"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Management | Adakah betol cara saya?

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday, 25 January 2011

Program ke perkampungan Orang Kurang Upaya. Collabration with Sek. Men. Teknik Trg.

Bismillahirahmanirahim...

Cukup lama tak berblogging semenjak awal SMAC aritu. Skrg, SMAC dah tamat, lega rasanya. Sangat pening menguruskan event sports daripada event2 sebelum ni. Hanya Allah saja yang tahu apa rasa hati kami. Dari segi pengurusan sebelum, memang semua nampak lancar dan baik2. Tapi bila tiba waktu SMAC, huh. Memang sangat banyak dugaan. Penat. Letih. Geram. Kecewa. Semua yang negatif ada. Tapi bagi yang bekerja dengan saya, saya cuba selitkan hiburan untuk prevent rasa penat, letih, geram dan kecewa tu semua. TAPI, betol ker cara saya?

Tajuk saya agak ganjil dengan isi yang nak saya sampaikan. Dah tak reti buat tajuk. Terima jelah ye. :-)


Dalam hidup saya, rasanya tiada hiburan seperti remaja2 lelaki lain yang saya lakukan. :-( Tiada games, tiada lepak2, berbual kosong. Jadi, hiburan yang saya create sendiri ialah daripada saya bermain dengan budak2, dengan adik2, bergurau senda dengan mereka dan selalunya dengan kawan2. Call mak pun boleh hiburkan hati saya. Adakah betol cara saya? Dalam organisasi, saya suka selitkan hiburan, means lawak2, gurau2 yang boleh menghilangkan stress dalam bekerja. Bagi saya, itu kebiasaan orang lakukan. Saya tak pasti. Setakat saya memegang jawatan- 2 jawatan presiden dan 1 timbalan presiden serentak di sekolah dahulu, perkara inilah saya alurkan. Okay je pun. TAPI, betol ker cara saya?

Memang dahulu saya sangat tegas! Sangat garang bila memberi arahan. Ini adalah jujur kata2 dari ramai sahabat dan adik2 yang bekerja dengan saya. klakar! Ingat dahulu, saya memegang jawatan tertinggi didalam web management club atau nama betolnya Website Team, ramai adik2 mahupun rakan sebaya mengenali saya melalu web. Jadi femes sekelip mata. Sampai sekarang, kami masih berhubung, selalu membuat iftar dan jamuan raya walaupun sudah hampir 4 tahun saya melepaskan jawatan tu. Subhanallah! Hebatnya ukhuwah. Walaupun tegas dan garang, adik2 masih ingat saya! Segan rasanya. Dan website kami berjaya memenangi Asia Pasific ICT Award (APICTA) di Indonesia sewaktu saya masih memegang jawatan presiden. Alhamdulillah. Rezeki kami. Jadi, peranan tegas dan garang boleh digunakan kan, kan. Tapi, betol ker cara saya ni?

Dulu saya digelar S.A. (Super Admin). :-)

Jika pulang ke kampung, saya suka melihat gambar2 kenangan dahulu di desktop kat rumah. Kadang2, saya rasa macam TAK PERCAYA apa yang saya dah lakukan dahulu sewaktu di sekolah. Lihat surat2, kertas kerja yang dibuat dahulu lebih kurang waktu di Universiti jugak. Tak jauh bezanya. Cuma bahasa membezakannya. Dulu masih boleh guna Bahasa Melayu, tapi sekarang di UIA, English adalah no 1. Bila membuat imbasan kembali, saya mula aktif sewaktu di darjah 5. sewaktu itu saya memegang jawatan ketua kelas. Kemudian di darjah 6, saya memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Masuk saja tingkatan 1, saya tak usik apa2 dalam management, saya kosong sewaktu tu. Saya rasai setahun tiada erti. huhu kelakar ayat. Masuk tingkatan 2, saya berjinak2 dengan management dan pertandingan sehinggalah tingkatan 4. Saya memegang jawatan tertinggi dan masuk pertandingan untuk mencapai dan mengejar 10% koko. Rasa sangat tak percaya! Saya mengumpul sijil semata2.huh Tapi kan, adakah betol cara saya ni?

Logo website team

Mahu tak mahu, itu adalah realiti kan. Banyak tempat sudah diterokai dan banyak pengalaman yang diperolehi. Method saya dalam management dahulu memang berbeza dengan waktu sekarang. Tapi yang elok dahulu saya selitkan waktu sekarang. Sikap garang dan terlalu tegas memang saya sentiasa hindarkan. TAPI, masih ada kata2 yang menyatakan saya terlalu tegas! Maaf, saya perlu perbaiki diri sebabtu saya amalkan sikap mendengar lebih dari bercakap. Hadamlah yang orang lain, action kita lebih hebat nnti. Adakah betol cara saya tu?

Banyak yang nak dikongsi, sampai boleh menangis bila difikir dan melihat gambar2 kenangan dahulu. Dan, banyak jugak perlu saya soalkan pada diri saya ni. :-|

Bermain dengan si kecil lebih terhibur walaupun kadang2 perlu kuat kesabaran!

p/s: Just kerna imaginasi saya. Saya cinta akan kebajikan dan dakwah.

6 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. qie mmg garang!! ^v^

     
  3. Marzuqi Says:
  4. haha...
    kamu mungkin betol untuk 'qie' yang dulu..tapi skrg, diri pun tak pasti..
    Tegas, x sama dgn garang~

     
  5. Akh garang ke....x nampak pun Akh garang...

    b2 rindu website skoloh...huhu..
    rindu kenangan2 dulu...
    rindu Sir Halim...

     
  6. Marzuqi Says:
  7. yelah b2,
    biasa dlm meeting kita dulu, yg duduk blakang org yg dah duduk belakang skali, b2 lar kan..hujungggg sana.haha
    ana pun rindu website dlu..skrg dh byk berubah..ntah bgaimana, malas nak mencara.dh ada blog sendiri..kih2
    rindu jgak kat or kita, lupa ker or kita mana? Yang ada komputer belambak tu kat sebelah kelas form 1 tu, ingat?..huh..
    Moga ukhuwah dgn adik2 akan kekal..:-)

     
  8. yelah,b2 bukan org penting,kene la duduk belakang drpd org2 yg blkg...Akh lain la,duduk paling dpn dn berdepan-depan dgn org...org penting ni..

    website dh xdk org dah Akh..skali masuk, shoutbox gerak sikit2...rindu sgt ahli2 website...rindu sgt2..skrg dh jarang bhubung sbb sume ikut fb..yg bhubung skrg, yg guna blog je..

    ingat2, bilik akses kan Akh?..xsangka cpt masa berlalu, dah masuk U dah pun..sedap imbau kenangan dulu...ukhuwah kita semua rapat sgt...kalau b2 x kenal website...xdk peluang kenal senior2 junior2 rapat mcm ni.. dan xdenye kenal Akh mcm skrg ni ha..^_^

    Boleh je kalau nk buat gathering lagi..adik2 pun dh lps SPM, yg majoriti ni..

     
  9. Marzuqi Says:
  10. yE, Bilik akses!
    tngoklah ada peluang.
    cuti nie ker~

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor