"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

No Food Supplement.=,="

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday 11 June 2011

Bismillahirahmanirahim...

Dah lama tak update blog inspirasi kalbu ni. Padahal, siang-siang hari duk berehat bilamasa takde pelanggan datang di kedai, ada aje idea-idea yang nak ditulis, diconteng-conteng dalam blog yang tak seberapa ni. Tapi, bila balik rumah, "gedebukkk" ... Bukan jatuh, tapi tergolek terus atas tilam, alahai penat la sangat kononnya. Tapi memang penat pun, penat otak.

Hari ni takde lagi diari urus niaga untuk episod seterusnya, tapi tak semestinya tiada langsung kisah berniaga kan. Alhamdulillah dengan rezeki berniaga, biasalah adat berniaga ni ada untung ada rugi. Untuk jaga hati pelanggan biarlah rugi sedikit pun, mungkin keuntungan akan datang berlipat kali ganda?Siapa tahu. Saya bukan pandai sangat berniaga, cuma menolong apa yang patut bolehlah. Tak mustahil lepas ni saya bekerja part time di tempat lain, mungkin di restoran atau tempat2 servis engin yang perlu berkotor berlumpur. Semuanya kalau boleh saya mahukan pengalaman, sebab pengalaman takkan dapat jika kita tak mencuba. Betolkan saya jika salah ya.

Ingat dahulu sempat menjadi waiter untuk VVIP, VIP di suatu majlis keramaian. Di suatu sudut hati, mula2 memang rasa sangat best dapat kerja tu. Yelah, dapat melayan orang-orang kenamaan. Tapi yaAllah, penatnya hanya yang merasai tahu hakikat. Hanya 6 orang ditempatkan di barisan 6 meja VVIP, melayan makan minum orang-orang besar dengan jumlah yang ramai, tak henti-henti datang dari pagi hingga ke petang, sangat-sangat memenatkan. Rasa nak tercabut lutut, tumit kaki rasa dah diasah licin dengan jalan raya. Tak habis seharian, malam menanti dengan bbq daging kambing, lembu dan ayam. Alhamdulillah, waktu malam tak seteruk siang, lebih suapkan ke mulut sendiri dari hidangkan kepada orang lain. Apa taknya, dengar je bbq daging2 tu, makan pulun sampai kenyang mentang-mentang diri takde effect langsung kalau makan daging.
Itu kisah dulu, pengalaman yang takkan dilupakan. Perut kenyang, tapi hari ini nak kekalkan kesihatan lah kononnya, saya amalkan beberapa food supplement. Lipotropics ,wheat germ and lecithin. Dulu amalkan vitamin C, D tapi kali ni cuba food supplement. Tak malu saya katakan, saya mudah berasa lapar. Kuat makan betul lelaki ni. Kalau di persediaan/foundation dulu, bila waktu study, stay up malam2, mesti akan berkali2 turun ke kiosk untuk membeli bekalan makanan mahupun minuman. Nak buat macam mana, keperluan perut. Saya tak rasa rugi kalau hal makan minum, sebab taknak jadi kes sakit lagi. Biarlah berbelanja lebih untuk kesihatan perut dan umumnya tubuh badan. Niat dihati memang nak naikkan berat badan pun.:p

Alhamdulillah, cuti ni saja berat dah bertambah. Tapi lepas makan food supplement, ada sedikit gangguan pada sistem badan. Atas nasihat pakar, no supplement untuk waktu ni. Saya tahu permakanan perlu kadar yang sebetulnya. Apa-apa food supplement yang dimakan kalau badan dah cukup benda tu semua, ia akan mendatangkan mudarat nanti. Sebabtu badan menolak. Sekarang saya perlu banyakkan minum air masak untuk membaik pulih sistem dalam badan walaupun dah sebotol food supplement ditelan. huu Lepas ni, stop for taking food supplement dulu, isha Allah amalkan minuman susu dan makanan yang sihat! Moga sihat tubuh, akal cergas! Ada nasihat?

p/s: Rumah riuh walaupun 4 orang tengok final piala FA. Alhamdulillah, Trg Menang!

8 perkongsian

  1. assalamualaikum..

    lma mnyepi.:-).smlm ana tgk tjuk je kat blog ni..hr ni bru nmpk post yg sbnrnye..mgkin line slow..2 sebab ada tjuk je smlm msa blogwalking d blog akhi..

    blh tau bbrapa supplement(Lipotropics ,wheat germ and lecithin) yg akhi diambil fungsinye utk ape??sbg conth utk tmbh selera ke or dsb..

    syukran jazilan

     
  2. wsalam,
    sbnar ana tgah taip waktu tu entry ni, lepas balik kerja trus taip takot nnti takde semangat dah.. lpas tu, sambung trus tngok bola, pause skjp tp blog trus publish my entry.sbbtu jd ada tajuk je...
    supplement tu?utk kekalkan kesihatan dlm masa yg sama nak tgkatkan fungsi sistem bdan. selera makan pun ada.tp slera mkan mmg dah lama tinggi..:-)

     
  3. Anonymous Says:
  4. Jaga kesihatan pnting supaya kita dpt beribadah dan m'buat amaln kbajikan.
    "USIA AKAN BERAKHIR,TTPI AMALAN AKAN MENGALIR"
    *Selain pemakanan sihat..exercise,dan byk rehat lillahi ta'ala..

     
  5. semestinya nak jaga.
    tapi byk ujian btol~

    saya bukan doc, so tak pandai mana la bab2 ni.:-)

     
  6. assalamualaikum

    owh..begitu rupanya..

    tahniah "TERENGGANU KITA":-)

     
  7. lbih baik jgn minta nk naikkn berat badan sgt. nnt ble dh naik susah nk turun ...trima jelh keadaan awak yg skarang ni mungkn ad hikmahnya...(^_^)

     
  8. xnak, nak naikkan jugak...haha
    apepun, nak sihat! :-)
    t.kasih atas nasihat~
    redha je apa yg ada~

     
  9. Anonymous Says:
  10. saran akh dapatkan buku 'diet cara rasulullah'..bagus kalau dapat amalkan..

    wallahu'alam

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor