"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Bukan semua!

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Thursday 5 May 2011

Bismillahirahmanirahim...

Biarpun kita merancang bagai nak rak setiap perkara yang kita mahu, setiap ungkapan yang kita sebut, setiap bait yang kita tulis, kadang2 masih ada yang terkurang, masih ada yang cacat, masih belum terpuas dihati. Mencari kesempurnaan itu suatu impian yang tak pernah tiada dalam setiap diri kita bergelar manusia. Sanggup menahan mata berjaga malam merancang startegi, teliti dan sangat berhati2.

Namun, bukan semua yang kita mahu, kita dapat. Itu LUMRAH!

"Maka nikmat manakah yang kamu dustakan." -55:47

Muhasabah adalah jalan terbaik untuk kita sedar siapa lebih berkuasa. Selalu kita berdoa untuk mendapat keselesaan, kebahagiaan, kekayaan, kekuatan, mahupun kebijaksanaan. I.Allah, jika doa itu istiqamah, pasti Allah akan janjikan habuan terbaik untuk hambanya yang bertaqwa.

Tetapi, jangan kita marah, benci, mahupun putus asa jika ada perkara yang tidak dihajati walau kita bekerja keras. Lihatlah kembali kekuasaan Allah, lihat kembali apa yang telah kita perolehi dan lihat orang disekeliling kita. Masih banyak lagi yang langsung tidak dapat merasai nikmat sepertimana kita rasai. Mungkin nikmat kebahagiaan, mungkin nikmat kesenangan hidup dan mungkin juga nikmat kesihatan mereka belum merasai sedikit pun!

Lihat klip video ini:)


Bersyukurlah!

"Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.

Koreksi diri, hilangkan hasad, hilangkan dengki, penuhi hati dengan kalam-kalam suci, setiap hari, setiap iris melalui hati.

Minta keampunan dari Allah.

Mungkin doa kita tidak sampai oleh kerana masih ada perkara-perkara yang belum settle antara kita dengan manusia yang lain mahupun kita dengan Allah. Jauhi sikap bertangguh dalam bertaubat. Taubatlah setiap hari, ataupun setiap sekali seminggu. :-)

Istiqamah lah dalam mencari keampunan sambil meminta keinginan dan hajat. Jika flownya cantik, i.Allah bantuan Allah takkan terputus.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[البقرة :201
Our Lord! Grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire.[2:201]

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِينَ
[البقرة :250

Our Lord! Bestow on us endurance, make our foothold sure, and give us help against the disbelieving folk.
[2:250]

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
[البقرة :286

Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error.
[2:286]

Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu. Iman Syafie 767 – 820 m



Gratisan Musik

9 perkongsian

  1. ~Kasihilahi~ Says:
  2. Surah Al-Baqarah, 286: "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

    Lagu ni best.. liriknya mendalam.. (^_~)

     
  3. amirah.rubi Says:
  4. T.T Love this entry as well as the song to the degree of infinity.. speechless-.- well done..

     
  5. Chan Rahman Says:
  6. boleh bgtahu tajuk lagu ni?
    trima kasih :)

     
  7. Lagu ni lagu saff one bertajuk Camar Kelukaan. :-)

     
  8. Anonymous Says:
  9. Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.

    Panjatkan doa kpd-Nya yg:
    "Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"
    *video,entry,lagu yg menyentuh hati ini*
    Alhamdulillah,Terima kasih.(n_n)

     
  10. sama2..
    "Demi kejayaan ada HARGA perlu dibalas..."
    Untuk sesuatu perkara yang kita mahu, mesti ada (harga) usaha yang bersungguh2, pgorbanan, doa, tawakkal lillah..:-)

     
  11. setuju dgn Akh..=)

    kita merancang sesuatu, ingin sempurna semuanya namun hakikatnya harus menerima pasti ada yang kurang.Itulah usaha dan hasil BUKAN SEMUA seperti yang kita harapkan. Dan apa yg ada dlm genggaman, itulah yg terbaik, mesti bersyukur. mata kasar melihat ketidaksempurnaan pada suatu perkara yg diperoleh tetapi hakikatnya setiap yg diberi oleh Allah, itulah yg paling sempurna buat kita. Dan kita hanya hamba, bersyukur dan mencari hikmah dlm anugerah pemberian Pencipta, sungguh tersirat byk hikmah drpd apa yg tersurat.. =) lihat dgn mata hati..

    mata hati kita selalu buta, melihat ujian lebih drpd nikmat. Apabila terlihat nikmat yg terlalu menggunung, pasti terasa malu dgn Allah krn ujian sedikit pun tiada mampu ditanggung...sering sahaja mengeluh...

    Allahuakbar, Akh! sedihnya video tu...='(( sedih sgt...sedih...kesiannya budak tu, sisa makanan seolah-olah makanan yg dh cukup baik dan sedap, sampai berebut-rebut...tapi kita..='((

    b2 suka lagu ni, pernah dgr tajuk Camar Kelukaan. Akh tahu x lirik dia psl mende, b2 dah cuba baca tapi xfaham..

     
  12. syukran ukhti,
    entry x seberapa...nnti tmbah lagi ilmu,i.Allah.
    lagu tu, lagu Camar Kelukaan ni maksud dia lebih kurang macam suatu pertemuaan antara 2 saudara yang menjalinkan silaturahim, berbuat baik antara satu sama lain, tolong menolong, bantu membantu, sharing probs dan sebagainya..Namun, lagi lidah tergigit, inikan silaturahim yang terjalin erat camni,biasalah ada kalanya dilanda ombak besar mahupun kecil...dan semua ni adalah ketentuanNYa mempunyai seribu hikmah...:-)

     
  13. Anonymous Says:
  14. God answer wiser than what we ask~
    perlunya REDHO ON THE SPOT dgn nikmat dan ujian drNYA~ :)

    p/s: redho on the spot, bukan mudah, perlu latihan dan mujahadah! *diri sendiri masih berusaha*

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor