"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Majlis Ilmu | Daripada Forum Haram Disebalik Halal.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Thursday 11 November 2010

Majlis ilmu
Bismillahirahmanirahim....
Berhubung dengan Forum Haram disebalik Halal anjuran FSCC didalam Raudhah Festival
(RAFEST) baru-baru ini, disini ada saya ambil dan letak sekelumit rumusan daripada program tersebut. Forum yang dihadiri oleh orang2 Jakim dan HPA sebagai panel utama mula2 nampak hambar tetapi alhamdulillah dipenuhi dengan tetamu2 majlis ilmu yang ramai sehinggakan di bahagian sister sampai tak cukup kerusi. Selain itu, vip kami adalah manager cafe2 di cfs ni.

ALLAH SWT mengurniakan pelbagai nikmat kepada manusia. Jika hendak dihitung segala nikmat kurniaan Allah, sudah tentu kita tidak mampu mengiranya. Dalam hal ini, Allah berhak menentukan halal dan haram ke atas sesuatu perkara.

Meskipun dalam menentukan halal haram itu adalah hak Allah, Dia adalah Maha Pengasih dan Penyayang. Sebab itu dalam menentukan halal haram, ada hikmah dan kebaikan tersirat. Allah tidak mengharamkan sesuatu perkara itu begitu saja. Begitu juga Allah tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara dengan begitu saja.

Sesungguhnya hal ini pasti ada hikmah, kebaikan dan kemudaratan di sebaliknya. Begitulah sifat Pengasih dan Penyayang Allah kepada hamba-Nya. Dia tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia.

Dalam hal ini, benda yang kita anggap remeh dan kotor serta jijik pun apabila Allah menjadikannya, pasti ada hikmah tersirat. Contohnya seekor cacing yang dianggap jijik bagi sesetengah orang, mengapa pula Allah menjadikannya?

Cubalah lihat peranan cacing di dalam tanah. Bukankah dengan kehadirannya, tanah menjadi subur dan gembur? Bukankah dengan adanya cacing di dalam tanah, pokok dapat tumbuh dengan subur kerana tahi cacing boleh menjadi baja kepada pokok? Berikutan itu pokok boleh menghasilkan buah-buahan yang segar dan banyak untuk kebaikan manusia.

Selain itu, dengan adanya lubang cacing yang halus, air dapat menyerap cepat ke dalam tanah. Ia tidak bertakung sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada akar pokok. Jadi jelas di sini pada kejadian cacing yang kita anggap jijik itupun ada hikmah kepada makhluk lain.

Ringkasnya, segala perkara yang Allah jadikan itu pasti ada hikmah tersirat. Kalau begitu, apabila Allah menghalalkan sesuatu, pasti ada kebaikannya dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, pasti ada kemudaratannya.

Kita sama sekali tidak boleh beranggapan bahawa setiap suruhan dan larangan Allah itu sia-sia. Sebab itulah kalau kita menterbalikkan hukum Allah, ia akan memudaratkan diri kita sendiri. Misalnya kita memakan makanan yang diharamkan Allah. Ini memberi erti yang kita menghalalkan sesuatu yang haram, sedangkan Allah mengharamkan sesuatu itu untuk mengelakkan kita daripada kemudaratan. Begitulah juga kalau kita mengharamkan perkara dihalalkan Allah.

Dalam kedua-dua keadaan di atas, sama ada kita menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, kita mencampakkan diri ke dalam kemudaratan.

Umpamanya, Allah mengharamkan pergaulan bebas. Apabila lelaki dan perempuan melakukan pergaulan bebas bermakna mereka menganggap pergaulan bebas itu halal. Ertinya mereka menghalalkan yang haram. Orang begini mencampakkan dirinya ke dalam kemudaratan.

Begitulah dalam hal-hal lain seperti meminum arak, berjudi, rasuah dan sebagainya. Apabila dilakukan, mereka sebenarnya mencampakkan diri ke dalam kemudaratan.

Sebab itulah kita dapati bermacam-macam masalah berlaku dalam masyarakat hari ini. Misalnya kes membuang anak, keruntuhan rumah tangga, pergaduhan, penagihan dadah dan munculnya penyakit Aids.

Ini dijelaskan oleh Allah mengenai arak di dalam firman-Nya, bermaksud, “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hukum arak dan berjudi, katakanlah bahawa kedua-duanya itu adalah dosa besar. Di samping ada manfaatnya kepada manusia, tetapi keburukannya adalah lebih banyak daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud, “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai apa saja yang dihalalkan untuk manusia, maka katakanlah semua yang baik adalah dihalalkan buat kamu.” (Surah al-Maidah ayat 4).

Firman-Nya lagi: "Pada hari ini dihalalkan bagi kamu semua yang baik-baik.” (Surah al-Maidah ayat 5).

3 perkongsian

  1. Yang Allah suruh tu memang molek dah...bila x ikut, mmg akan bawa keburukan...buat peraturan sendiri sampai halalkan yg Allah larang...yang Allah suruh xbuat pula...Allah Pencipta manusia....Allah tahu macam mana kita...jadi...kita kenelah ikut arahan Pencipta kita...jgn degil...

    b2 suka psl cacing tu....baru tahu...

     
  2. Anonymous Says:
  3. assalamualaikum admin..

    ilmu hikmah sememangnya ada di mana-mana asal saja mahu mencari.

    setiap subjek di sekitar kita boleh memberi suri teladan jika rajin menganalisa dan memerhati.

    tahniah atas entri yang baik dan bermanfaat.

     
  4. salam to b2 and abgred,
    urm!
    may Allah blessing u all.

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor