"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Apa khabar hati?=)

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Tuesday, 14 June 2011

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, apa khabar hati kalian? (jawab2) Sekarang adalah waktu cuti buat diri (saya) seperti pelajar-pelajar Malaysia lain. (yang bercuti lah). Dan sekarang ini juga, hati akan overactive walaupun badan kita tidak active mana. Ini cuma physiology. Di waktu sekarang ini, masa akan banyak terluang (bagi yang takbuat apa-apa kerja), dan diwaktu ini jugak hati akan mencari identiti pemiliknya.

Saya akui, entry saya akhir-akhir ini mengenai hati. Hati ialah sesuatu yang sering digunakan oleh manusia. Tak salah kalau kita selalu memperingatkan supaya ia sentiasa terjaga. Seperti mana entry sebelum ini yang bertajuk Jangan biar hati kosong. Saya sering ditegur, "jagalah hati, jagalah iman, jagalah amal."

Alhamdulillah dan terima kasih kerana ada yang sudi menegur saya, mengingatkan saya. Setiap bait teguran saya akan simpan dan pikir kembali lebih mendalam. Sebab mesti "ada" isinya, i.Allah. Saya pasti setiap teguran bukan suatu yang sia-sia. Saya ambil dan tanamkan dalam hati.

Saya fikir kenapa diri selalu diingatkan dengan 3 perkara ni dan kenapa hati dahulu yang mesti dijaga? Bila saya amati bait teguran yang ringkas dan padat itu, baru saya terfikir, betullah! Bila hati tak dijaga dahulu, kemudian ia rosak, maka seluruh tubuh kita akan rosak.

Jelas seperti hadis nabi “Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari - 2/49)

Lepas hati rosak, bagaimana nak kuatkan iman dan untuk menjaga amalan pun sudah terlambat. Betolkan jika saya salah ya.

Jadi, diwaktu yang lapang ni, jangan rosakkan hati kita dengan apa-apa unsur yang tak berfaedah dan boleh melalaikan. Termenung, berfikir panjang itu lumrah manusia, tetapi jangan sampai mengabaikan tanggungjawab dan diri. Allah memberi kita waktu lapang untuk kita mengisinya dengan sesuatu yang bermutu. Mungkin bergaul dengan keluarga, kawan-kawan, suami, isteri mahupun anak-anak.

YaAllah teringat sewaktu belajar dahulu, bila menyiapkan assignment dan project di akhir2 due-date. Terseksanya rasa! Sedangkan waktu yang dibagi memadai untuk menyiapkan tugasan, tetapi kerana komitmen dan amanah lain, waktu itu diguna pakai untuk menjaga keharmonian hati orang lain. Tapi ada satu lagi penyebab utama iaitu penyakit pembuangan masa. Astagfirullahalazim...

Rasa nak menangis pun ada bila teringat bagaimana diri ini yang Allah bagi masa sama 24jam sama dengan orang lain, masih sempat untuk melakukan tanggungjawab dan amanah lain dalam pentarbiyahan, dakwah serta berkebajikan disamping berjuang dengan ilmu. Maha suci Allah kan, Dia yang memberi kita akal dan fikiran untuk kita bahagi masa dengan sebaiknya. Ia bermula dengan hati, niat yang ikhlas, perlakuan yang jujur.

Bagaimana mahu menjaga hati kita ni?
Lakukan apa yang Allah suruh, jauhilah larangannya sudah memadai. *sangat tersirat kan. Bersihkan hati dengan kalam-kalam suciNya, zikirNya. Saya fikir orang yang membaca entry ini adalah yang sudah matang dengan penulisan padat sebegini. =)

Saidatina Aishah ada meriwayatkan hadith dari Nabi s.a.w. yang bermaksud "Manusia itu matanya sebagai petunjuk, telinganya sebagai saluran (pendengaran), lidahnya sebagai jurubahasa, tangannya sebagai sayap, kakinya sebagai utusan sedang hatinya itu ibarat raja pada dirinya. Jika raja itu baik, maka baik pula seluruh bala tenteranya."




Gratisan Musik

6 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. Hiaskan hati secantiknya..walau xnmpak di mata manusia tp dpt dirasa di mata hati.(n_n)

     
  3. assalamualaikum

    "Jaga hati hiasi peribadi"

    "Berhati-hati dengan HATI"

    HATI ibarat RAJA,jika elok RAJANYA maka eloklah RAKYATNYA..InsyaALLAH.

     
  4. Betapa indah dan bijaknya nasihat sahabat Rasulullah SAW, Ali bin Abi Thalib ra : "Hati ini terkadang memiliki kecendrungan menerima dan terkadang menolak. Bila ia dalam kondisi menerima, ajak ia untuk melakukan ibadah yang sunnah. Tapi bila ia dalam kondisi menolak, ajak dia untuk melakukan yang wajib saja. Sampai kondisi menolak itu hilang, ajaklah kembali ia melakukan yang sunnah."

     
  5. assalamualaikum
    musik tu mmg padan la dgn tjuk n isi tjuk entry ni..
    LIKE~

     
  6. Smga kte sume dpt p'baiki dri & p'baiki org lain jua dlm mse yg sme.
    Bcuz sometime kte akn d uji dgn ap yg kte nasihatkn kat org lain.

    Dakwah is just like throwing a ball 2 a wall. Dlm mntarbiyah hati org lain kte jgk akn tarbiyah hati sendri. Must alwaz reflects ourselves. (^_^)

     
  7. Illussion~dz Says:
  8. Hati ad 4 jenis , tp smga kte sentiasa brada d situasi hati yg ke-4.
    1)Hati yg kotor - diibaratkn spt cwn yg dipenuhi dgn najis
    2)Hati yg pecah - diibaratkn spt cwn yg pecah
    3)Hati yg t'tutup - cwn yg t'tutup
    4)Hati yg tawaduk pd Pencipta-Nya

    Byk bende yg blh diungkapkn dgn 4 jenis hati ni . Tp mostly dgn ilmu lh. pandai2 lh cari dtail ttg jenis2 hati ni . spy kte sume dpt p'baiki diri.

    credit 2 (IzAt) (^_^)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor