"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Carilah penyembuh terbaik.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Monday 27 June 2011

Bismillahirahmanirahim....

Dalam penulisan di blog, saya sangat bimbang jika terdapat tafsiran mahupun difinisi yang saya terangkan tidak difahami oleh orang yang membaca. Kadang-kadang ia menjadi igauan yang membuatkan saya bangun kembali dari tidur dan mengubah beberapa ayat yang saya tulis. Lucu kan? Tapi bagi saya, setiap apa yang saya cuba sampaikan, biarlah ia masih boleh difahami oleh semua orang, walaupun tak seberapa ada input, walaupun ia cuma sekadar pengalaman budak hingusan seperti saya.

Kecacatan
KecelakaanPerkahwinan
Carilah penyembuh terbaik dari awal lagi...

"Suatu hari nanti, mesti anta mahukan kehidupan yang baik seperti memiliki keluarga yang bahagia, zaujah yang solehah, anak yang soleh solehah, dan pekerjaan yang bagus." kata seorang akh.

Siapa tidak mahu begitu kan, tetapi apakan daya kita hanya sekadar merancang semata-mata. Sudah bersediakah kita jika apa yang kita rancang terpesong jauh? Sudah bersediakah kita apabila hajat yang kita usahakan selama bertahun-tahun hancur begitu sahaja? Sudah bersediakah kita menghadapinya? Wallahualam...

Demikian itu, carilah awal-awal penyembuh terbaik untuk sebarang kemungkinan yang akan mendatang.

Tarik nafas sedalam dalamnya...

sebelum tiada lagi upaya untuk kita menarik nafas....

Lihat saja di akhbar-akhbar kita, ramai yang cacat dalam sekelip mata, muflis, kematian orang yang tersayang, putus cinta, putus harapan, retak rumah tangga mereka dan bermacam-macam lagi.

Apa yang kita akan lakukan jika kita yang berhadapan dengan dugaan ini?

Meraung menangis? Berdiam diri? Mengurungkan diri didalam bilik, didalam rumah? Menyalahkan tuhan?

Sebab itulah semua perkara yang kita lihat sekarang ini, perlu kita jadikan ikhtibar dan pengajaran, yang perlu kita fikirkan kerana tidak mustahil ia akan terjadi pada diri kita.

"Orang yang kaya mungkin boleh miskin dengan sekelip mata dengan izin Allah, orang yang miskin boleh kaya dengan sekelip mata dengan izin Allah. Orang yang koma boleh tersedar dalam komanya sekelip mata dengan izin Allah. Dan mungkin kita yang lincah bercakap, menulis, belajar, bekerja dengan sekelip mata boleh menutup mata menghadap illahi."

Walaupun hanya berada di Bandar Persisir Air, sudah banyak pengajaran yang boleh saya ambil daripada masyarakat disini. Disin saya melihat orang, siapa sangka yang tiada tangan, kaki boleh menjadi pengurus, pengarah. Siapa juga menyangka yang hanya demam dan selsema, ia menjadi peminta sedekah di kaki lima dan banyak lagi....

Tiada siapa yang perlu disalahkan. Yang menetapkan semua itu adalah Allah dan hanya dari inti jiwa kita yang mahu atau tidak mengubahnya. Dan perlu diingatkan, kita perlu memikirkan kemungkinan kemungkinan itu semua supaya ia menjadi penawar kepada kita jika ia terjadi pada kita suatu hari yang sesiapapun tidak boleh mengubahnya.

P/S: BANYAK tulisan disini mengikut perasaan, maaf. Saya bukan pengarang yang bagus, bukan juga penulis yang hebat, saya hanya menulis sekadar apa yang saya rasa, sekadar apa yang saya faham, sekadar apa yang Allah ilhamkan, sekadar apa pengalaman yang saya ada. Mungkin selepas ini, saya tidak lagi menulis atau terus menulis, siapa tahu. Dan jika saya mempunya z***ah, ingin benar saya meminta dia menulis walaupun tidak di blog, di mana-mana pun jadilah. :-D


Sami Yusuf - Healing

5 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. "Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah."(n_n)

     
  3. assalamualaikum

    "Tiada siapa yang perlu disalahkan. Yang menetapkan semua itu adalah Allah dan hanya dari inti jiwa kita yang mahu atau tidak mengubahnya. Dan perlu diingatkan, kita perlu memikirkan kemungkinan kemungkinan itu semua supaya ia menjadi penawar kepada kita jika ia terjadi pada kita suatu hari yang sesiapapun tidak boleh mengubahnya."

    -sediakan payung sebelum hujan-

    p/s : endometriosis..(cari mksud ini ..insyaallah trjawab prsoalan yg akhi ajukan di blog ana tmpoh hari"..

     
  4. mencari penawar yang terbaik...

     
  5. Chan Rahman Says:
  6. Semoga anda dpt cari penyembuh kalau anda x berjaya dapatkan tambang bas RM48 tu ye :P

    P/s : post yg sgt bermanfaat. Teruskan menulis.

     
  7. haha...
    sendiri terkejut bila tengok gambo dalam entry sendiri ni...buat berdebar jantung jerk kan. sori, up adrenaline skit.:-p

    selamat berpuasa.

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor