"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Kunjungan Sayang | Hati saya sangat tersentuh.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday 31 October 2010

Bismillahirahmanirahim...

Jari ini tentu paham perasaan saya bila saya menaip ayat-ayat ni. Saya rasa sedih. Sangat terasa, sangat tersentuh dengan apa yang saya alami tadi. Allah, terima kasih kerana memberi saya nikmat dah sangat-sangat perlu saya syukuri. Nikmat Iman, nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang. SubhanaAllah!!

Sekejap tadi, saya merasai pengalaman di rumah2 anak yatim, oku dan ibu tunggal di Titiwangsa. Pengalaman bercakap2, berkongsi2 dengan adik2, dgn akak2 serta dengan nenek2. Allah, hati saya tak kuat untuk tahan kesedihan, hati saya lembut, hati saya....

Bermula di rumah/asrama lelaki, kami disambut oleh akak pengurusan disana. Kami nyatakan hasrat kami, kami nyatakan tujuan kami. Kami diberi taklimat ringkas. Kami, 4 sisters dan 4 brothers kemudian masuk ke rumah, berkenal-kenalan dengan adik2 dan orang tua di rumah lelaki. Oku dan ibu tunggal tidak tinggal di rumah tu, mereka tinggal di rumah perempuan. Kami bergaul mesra, kami lihat adik2 kecil yang tak mengetahui apa2 tidur berselerakan tanpa ibu kandung, tanpa bapa. Allah takdirkan mereka begitu. Tapi antara mereka, ada juga hasil dari perbuatan haram, perbuatan sumbang mahram. Biarlah, saya tak mahu kenalinya meraka yang mana satu!

Tepat waktunya, kami datang semasa mereka ingin bergotong royong untuk berpindah ke rumah lain. Banyak barang2 dipunggah dan dipindah tadi. Alhamdulillah, masyarakat kita sangat baik, saya lihat satu kontena lebih berisi barang2 sumbangan, terpakai mahupun baru. Ini kerja pihak brothers untuk mengemas, sisters di dalam rumah mengajar adik2 melukis, mewarna. Satu persatu barang dikutip, dikumpul, dipindah ke atas lori untuk dibawa ke rumah baru. Rumah baru mereka taklah sebesar rumah lama, oleh kerana tuannya mahu rumah tu kembali, apakan daya, mereka perlu berpindah jua, berpindah ke rumah lain. Rumah baru itu adalah rumah sementara sahaja. Rumah yang agak kecil dan tak selesa untuk 100 orang penghuni. Allah, berikan mereka keperluan yang baik, tempat tinggal yang selesa.

Setelah tengahari, kami ke rumah perempuan bersama2 adik2 yang berpindah terus ke sana. Sisters menaiki van yang disediakan bersama mereka. Kami disambut lagi dengan penghuni rumah perempuan, akak dyana, makcik2, nenek2. Mereka lemah ya Allah, kuatkan mereka! Adik2 yang tak tahu apa2 ligat bermain bersama kawan2 mereka. Bermain, menjerit, bergaduh, itulah budak. Kami diberi amanah untuk pantau rumah tu semasa ketiadaan MakPah ibu/penjaga mereka dan semasa kesibukan akak, penolong MakPah. Dengan bilangan yang ramai tentu rasa susah untuk kawal suasana, kawan keadaan. Memang betul. Tapi Allah permudakan kami. Terima kasih Allah.

Kami berkenalan dengan akak oku yang berusia 24tahun. Tapi dia tetap memanggil kami seperti kami lebih dewasa daripadanya. abang.kakak. Dengan dia, hati saya sangat terasa. Dengan ucapan dia, hati saya lembut, sebak. Tapi saya takkan tunjuk kat mereka. Allah, kuatkan hati saya. Dia berkata, "Nama saya Dhiyana anak yatim piatu, takda mak, takda ayah, cuma mak angkat je ada." Dia selalu menangis, bila bercakap perkara sedih. Dia tanya soal mati, soal macam2. Sehingga soal kahwin. Tentulah, walaupun dia oku tapi otak dia masih baik, dia dapat ingat nama saya, sebut nama saya dengan betul. Dia mungkin ada ingin untuk soal itu.

Saya sempat bergaul lagi dengan oku-oku lain dan nenek2. Ada nenek yang baru saja masuk semingg di situ. Ada akak oku yang perlu sentiasa berada diatas katil. Semasa saya menjenguk nenek2 di dalam kamar perempuan. Saya melihat ada keluarga dia melawat. Adakah mereka tu adalah anak dan menantu nenek tadi? Saya tak pasti, saya ingin positive. Pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya. Saya cinta kebajikan. Terima kasih Allah.

Selepas kami sama2 solat asar berjemaah, kami pulang. Susah nak pulang kalau dah lama2 kat situ. Betul. Rasa nak duduk kat situ, spend masa lagi dengan mereka. Tapi tanggungjawab kita banyak lagi. Lain kali insyaAllah mampu diusahkan.

Daripada an-Nawwaas bin Sam’aan r.a, daripada Nabi s.a.w. baginda telah bersabda ; “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya.

[ Hadis riwayat Imam Muslim]

Alu aluan kepada dan daripada MakPah
kami bersama akak pengurusan
Adik2 tonton tv
Mula2 ke rumah perempuan b4 k rumah lelaki dan patah balik ke r.perempuan
Adik2 dan ibu tolong juga kemas stor Adik kecil tidur Kontena dijadikan stor Angkut barang ke rumah sementarasaya dan Nur
Adik kecil bermain
Pindah adik2 ke rumah perempuan
Robohkan katil
Melukis dan mencipta
oku, akak2,makcik2, nenek2


taaruf
ajar mengaji oleh ustaz dan ustazah
Khusyuk nyer
Main sorang2
akak2 dan ibu2 dlm cort perempuan
nenek dan saya
nenek senyum akhirnya
Kongsi2
4sis dan 2 bro, 2 bro lagi ada urusan lain

13 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. menyesal x ikut :( tp nak buat mcm mana, komitmen terlalu byk. sedih.

     
  3. takpe.lain kali gi lagi.mgkin lain tempat.bagi nama dan no phone..ad kita ajk..:-)
    p/s: rasa dh knal.

     
  4. Anonymous Says:
  5. dah kenal ape?

     
  6. kamu la..

     
  7. Anonymous Says:
  8. siapakah saya? cepat lah teka.

     
  9. assistance saya.

     
  10. Anonymous Says:
  11. alamak. sape tu?

     
  12. ask urself..
    put the answer here..

     
  13. Pengalaman yg sgt berharga...
    mengajar diri erti kasih sayang...

    mereka yg tidak sempurna anggota , yg serba susah, pun nak hidup seperti org lain, serba lengkap…cukup semua…

    kita yang Allah bagi nikmat lebih drpd mereka..kene ada rasa kasih sesame saudara..tolong setakat yang mampu…beri setakat yg terdaya….

    kdg2…mereka bukan perlu bantuan drpd sudut material shj…mereka kdg2 nak kongsi apa yg mereka rasa…kasih syg itu penting…x kira warga emas, oku atau kanak2…supaya mereka tidak rasa tersisih…

    post Akh yg ni membuat hati b2 sebak….b2 dpt rasa mcm mana suasana dkt situ…walaupun tgk gambar, Akh dh bagi b2 turut rasa...syukran….
    Akh.... teruskan usaha Akh dlm melakukan kebajikan mcm ni…masyarakat perlu org mcm ni...


    p/s: comel bdk2 tu....^_^

     
  14. erm. nanti ade lagi ajak ye. btw, status awak tu mcm amek drpd blog saya je. hehe. ye, bersabar dgn setiap kesusahan sebab pasti akan ada kemanisan di penghujungnya :)

     
  15. to b2:
    insyaAllah..moga istiqomah. walau sibuk mana pun..tapi jgn plak lupa famili, kawan2 mahupun Allah..doakan akh..

    to fatin:
    eyt, awak ad. tngoklah nnti kalau ada peluang lagi. eh2, saya buat ayat sendiri yee...mane blog, nk tngok skit.

     
  16. sisIzzati Says:
  17. thanks 4 da sharing ya encik marzuqi

    jeles bleh pegi tmpat mcm tu
    suatu pngalaman yg susah nk dpat!

    hmm bila la diri ad ksmptan
    nk wt keje2 sosial plak??

    ad cerita lagi,sila cerita ye :)

     
  18. insyaAllah..
    ad peluang, kita sama2 ambik..
    kalau susah, 'curi'...
    kalau susah lagi, 'rompak' peluang tu.. :-)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor