"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Aku cinta Allah.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday, 22 May 2011


Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang diberikan ini dengan nikmat yang paling besar, iman dan islam. Masih juga diberi kesempatan untuk menulis, menaip bait-bait pengalaman yang masih segar untuk diingati, diperhatikan, dihayati kebaikan, dikesali kelemahan, dibaiki kekurangan dan disyukuri kerana masih diberi kesempatan untuk menimba pengalaman.

Aku cinta Allah.

Cukup harini kita menilai diri yang sering kali terleka dengan dunia. Penambah perisa seperti mathurat, bacaan Al-Quran, zikrullah, tahajud, taubat bagaikan lambunan ombak, sekejap kuat, sekejap tidak, sekejap tiada langsung bagaikan tidak pernah melakukan dosa. Hah! Mahu SANGAT memiliki keluarga sakinah,Mahu SANGAT cinta ALLAH, mahu SANGAT memilikan si soleh/si solehah, Mahu SANGAT memiliki kebahagiaan. Tapi, tiada istiqamah...

Nabi Muhammad pernah berkata, "Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit" (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)

Pesan Imam Fathia Khan, seorang daie perlu ada penguasaan luaran. Apa itu penguasaan luaran yang dimaksudkan? Yang dimaksudkan tersebut ialah Qudwatul Hasanah.

Seorang daie perlu lemah lembut, belas kasihan, tidak mengasingkan diri dengan masyarakat, menterjemahkan akhlaknya kepada fizikalnya, mentarbiyyah masyarakat, didik diri, dan bercakap serupa bikin! Apa yang kamu cakap yang kamu sudah bikin, daie? Apa yang kamu lakukan setelah kamu ungkapkan, daie?

Jika tiada, laksanakan!!! Jom kita lakukan bersama.

"Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah." (Surah Al-Baqarah:214)


Wahai daie,
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.

ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.
Hidup ini indah jika brsama ALLAH.

Untuk daie,
Jagalah sifat-sifat ini setiap masa;

1. Al-Ta'ibun - orang-orang yg sentiasa bertaubat.
2. Al-'Abidun - orang-orang yg beribadat.
3. Al-Hamidun - orang-orang yg bertahmid memuji kebesaran Ilahi.
4. Al-Sa'ihun - pengembara2 di jln Allah.
5. Al-Raki'un - orang-orang yg bnyk ruku'.
6. Al-Sajidun -orang-orang yg sujud kpd Allah.
7. Al-'Amiruna bil-Ma'ruf - orang-orang yg menyuruh kpd Ma'ruf.
8. Wa-yanhauna 'anil-Munkar - orang-orang yg menghalang perkara2 Mungkar.
9. Wal-Hafizuna Li Hududillah - orang-orang yg memelihara hukum2 Allah.

“Ya Allah ampunkanlah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunkanlah aku, kesalahan yang aku lakukan secara serius maupun saat bergurau dan ampunkanlah juga kesalahanku yang tidak sengaja dan sengaja, ampunkanlah segala kesalahan yang kulakukan”

Cuba hayati this song.






Wali Band - Aku Cinta Allah

9 perkongsian

  1. betul sedih baca entri Akh kali ni..
    terasa sangat dan amat perlu untuk keadaan b2 saat ni..yang lemas dan tersepit...dengan keadaan...

    mulut manis mengungkap kata, mana bukti? hinanya diri ni ya Allah! pejamkan mata, rasailah hati yg penuh noda. kotor! ighfir dzunuubee..ighfir dzunuubana ya Allah...Allah...Allah...

    b2 baru je lagi dgr lagu ni beberapa hari lps. Lagu ni sedih sgt...hayati lirik dia, bisa mengundang air mata...

    cakap serupa bikin...=') b2 baru buat ayat tu tadi, ada dlm draft..

    =') Akh, terima kasih untuk entri ni, terbaik..menyentuh hati..

     
  2. Anonymous Says:
  3. Atas nama Cinta-UNIC

    Tika mata
    Diuji manisnya senyuman
    Terpamit rasa menyubur harapan

    Dan seketika
    Terlontar ke dunia khayalan
    Hingga terlupa singkat perjalanan
    Tersedar aku dari terlena
    Dibuai lembut belaian cinta

    Rela aku pendamkan
    Impian yang tersimpan
    Enggan ku keasyikan
    Gusar keindahannya
    Merampas rasa cinta
    Pada Dia yang lebih sempuna

    Bukan mudah
    Bernafas dalam jiwa hamba
    Dan ku cuba
    Menghindarkan pesona maya
    Kerna tak upaya ku hadapinya
    Andai murka-Nya menghukum leka

    Diatas nama cinta
    Pada yang selayaknya
    Kunafikan yang fana
    Moga dalam hitungan
    Setiap pengorbanan
    Agar disuluh cahaya redha-Nya


    Biar sendiri hingga hujung nyawa
    Asal tak sepi dari kasih-Nya
    Kerna sesungguhnya hakikat cinta
    Hanya Dia yang Esa

    Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
    Sehingga ku rasai
    Nikmat-Nya
    Syurga-Nya
    Cinta-Nya
    *sejauh mana Cinta sy kpd-Nya?..Terima kasih m'ingtkan,semoga hati-hati dgn hati dan bmujahadah utk dptkn Cinta Allah.

     
  4. assalamualaikum


    syukran ats peringatan trsebut akhi..
    tersentuh sgt2.

    nk tnya pndpt B2 n akhi bgamana cra yg brhikmah utk menegur ssorg yg brgelar shbt yg mlakukn ksilpn??

     
  5. Afwan b2, (n_n) , azlen =)
    Sejauh mana cintamu padaNYA? Jawapannya sehebat LAKUmu(perbuatan) mengejar redhaNYA...Siapa kamu utk mengejar itu? Jawapanya di Al-Imran 104.

    Bagaimana menegur sahabat dgn hikmah?
    Hikmah byk pandangannya pula. Terpulang pada orang itu kerana kadang2 sahabat yang rapat adalah orang yang paling susah untuk menerima teguran kita tapi TAK SEMUA mcam tu.
    Oleh kerana terbiasa dgn manis mulut kita, pujian kita kpdnya sehingga mgkin sedikit teguran kekurangan diri dia, mnyebabkan seribu luka dihati. =|

    Jadi sebaiknya pendekatan yg biasa saya guna, saya akan brtanya dahulu. "kamu bisa menerima teguranku?" jika ya, jelaskan apa yg kamu ingin tegur/nasihati itu sejelasnya disamping tunjuki akhlakmu yg baik(qudwatul hasanah). Mungkin dia tidak dapat menerima terus teguran, namun jika dia melihat akhlak kita, i.Allah lama-lama dia akan berfikir kembali apa yg kita ungkapkan.(Cakap serupa BIKIN) Kita bukan sekadar nasihat org, tapi kita buat apa yg kita nasihati..

    Tetapi, jika pelbagai cara lembut tidak dapat terjamin keadaannya, mgkin sedikit kekerasan perlu dgn BATASAN dan masih BERHIKMAH. =)

    Kerana apa guna kekerasan? Sbb seperti tadi, seseorang itu terlalu biasa dgn kelembutan kita, sampaikan nasihat diberi "masuk telinga kanan keluar telinga kiri" juga, jadi perlu sedikit SUNTIKAN kekerasan, supaya LAMUNANnya tersentak. =)

    Ye, manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Maafkan orang lain jika kamu ingin dirimu dimaafkan..

    Moga mampu menjadi daie bagus~

    Muhammad Marzuqi
    Student Welfare
    International Islamic University Malaysia.

     
  6. assalamualaikum

    syukran atas perkongsian pndgn akhi.mmg benar jika insan yg ingin ditegur kita adlh insan yg paling rapat ngan kita,amat sukar utk mlafazkn kata tegurn trsebut.bimbang melukai hatinya.namun tujuan kita baik krna kita kasih n sayang pd mereka.

    moga Allah segala urusan kita semua.Amin ya rabbal alamin.

    Syukran jazilan akhi Marzuqi

     
  7. afwan, sama-sama berkongsi.
    ada siapa2 mahu tambah point? sila, silakan...

     
  8. A.N Says:
  9. salam marzuq.

    akak tak nak tambah point lagi, cuma nak cakap, femes betul anda :) keluar gambar kat akaun fb Karisma Gombak kot :D

    bila nak ada fb?

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=213516485349062&set=a.213515625349148.62046.184956061538438&type=1

     
  10. haiz, tu gambo belakang saya je. segan lak ad gambo camtu.huk3

    fb ea?
    paksa la saya skit..hee

     
  11. A.N Says:
  12. hehe. tau xpe. tak pasal2 dah reveal sikit biodata diri kan? :)

    aritu kata bila dah 20 tahun, nak buat fb? jgn tgk side negatif, tapi fb ni boleh jadi medan dakwah juga. plus, boleh besarkan lagi network ukhuwwah [or mgkin sesama ikhwah] :)

    ok, promote skang. kena minta komisen dr zuckerberg nih :)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor