"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Cerpen! Dia Puteri Yang Dicari.[episode 2]

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Thursday, 17 September 2009

“Eh saiful, apa termenung lagi tu, kita dah nak ke kuliyah ni.”

“ah, okay.”

Saiful tersentak dengan kata-kata Osman tercegang menunggu Saiful bersama rakan-rakan sebiliknya yang lain. Rakan mereka, Shamil, Izzat, Razak, Daud dan Shahrul sibuk menyemak nota dan membelek-belek buku di tangan. Mereka kurang bercakap. Khayalan bersama tok ayah raya tempoh hari terkubur disitu. Dia terus memakai kasut dan mengikuti rakan-rakannya dari belakang, menuju ke kuliyah. Itu adalah antara kuliyahnya yang terakhir mereka sebelum bergelar graduan sarjana muda seni bina. Yang tinggal hanya peperiksaan akhir yang bakal menjelma tidak lama lagi. Hasrat dihati untuk mencari yang solehah belum dapat dikabulkan Saiful. Dia ikuti cakap tok ayah yang menyuruhnya lebih fokus pada pelajaran. Lebih-lebih lagi yang terakhir ini.

“Jat, kau dah hantar projek kau tu ke Department?”

“Belum lah Saiful, aku perlu baiki sedikit kerosakan semalam, bagaimana dengan projek kau?”

“Aku dah siap hantar dua hari lepas bersama-sama diorang, Alhamdulillah, selamat aku, Deparment terima projek aku kali ni bulat-bulat.”

“Alah kau ni, selalu pun projek kau mereka terima je, siap ada yang dijadikan contoh. Yang aku dengki lagi, siap diletakkan kat ruang pameran library.”

“Rezeki aku Jat, itu hasil kerja aku yang ikhlas.”

Saiful dan Izzat bersembang-sembang jauh dibelakang rakan-rakannya yang lain. Hari itu tidak seperti biasa, mereka ke kuliyah bersama-sama satu bilik. Kebiasaan ada sahaja yang terlambat atau sengaja tidak pergi kerana terlalu letih. Apa tidaknya, berjaga sepanjang malam menyiapkan projek, ada kalanya seminggu hanya dua hari mereka tidur. Itulah kehidupan pelajar-pelajar jurusan sarjana muda seni bina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sememangnya mereka adalah pelajar-pelajar yang sangat sibuk mengatur dan menyiapkan projek dalam tempoh yang singkat. Itu juga adalah latihan bagi mereka dalam menjalani kehidupan sebenar di alam pekerjaan kelak yang lebih mencabar. Tidak hairanlah ada sahaja pelajar dari universiti ini berjaya dalam kareer mereka sehingga ke timur tengah dan eropah dan mengangkat nama negara.

**********

“Akh Saiful, anta sudah siapkan proposal untuk program minggu depan?, ana sudah buat poster dan handbil tapi belum diprint lagi, nanti ana tunjukkan kat akh.”

“Syukran atas peringatan tu Hamidah, ana sudah siapkan. Baru saja ana hantar kat department tadi. Alhamdulillah, kita dapat approvement.”

“Alhamdulillah.”

Hamidahtul Sa’diah, seorang gadis rupawan juga seorang sahabat Saiful dalam organisasi, Environment and Nature Club. Dia adalah orang kedua terpenting dalam organisasi itu selepas Saiful. Mereka selalu bekerjasama dalam menjayakan program kelab mereka, lebih-lebih lagi program terakhir ini. Sekarang mereka lebih praktikal dan inovatif dalam pengurusan, sebelum mereka meninggalkannya kepada pemangku masing-masing. Masih bermain-main lagi difikiran Saiful, pertama kali dia men’interview’ Hamidah sebelum menyertai organisasi itu. Soal Saiful kenapa memilih kelab ini yang agak baru berbanding kelab-kelab yang lain. Jawab Hamidah, dia ingin dekat dengan nature supaya lebih dekat denganNYA. Saiful tersentuh dengan kata-kata gadis kecik molek bertudung lintup dan berjubah biru gelap menutupi seluruh tubuhnya itu. Hamidah penuntut sarjana muda seni bina seperti Saiful.

Dari pengetahuan Saiful, gadis comel ini berasal dari Kuala Lumpur tetapi bersekolah di Sekolah Maahad di Kelantan. Dia seorang yang peramah tapi jarang sekali dilihat bersembang kosong di koridor-koridor studio mahupun dewan kuliyah. Tidak seperti penuntut-penuntut kaumnya yang lain, ada sahaja cerita yang dikongsikan antara mereka. Walaupun pada zahirnya graduan seni bina agak sibuk, Saiful dan Hamidah antara pelajar cemerlang yang masih dapat berorganisasi, bersosial secara intelektual.

“Berorganisasi adalah minat saya sejak sekolah lagi, selagi saya mampu memikul tanggungjawab yang diberi, saya akan teruskan minat saya ini, mengacu paradikma kecemerlangan ummah, malahan ini teras kehidupan sebagai pemimpin, menjadi penguat keperibadian diri. Kita perlu bersama masyarakat apabila keluar dari sini. Oleh itu, dengan berorganisasi, ia mengajar kita bercakap, mengatur masa dan mengawal perasaan serta amarah kita, percayalah!” kata Saiful dalam ucapannya di majlis memperkasakan diri anjuran universitinya. Dia terpilih untuk berucap dihadapan khalayak ramai kerana kecemerlangannya dalam kokorikulum dan akademik. Audien yang mendengar rata-ratanya mereka yang hebat dan matang.

**********

Teet..teet..teet..

Jam mini milik rakan sebiliknya Daud berbunyi menandakan waktu solat zuhur. Jam canggih itu menjadi kebangaan kerana ia memberitahu waktu solat. Saiful tersentak dari lamunan kenangan manisnya berorganisasi bersama Hamidah. Semenjak tamat kuliyah terakhir dan selesainya peperiksaan akhir, Saiful banyak menghabiskan masa termenung sendirian. Selain Osman yang suka bermain permainan video dan melepak di bilik, rakan-rakan sebiliknya lain ceritanya. Mereka outing meredah kesibukan bandaraya kuala lumpur, mencari gadjet dan membeli belah pakaian. Apa tidaknya, sejak dua minggu sebelum peperiksaan, mereka tidak lagi outing untuk mengulangkaji pelajaran. Rakan-rakan Saiful semuanya rajin dan baik, malah bijak dalam mengurusakan masa. Mereka terdiri daripada orang perak, selangor, pahang dan terengganu. Selain sembahyang lima waktu yang wajib itu, qiamulail, puasa sunat sudah sebati dalam diri mereka. Saiful amat bersyukur kerana musyawarah dia bersama rakan-rakannya setiap sekali seminggu mendatangkan hasil yang amat mengujakan.

“Man, jom pergi masjid.”

“Kau pergilah Epul, nanti aku follow, ak nak siapkan satu misi je lagi ni.”

“Diorang ni bila nak balik ah?”

“Ntahlah Epul, macam kau tak kenal diorang camna kalau keluar.”

“Eh, jom la pergi masjid sekali, dah lama aku tak jalan dengan kau.”

“Okaylah, tunggu kejap.”

Selesai solat, Saiful berdoa seperti kezaliman, “......ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia yang solehah,dan jika dia adalah jodohku, kau abadikanlah dia dalam hatiku, supaya kami dapat bersatu, tetapi jika dia bukan milikku, kau tetapkanlah hatiku supaya lebih kuat dan tabah.........” Saiful meraup wajahnya yang bermisai nipis dan berjanggut lebat. Sunnah rasulullah itu sentiasa dia cuba ikuti dengan harapan mendapat syafaat diakhirat kelak. Turun dari masjid, datang seorang gadis seperti mencari-cari seliparnya. Sekilas pandang, rupa-rupanya itu adalah Hamidah bertelekung putih berseri ayu, tulang belakang dia dalam organisasi. Dia bersama tiga lagi rakannya berpusing-pusing seperti mencari anak kecil yang hilang. Kali ini seperti ada getaran kecil dalam hati Saiful apabila melihat Hamidah berpakaian solat cantik di pandangan. Saiful beristifar panjang.

“Ekk, Assalamualaikum, hamidah?”

“waalaikum salam, akh”

“Kenapa ni?”

“Midah dengan kawan-kawan cari selipar, rasa letak kat sini.”

“Mungkin tersilap letak kat lain kot atau orang lain tersilap pakai.”

“Selipar siapa?”

“Emm, Selipar Midah la akh. Selipar jepun warna biru gelap.”

“Ish3, Midah pakai silipar ana dahulu, nanti ana minta kawan bawa satu lagi.”

“tak menyusahkan akh ker akh?”

“Akh nak duduk sini lama lagi, nanti kalau ada jumpa selipar jepun Midah tu, akh bawak balik kampus.”

“Syukran akh. Asif Jiddan.”

“Afu’an.”

Saiful duduk bersila di penjuru Masjid tempat biasa dia beriktikaf, berkalwat, dia membuka mashaf Al-quran coklatnya yang dibawa selalu ke mana-mana. Dibacanya surah An-Nisa dari awal ayat hingga tamat. Ditiliknya satu persatu makna yang tersirat didalam potongan ayat demi ayat. Tiba-tiba ada cecair gemersik putih berlinangan di matanya. Teringat Saiful akan perbualannya dengan Tok ayah mengenai dia yang solehah.

0 perkongsian

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor