"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Sunday 22 March 2009

Orang-orang yang banyak menggur dalam hidup ini biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas-desus yang tidak bermanfaat. Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. "mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur)...."(At-Taubah:87)
Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menggangur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyung-hayang ke kanan dan ke kiri. Apabila pada suatu hari anda mendapati diri anda menggangur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! Sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengigat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu, membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu, dinasihatkan kepada anda bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan.
Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan membunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah. Waktu kosong itu tudak ubahnya dengan seksaan ala penjara Cina; meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seseorang akan menjadi stress dan gila.
Menggangur dapat melalaikan diri, dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri professional, sedangkan akal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.
Kerana itu bangitlah skrg juga, kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu! Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukan!Dengan cara itu, doktor- doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan, dan para buruh kasar, mereka dengfan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan kesedihan.
lol~

0 perkongsian

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor