"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Baktisiswa " 11

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Wednesday 23 March 2011

Bismillahirahmanirahim...
Cerita baksis'11 dah lama orang lain buat. Alhamdulillah harini dapat saya ambik gambar keluarga angkat saya di phone saya ni. Jadi, bolehlah saya upload dan menulis entry mengenai baksis'11 a.k.a Baktisiswa 2011. Perihal baksis, mari saya bongkarkan. hee xdelah. Sebenarnya baksis'11 ni ada banyak tempat untuk dituju pada awalnya. Tapi dengan matlamat yang sama iaitu establish atau highlight mengenai education kepada masyarakat kami membuat keputusan untuk buat baksis'11 di sebuah kampung iaitu Kampung Bagan Tiang, Parit Buntar, Perak.

Selama 9 hari di Perak termasuk 6 hari di rumah ibu bapa angkat masing2 memang banyak mengajar saya tentang segalanya. Erti hidup dalam masyarakat Perak la kan. Biasa dengan masyarakat orang asli je. Dalam baksis, lebih kurang saja programnya dengan masuk kampung Orang Asli. Cuma hakikat masyarakat yang kita jumpa tu berbeza. Saya tak nafikan masuk kampung Orang Asli lebih mencabar dan susah dari Baksis. Dengan bahasa, gaya hidup dan ntah apa lagi yang kita belum tahu dalam masyarakat tu, kita kena belajar dan nilai sendiri. Apa-apa pun, baksis dah berjaya terlaksana walaupun terlalu banyak rintangan untuk melaksanakan program2 didalamnya. Harap2 apa tujuan kita rancang sudah termeterai dalam baksis. =)

Kepada committee2 yang terbaca entry ni, mohon maaflah ye kalau tengok saya dalam baksis'11 macam tak buat kerja, kurang tumpuan atau kurang menonjol ker. Tapi saya memang tak suka menonjol2 tak tentu arah. Diam itu lagi bagus disisiNYA. Terima kasih kepada line-up Majlis Perwakilan Pelajar yang lain dan head2 yang bekerja dalam baksis'11. Nak tulis nama nanti xtertulis nama sorg jadi kecik hati, baik takyah tulis semua. Saya tahu bukan senang nak buat kerja dengan masyarakat luar. Moga dengan apa yang kita buat itu mendapat redhaNya dan balasan yang baik. i.Allah.

Minta maaflah, gambar tak berapa nak ada. Tapi saya pasti, semua dah tengok gambar2 dalam muka buku. Kira dah okaylah tu. Saya tak dapat pulak nak copy gambar kat sana sebab takde lagi akaun kat sana. Takpe kan, kira dah ada entry ni dah bagus, kan. =) Sedikit dari saya kepada pembaca yang menjadi peserta baksis'11 mahupun tidak-"Jangan terlalu kita beringat-ingat peristiwa suka mahupun duka yang telah lepas, jadikan ia hanya sekadar pengajaran dan pengalaman untuk menuju hari mendatang."

Mak Teh, Pak Teh keluarga angkat di Baksis'11 =)
Mereka tak sampai lagi, saya kene sampai dulu untuk gantung banner
Kerja saya, sediakan hamperss
okay, tu saja mengenai Baksis'11 dari saya. =p

5 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. Pengajaran n pngalamn utk memperbaiki diri kita stiap hari.Mgkin,InsyaAllah~(n_n)

     
  3. Anonymous Says:
  4. meme kene sokmo..
    jgn jadi ore yg dok beringat,
    nnti dok comel d mata Allah.:-)

     
  5. Semoga segala bantuan yang dihulurkan sepanjang Baksis akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.. insyaAllah

     
  6. A.N Says:
  7. salam.

    "Kepada committee2 yang terbaca entry ni, mohon maaflah ye kalau tengok saya dalam baksis'11 macam tak buat kerja, kurang tumpuan atau kurang menonjol ker."

    entry yang pendek utk baksis. unik.

    hehe.

    selamat bercuti. kindly manfaatkan cuti yang ada :)

     
  8. yekk suka mengarang, tapi sekarang tak kene pada masanya, jadi pendekkan jelah entry tu..nak buat panjang macam Jalinan kasih 6, gambaq pulak tade..:-)

    i.Allah. sedang melakukan lah ni. walaupun di kampung, program masih ada. huu.. harini kat rumah, ada majlis sikit. esok kat area rumah nenek, program bersama anak2 yatim..:-)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor