengalaman yang baru dan memberi kesedaran kat diri sendiri bahawa ciptaan tuhan ni memang indah. subhanaAllah! Keesokkan nak pegi Kedah lagi, nak ke Kota Kuala Muda, untuk tengok cara pemprosesan kuih dan ke Pantai Merdeka.

2 perkongsian

  1. kuat betul Akh berjalan....
    jalan pun tak kuat macam Akh...
    bagus lah gitu....jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman.


    Akh, mende tu, restoran ala toilet....haa..

     
  2. marzuqi Says:
  3. abiskan waktu dgn tngok ciptaan tuhan..
    yup, makan mcam dlm toilet, ntah apa2 org zaman skrg..

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor