Saiful El-Shirazy duduk di lantai simen biru biliknya. Tangannya sibuk melipat pakaian yang telah dipilih untuk dibawa pulang ke kampung. Dimasukkan yang sudah siap kedalam beg besar dihadiahkan ibunya, disusunnya rapi satu persatu. Melihat di luar bingkai tingkap, matahari jumaat masih lagi tinggi mengufuk. Saiful mengambil sapu tangan, mengesat-gesat peluh di badannya yang tidak berbaju. Petang ramadhan hari itu memang lebih hangat dari biasa, seperti ingin membakar kulitnya. Rakan sebiliknya, Osman datang menyela disebelah, membelek baju-baju yang baru dibeli Saiful tempoh hari bersamanya.
“Bila kau nak balik Saiful?”
“Malam ni, jam 9.45. “
“Aah, maknanya aku tinggal sorang la malam ni.”
“Yang lain pergi mana?”
“Keluar berbuka kat luar.”
“Kenapa tak ikut sekali?”
“Malas nak habiskan duit. Takpalah, aku tinggallah sorang-sorang la jawabnya malam nanti.”
“Abistu kau nak suruh aku tak balik raya ker, tiket ni pun susah nak cari, man. Alah, diorang balik jugak nanti kan. “
“Yelah”, ringkas osman sambil berdengus, seperti sedikit sedih akan rakannya ingin terus pulang ke kampung malam tu. Dia masih mempunyai tiga hari lagi di situ, kampus tempat mereka menuntut ilmu semenjak empat tahun lalu.
“Hari ni kita berbuka kat cafe sama-sama nak?”
“Taknak, aku nak bawa naik atas. Nak makan kat atas.”
“Okey, aku ikut kau jelah.”
Saiful sangat memahami perangai rakan sebiliknya itu. Osman boleh dikatagorikan seorang yang agak emosional. Namun di bahu Saiful lah selalu Osman berkongsi masalah. Saiful lebih memahami daripada rakan-rakan sebiliknya yang lain. Mereka lebih mementingkan diri jauh berbeza dengan Saiful. Memang layak sekali Saiful menjadi ketua bilik selama mereka disitu.
Saiful terlelap dilantai mengalaskan beg sandang orennya. Beg mahal pemberiaan ayahnya itu juga dibawa pulang. Penat meng’pack’ barang untuk dibawa pulang melentukkan badannya ke lantai. Osman seperti biasa bermain permainan komputer di katilnya. Panas hari itu tak bisa langsung meletihkan dia. Walaupun semalam dia tak tidur kerana bermain permainan yang sangat diminatinya itu. Maklumlah kelas terakhir untuk minggu itu sudah berlalu semalam.
**********
“Tok, saiful nak tanya. Calon manakah yang layak bagi saiful, tok?”
“Maksud kamu, zaujah solehah?”
“A’ah, benar tok. Epul sudah di tahun akhir pengajian, malah di semester akhir. Orang cakap, waktu ini boleh lah kita mencari-cari, nanti dah abis belajar, dah kerja, pilih je.”
“Benar kata kau, cu. Tapi apa yang tok ingin nasihatkan, menterailah amanah pelajaran kau dahulu. Jadikan semester akhir ni yang terbaik. Tok tak kisah, tapi dari pengamatan tok, kau cucu yang baik, kau akan miliki yang solehah.”
“InsyaAllah, terima kasih tok, memang itu yang Epul cari.”
Perbualan tok ayah dan saiful berakhir dengan berbuka puasa. Juadah berbuka hari itu hanya nasi putih dan ikan kukus pemberian jiran mereka. Saiful seperti ramadhan yang lain selalu menghabiskan masa berbual, berceloteh dengan tok ayah, banyak ilmu dan pengalaman yang amat berguna diperolehi. Kenangan tok ayah sewaktu remaja selalu menjadi topik hangat mereka. Tok ayah dahulu seorang pegawai muda di syarikat surat khabar. Ramai wanita yang meminatinya kerana dia pandai, bergaya malah berbudi bahasa. Sekarang tok ayah menjadi imam di surau hujung kampung. Selalu sahaja tok ayah tiada dirumah mengajar anak-anak kecil mengaji disana. Mereka tinggal berdua sahaja di rumah itu setelah Tok Ma meninggal kira-kira setahun yang lalu manakala kedua ibu bapa Saiful berhijrah ke Qatar sejak dua bulan yang lalu bersama adi-adiknya yang lain. Encik Badrul El-Shirazy, ayah Saiful iaitu seorang kontraktor. Jika tidak kerana ayahnya bersetuju menerima kontrak pembinaan jambatan dan lebuhraya disana, sudah tentu Saiful bergembira bermain dengan adik-adik kecilnya di kampung.
**********
Cerpen! Dia Puteri Yang Dicari.[episode 1]
Ditulis oleh
...:: MeNiTi HaRi ::...
Thursday, 17 September 2009
hasil karya sendiri ea??nice..