"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Diari Urus Niaga 3 =p

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Monday 16 May 2011

Bismillahirahmanirahim...

Masih dalam entry mengenai urusan niaga. Dalam perniagaan ni banyak syarat-syarat, banyak hukum hakamnya yang perlu kita patuhi. Sebentar tadi sempat mendengar tazkirah daripada Ustaz di Tv9 mengenai hukum menjual beli ni. Antaranya kita perlu berlaku jujur dan tulus. Dalam berurus niaga, kejujuran adalah aspek yang paling utama untuk mendapat berkat, redha Allah. Contoh yang dibagi ustaz, pembeli bertanya mengenai keuntungan penjual dapat apabila dia menjual sesuatu barang, namun penjual tersebut menipu dia hanya mendapat sedikit keuntungan walaupun keuntungan yang dia akan dapat lebih besar.

"Berapa awak untung kalau awak jual kasut ni?""Lorh, saya dapat 30sen je untung" -walaupun sebenarnya di mendapat 30ringgit keuntungan. Nampak kecil tapi hakikatnya besar. Perniagaannya tiada barakah kerana tiada kejujuran.

gambar kawanimut hiasan semata-mata

Selain itu, bagaimana mendapat berakah dan rezeki dalam berniaga lagi?
Jujur dalam perniagaan, tidak tinggal solat, jaga syariat Allah, jaga tutur kata, solat dhuha, baca surat Al-Waqiah dan banyak lagi.

Apakah hukumnya kita berurus niaga dengan peniaga yang meniaga barang-barang haram dan berniaga haram?
Orang yang berniaga barang-barang yang haram seperti arak, barang-barang bukan miliknya(mencuri kemudian jual), modalnya jelas tidak halal dll yang berkaitan adalah haram kita berurus niaga dengannya.

Situasi di kedai, setiap hari ada saja orang datang menolak emas/menjual kembali emas. Apabila situasi ini berlaku, abang saya sudah awal-awal ajar cara ( psycho) bagaimana nak mengenali orang yang menjual barang miliknya atau milik orang lain. Disini, kami sangat menjaga takut-takut tersalah membeli barang yang bukan milik orang yang menjual, barang tipu/palsu dll. Barang yang ingin dijual perlu dihantar ke makmal untuk ujian asid dan ketulinan mutu. Disini kepakaran dan pengalaman perlu ada. Saya belum miliki tapi sangat berani belajar. =p Kemudian jika Allah izin dengan adanya perasaan rasa selesa dihati untuk berurus niaga dll, kami akan ambil barang tu dan tawakkal selain semua profile penjual diambil untuk langkah berjaga-jaga. Ini semua kerna ingin keberkatan Allah. Kita dilarang berurus niaga dengan orang yang menjual beli barangan haram. Sedikit ilmu untuk dikongsi.

............

Alhamdulillah, minggu lepas saya dapat pengalaman menindik. Waaaaww! Ia bermula bila ada seorang ibu datang untuk menindik si anaknya di suatu petang. Saya yang waktu itu sedang rilek-rilek diminta abang untuk menindik budak dalam lingkungan umur 3-4 tahun. Apa lagi, dengan muka buat-buat macho dan berpengalaman (walaupun cuma pengalaman perhati je selama ni), saya pun keluar. Kami disini buat tindikan 2 telinga sekali gus, jadi bagi budak-budak ia bagus sekali kerana dia cuma terkejut sekali sahaja. Saya dengan sepupu perempuan mengambil tugasan ni.

1,2,3 tekk!tekk! uwaaaaaa. Budak tu menangis. haha

"Uish, cantiknya, tengok cermin-tengok cermin. Saya cuba memujuk". =p (ayat selalu saya guna bila jadi pemerhati dahulu.) Bagi hadiah sikit sebab berjaya ditindik, akhirnya tangisan berjaya dikurangkan. hee So, siapa-siapa mahu ditindik, sila datang ke kedai.hee


Weekend lepas, sempat saya bertemu kawan-kawan di UIA PJ dan UIA Gombak. Hanya semalaman di KL dengan urusan peribadi dan perniagaan, saya dan sorang kawan ke sana. Kami masing-masing skip sehari kerja. thee~ Dia bakal budak UIA Kuantan, jadi sempat saya perkenalkan UIA Gombak kat kawan saya tu. Nak exercise sangat, saya bawak dia jalan kaki ke Mahallah Salahuddin yang paling jauh untuk bertemu kawan di sana. Sengaja tak benarkan kawan di Salahuddin turun ke masjid tempat kami singgah. Naik bukit, turun bukit. Urusan selesai di Gombak, saya kembali ke Pj kemudian teruskan urusan penting dengan akak di rumahnya. Lama tak berjalan-jalan, sakit kaki dirasai sampai ke dalam tidur.huh.. Urusan perniagaan hanya perlu berdiri dan sesekali jika ada urusan di luar, bawa motor je. =p Tapi penat bekerja, yaAllah.(baru kita tahu betapa susah payahnya ayah emak kita bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga!) Bekerja tak sama dengan berprogram. =p

Tak sabar nak sambung belajar! Tak sabar nak habiskan degree! Nak cepat-cepat, ada apa? Mestilah, siapa tak mahu cepat habis belajar. Banyak lagi perancangan perlu dibereskan. Urusan futher study or kerja, urusan dakwah, urusan keluarga, bina baitul Muslim sudah tentu! =D 3 Tahun tak lama, insyaAllah. ameen.

Baru-baru ni dapat tawaran jadi guru Tajwid dan Al-Quran di sebuah sekolah berdekatan. Mengajar di hari jumaat. Ayoo, jumaat satu-satunya hari cuti untuk saya untuk rest. hurmm...Tangguh dulu tawaran tu.

Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu. Iman Syafie (767 – 820 m)




Gratisan Musik

9 perkongsian

  1. Alhamdulillah , enta bkn dipilih ole mereka utk mngajar tajwid & Al-Qur'an sbaliknya Allahlah yg tlh memilih enta .

    ouh stdnt kaed cuma 3 tahun ? xadil .

    apapn nti bila nk bina BM jgn lupa post di sni . InsyaAllah ada rezeki nk jg prgi ke walimah enta .

    Moga Allah permudah segalanya . Aamiin .

     
  2. betol2.
    nope, just for Archi student in kaed, qs, aad,la,urp same like others kulliyah.:-)

     
  3. assalamualaikum..

    wait 4 diari niaga 4..

    pndai pujuk adik2 ye

    baca entry akhi ni tringat pd kls seminar muamalat ana yg diajr oleh ustaz Bashir Aziz.

     
  4. 4th baru 3 baris..cannot publish yet.:-)
    alamak, xkenal lak ustaz tu...takpe2, asalkan ilmu dibaginya itu berguna...

     
  5. Anonymous Says:
  6. Siapakah teman yg paling baik?
    Rasulullah bersabda:
    "Dia ialah orang yg mengingatkan kamu kpd Allah apabila kamu melihatnya,bertambah ilmu apabila mendengar bicaranya dan mengingatkan kamu kpd Allah apabila mellihat amalannya."
    Tmbh ilmu+iman+amal supaya brtmbah generasi soleh&solehah dlm BM
    InsyaAllah(n_n)

     
  7. t.kasih sudi menjenguk blog selalu si (n_n)
    tgh top up ni...

     
  8. Anonymous Says:
  9. sama2..(n_n)v

     
  10. assalamualaikum..

    "renung pada butir2 ilmu yang disampaikan bukan melihat kpd insan yang menyampaikannya"

    cuma ana nak puji pd ustaz Bashir yang ajar ana dan sahabat2 ana..beliau seorang yg pemurah n rendah hati.beliau tidak suka dpggil Doktor wpun sudah brgelar doktor skrg.Lebih senang n suka dgn pggilan ustaz bashir.

    Beliau selalu djmput mjadi panel dlm forum perdana hal ehwal islam.Insyaallah ade rezeki akhi blh mgnali beliau:-)

     
  11. o0..nnti2 kenal la tu.i.Allah...
    kantoi tak tgok Forum tu slalu~

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor