"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Cerpen! Dia Puteri Yang Dicari.[episode 3]

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Thursday, 17 September 2009

Ringg..ringg..ringg..

“Hello, Assalamualaikum.”

“W’salam, Alhamdulillah tok ayah, Saiful dah dapat kerja! Dekat Kuala Lumpur. Syarikat besar yang Epul ceritakan dulu kat tok ayah dah terima Saiful bekerja dengan mereka.”

“Alhamdulillah, kau memang beruntung, belum konvo lagi dah dapat kerja.

Itulah rezeki dinamakan. Kerja dengan ikhlas dan jujur nanti cu. Bila kau mula kerja?.”

“InsyaAllah lusa tok, lusa Epul masuk kerja. Tok doakan epul ye, semoga dapat bertahan dan kuat segalanya, kuat hati, iman, jiwa, tubuh badan dan lain.”

“iyea, yea, tok ayah selalu doakan untuk cucu sulung tok ni. Kau kene ingat tu, j

aga......”

“Epul tahu tok ayah, jaga hati, jaga iman dan jaga diri kan..kan?.”

“pandai kau, cu. Belum tok habis cakap dah tahu.”

“Apa tidaknya tok, selalu tok ingatkan kat Epul. Tiap masa. InsyaAllah tok. Baiklah, minggu ni Epul balik tengok tok kat kampung. Salam tok.”

“Epul, epul.. insyaAllah. Salam.”

Tok ayah seperti sedikit sebak dengan khabar cucu sulungnya itu. Bukan sedih kerana kecewa, tetapi terlalu gembira mendapat cucu yang beruntung dan baik seperti saiful. Memang sejuk perut Rabiatul Al-Adawiah, ibu Saiful mengandungkan anak soleh seperti ini. Tok ayah menadah tangan seraya berdoa.” Ya Allah ya tuhanku, kau adalah pemberi nikmat kebahagiaan, terima kasih atas nikmat kebahagian yang kau bagi kepada aku, aku memohon kepada kau, penuhilah kebahagiaan cucuku Saiful dengan kebahagiaan yang mulia, kebahagiaan yang menguatkan dirinya, imannya dan hatinya iaitu perkahwinan dengan isteri solehah. Dia adalah anak yang baik, cucuku yang soleh. Sesungguhnya kau lebih mengetahui daripada hambamu ini.”

*********

“Assalamualaikum Encik, nama saya Humaira’ , pelajar praktikal dari UIAM, boleh saya tanya dimana pejabat pengurus?”

“Waalaikumusalam, oh ye, adik guna lif depan tu, naik ke level 4. Depan lif tu ada pejabat pengurusan. Dalam tu ada pejabat pengurus. InsyaAllah dia free hari ni, boleh jumpa.”

Sopan tutur bahasa gadis kecil itu. Bertudung lintup dan bercermin mata. Cantik manis wajahnya tidak dapat dibangkan. Teringat Saiful pada Hamidahtul Saa’diah rakan seperjuangannya. Dia memang digilai ramai lelaki, namun tidak keharuan pun Hamidah bermain cinta kerana dia tahu, cinta disitu bukan cinta abadi yang kekal.

“Actually, saya sebenarnya bekas pelajar UIA juga. Pure architecture. Selamat datang ke sini.”

“Owh, ye ker.”

“Saya turut guide pelajar praktikal disini, kita jumpa lain masa. Saya minta diri dulu.”

“Terima kasih encik.”

Terlihat kelibat Ridwan Hafidzi, rakan baik Saiful di studio dahulu datang berlari-lari anak ke arah Saiful. Dia bertanyakan siapakah gadis comel tadi yang bercakap mesra dengan Saiful. Saiful menerangkan gadis itu bernama Humaira’ dari universiti mereka dahulu yang akan mengikuti praktikal di sini selama dua bulan. Ridwan tersengih-sengih seperti ada yang lain bermain di fikirannya. Saiful cukup arif dengan telatah ringan rakannya itu. Ada sahaja yang ingin dikenalinya.

“dia dah bertunang la, wan.”

“ha?kau jangan.”

“haha..takdelah, gurau je. Aku tak nampak pun cicin kat tangan dia. Mungkinlah tak, tapi baik kau tanya sendiri.”

“kau ni Epul, selalu je cuba membantutkan hajat aku yang ni.”

“aku cuma nak tengok reaksi kau lah, lucu bangat, dari dulu tak berubah.”

“kau ni memang.”

“dah.dah.aku gurau je. Aku pergi dulu, ada pembentangan Projek 5 di meeting room.”

“okay-okay.”

**********

Tujuh bulan sudah Saiful bekerja disitu. Gaji kerjanya empat bulan lepas membolehkannya membeli kereta dan rumah. Kini Saiful sudah memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur. Tok ayah yang diajaknya tinggal bersama lebih suka tinggal di kampung mengimani solat di surau. Tetapi, Saiful tidak putus-putus melawat dan menghubungi tok ayah walhal ibu bapanya di Qatar. BMW 3 Series menjadi pengangkutan Saiful ke tempat kerja. Walaupun sekarang hidup Saiful diambang kemewahan duniawi, tak teranjak sedikit pun taqwa dalam dirinya. Malah lebih istiqamah. Dia masih bergiat aktif dalam organisasi, antaranya persatuan alumni universitinya. Pelbagai program dianjurkan bersama rakan-rakan. Boleh dikatakan setiap minggu Saiful keluar masuk universitinya, usrah, pengucapan awan jadi tujuan kehadirannya itu.

Saiful tidak juga lupa pada sekolahnya. Sering kali dia melawat guru-gurunya yang masih menimba bakti di sana. Kedatangan Saiful amat disenangan semua. Malah, Saiful dilantik menjadi yang di-pertua PIBG di sekolahnya tahun ini. Sumbangan bakti dan ringan tulangnya membantu menjayakan misi dan visi sekolah menjadi kebangaan seisi warga sekolahnya.

Sering kali juga Saiful ke Qatar melawat keluarganya sambil membawa tok ayah makan angin disana. Memang tidak dinafikan penduduk Qatar hidup serba serbi mewah. Daripada pakaian hingga ke rumah mereka, rata-ratanya canggih dan moden. Tetapi iklim islamik disana masih tebal, seperti tebalnya bumi dari keraknya. Di sepanjang perjalanan ke rumah keluarganya, jarang sekali dilihat mereka yang memakai pakaian biasa dipakai di Malaysia, t-shirt dan seluar, tetapi jubah putih asli menjadi pakaian tradisi warga disana. Memang benar kata-kata ayah Saiful, Qatar memang cantik seluruhnya. Sekarang, Saiful dan familinya sudah dapat bersua muka. Apakan tidak, sejak tiga bulan lepas, setiap seminggu ada saja mesyuarat pembentangannya yang memerlukan Saiful ke sana. Dibawa sekali tok ayah dengan tiket percuma diberikan syarikat. Sungguh beruntung nasib mereka.

**********

0 perkongsian

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor