"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Rentetan daripada pembacaan buku biografi.

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Wednesday 18 March 2009

1619
Sesiapa yang membaca buku perjalanan hidup manusia dan biografi para tokoh pasti dapat mengambil beberapa faedah yang berguna seperti ni:

  1. Nilai manusia adalah ditentukan dari perbuatan baik yang dia lakukan. Kalimah ini adalah ungkapan "Ali bin Abi Thalib" yang bermaksud bahawa ketinggian nilai diri seseorang terletak pada ilmu pengetahuannya, adab kesopanannya, ibadahnya, kedermawaannya serta akhlaq dan moralnya dan bukan pada wajah, gaya dan kedudukannya. "Dia(Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana telah datang seorang buta kepadanya."('Abasa:1-2) "....sesungguhnya hamba sahaya yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu..."(Al-Baqarah:221)
  2. Munusia itu dinilai sesuai dengan semangat, kepedulian, usaha keras dan pengorbanannya untuk mencapai kedudukannya, dan dia tidak pernah diberi satu kemuliaan secara percuma. "Dan, jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu..."(At-Taubah:46) "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya."(Al-Haj:78)
  3. Manusialah secara individu yang akan mengukir sejarahnya pada masa akan datang dengan izin Allah. Dialah yang akan menulis perjalanan hidupnya dengan perbuatan-perbuatannya yang baik atau buruk. "..dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan..."(Yasin:12)
  4. Umur hamba itu sangat pendek, amat cepat dan segera berakhir dan berlalu dengan sangat cepat. Maka dari itu, jangan sekali-kali umur itu dipersingkatkan dengan dosa-dosa, kesedihan, kegundahan dan kegelisahan. "....mereka seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainka (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari."(An-Nazi'at:46)
Cukup menyedihkan jika hidup di dunia ini terasa sulit sedang kita tidak mampu mengerjakan amal soleh yang diredhai Allah..

0 perkongsian

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor