"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Cerpen! Dia Puteri Yang Dicari.[episode 4]

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Thursday, 17 September 2009

Warna warni burung berkicauan di angkasa. Langit cerah menampakkan kecil-kecil kelompok awan putih berjalan-jalan perlahan. Selepas sahaja subuh berlalu, Saiful berangkat pulang ke kampung. Pagi itu, Saiful pulang ke kampung dengan perasaan sedikit berlainan. Air mukanya seperti menceritakan istikarahnya telah menemui penghujung. Dicarinya tok ayah di rumah tiada. Di sawah padi pun tidak kelihatan kelibat tok ayah. Saiful merentas desa dengan kereta BMWnya itu ke surau hujung kampung. Kelibat motor kriss biru tok ayah di perkarangan masjid menandakan dia disana. Mungkin tok ayah sedang mengajar anak-anak kecil mengaji disitu. Saiful melangkah masuk perlahan ke surau mendekati tok ayah sambil bergurau kecil dengan kanak-kanak yang agak rapat dengannya. Sudah bertahun tok ayah hidup bersama Saiful, masak sekali dengan cucunya itu. Tok ayah merasakan ada sesuatu pada bibir merah Saiful yang ingin dilafazkan padanya. Seperti ada khabar gembira yang ingin diterjemahkan kepada tok ayah. Tetapi sedikit keseganan menyekat dia. Mungkin di hadapan anak-anak yang sudah mengetahui erti itu.

“Tok rasa, kau ada sesuatu nak dicakapkan. Cuba jelaskan pada tok.”

“Tok, saya rasa dia adalah yang saya cari selama ini.”

“Kau sudah taaruf dengan dia.”

Sudah tok, sejak dahulu lagi, dan semalam adalah taaruf saya yang paling bahagia.”

“Siapa dia? Humaira’ yang kau ceritakan kat atok tempoh hari?.”

“Jangan kuat sangat tok, erm bukanla.” Jawab Saiful merendah diri.

“Abistu?”

“erhmmm..”

“NI mesti mak cik leha sebelah?”

“Peh, tok ayah ni, ada ke patut mak cik leha anak tiga tu nak dijodohkan dengan epul, tak sesuai langsung.”

“Kau buat tok tertunggu-tunggu sangat. Bagitau tok cepat.”

Saiful membisikkan penjelasannya kepada tok ayah. Tok ayah yang sudah lama teringinkan cucunya berakad itu tersenyum lebar mendengar berita itu. Tok ayah berpesan supaya mengkhabarkan kepada kedua ibu bapanya untuk urusan merisik dan bertunang. Encik Badrul El-Shirazy dan Puan Rabiatul Al-Adawiah berangkat terus pulang ke Malaysia untuk menpercepatkan niat murni anak sulongnya itu. Mereka tahu, Saiful pandai memilih yang sesuai dengannya. Mereka tidak mengikat apa-apa janji untuk memenantukan sesiapa, bagaimana, dari mana asalnya dan rupanya. Asalkan Saiful telah berusaha dan mendapat berita gembira itu jelas telus daripadaNya. Upacara akad berlangsung di rumah bakal isteri Saiful. Perasaan gembira bercampur gementar tidak bisa diperjelaskan.

“Aku terima nikahnya Hamidahtul Sa’diah dengan mas kahwin....”

Dengan sekali lafaz, Hamidahtul Sa’diah telah menjadi isteri yang halal bagi Saiful El-Shirazy. Pencarian Saiful selama ini telah selesai ke penghujungnya. Tanggungjawab dan amanah serta didikan biah solehah untuk membina bait muslim menjadi tujuan Saiful. Dan ia sudah pun bermula. Kebahagiaan sepasang merpelai soleh dan solehah menjadi penyeri hidup keluarga kedua-dua pihak.

Terima kasih abang. Midah, emm, Midah akan jadi isteri solehah buat abang dan keluarga kita. Tolong bimbing midah ke jalan yang benar ya bang.”

“Terima kasih juga kat Midah. InsyaAllah, abang juga akan jadi suami mithali buat keluarga kita. Semoga kita istiqamah seperti sekarang dalam menuju ke jalan Allah. InsyaAllah.”

“InsyaAllah.”

Kucukan di kening Hamidah buat pertama kali itu menjadi saksi kebahagiaan yang jernih abadi sepasang suami isteri , Saiful El-Shirazy dan Hamidatul Sa’diah. “ Tidak ada nikmat terbesar selain daripada nikmat iman dan islam pada diri seseorang muslim melainkan sahabatnya yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka genggamlah ia dengan seerat-eratnya...” Kata Umar Al-Khattab. [thamat da]

p/s: sebarang komen diharapkan untuk membaiki seribu satu sampai tak terkata kelemahan penulis.

6 perkongsian

  1. menariklah cerpen ni...ayat2 dia pun disusun ngan baik, cuma jalan cerita agak ringkas...boleh diteka hujung citer cam ner..xper2 cubaan yg baik..teruskan menulis...

     
  2. tq for komen.
    tak reti la..

     
  3. test2...2 kali cuba,ye x kuar...

     
  4. boleh pun...

    wah,pandai akh wat cite
    b2 mmg kagum ngan org gini, kawan2 b2 pun ade hak pandai wat cite mcm akh, mcm2, dlm bi ade, bm ade,mmg kagum sbb b2 x reti,x brp suke agi nulis2 krgn ni,bace sedap,lukis2 kartun sukela,sbb susah ekpun rasenye nk wat abih penulisan,mmg memerlukan kesabaran yg tinggi, jadi syabas akh!

    komen: ye, b2 setuju ngan syahida, akhir cite ye senang diteka sbb heroin ade 2 org je, Humaira dgn Hamidahtul Sa'diah,jadi hak kawen dgn Saiful mestilah heroin utama,Midah. tp xpe2, mungkin sbb cite ringkas. akh,ape kata akh wat novel Islamik. Akh ubahlah byk sikit cerpen tu biar tebal,tambah watak byk2 biar hak bace tu kate, laa..hak ni ke kawen ngan Saiful,ingatkan tuut....akh wat belit2 gitu,lps siap akh boleh hantar...hantar...hantar dkt mane a, b2 x tau hak tu, tp akh hantar la dkt tempat hak nk wat kuar novel (garu2 kepala).Kalau akh wat gitu,akh blh dh berdakwah melalui penulisan, sambil tu akh boleh cari duit sendiri dh, guna bakat je."jgn sia2kn bakat yg ada,anda boleh pergi jauh"(ayat sape x tau,dlm tv kut)

    p/s: laa...panjang la pula komennye, b2 bab komen2 ni derahlah (haha ^_^)

     
  5. tq b2.wah sbb watak rupanya.bagus2 komen ni.membina. almak, akh tulis suka2 je.takde la niat nak publish k buku. x hebat lagi..he2

     
  6. nur fantasy Says:
  7. mashaAllah..!bagus ya..btol2..stuju..leh publish novel..islamic novel.:) ana ske dgn wtk heroin..
    selalunya mnulis bdasarkn pgalaman..
    harap wujud watak sbigtu.. malah lbih bgus!insyaAllah..
    teruskan menulis akh.:)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor