"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Di Penjara Kajang

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday 9 January 2011


Bismillahirahmanirahim...

Ingin benar update blog setiap hari. haiz, bukan mustahil perkara tu. Tengok la nanti bila cuti dan waktu lapang tiba. Selang 1 minit pun boleh buat post baru. Tapi hakikat sekarang, begini lah. Eh, kembali pada tajuk post. Kali ni saya nak bercerita mengenai lawatan saya bersama kawan2 ke Penjara Kajang, Selangor. Lawatan ni adalah 1st program dalam Bulan Pemantapan Jiwa, Shahrul Tarbiahtul Qalbi oleh Kelab Perkim dan collbrate skit dengan fscc dw saya. Kenapa mesti ad fscc juga? huu

Begini ceritanya, sewaktu McLead, Management Course for Student Leader di Agrotek Garden Resort, Selangor dulu, awal sem 1, adalah satu perbincangan saya dan presiden kelab PERKIM UIA Pj ni, memandangkan saya kene duduk semeja dengan kelab2 yang saya jadi penasihat ni atau yang sebetolnya (FIC) FSCC in Charge kat atas kelab tu. Kelab PERKIM dan IDEA, ataupun nama lain Architecture Students Society. Bincanglah kami program2 yang bakal dibuat untuk semester2 akan datang. Dan hasilnya, semua program yang dah dibuat dan bakal dibuat sekarang ni adalah hasil perbincangan dan persetujuan yang kami buat dulu. Persetujuan dari akar umbi kelab hingga persetujuan daripada FIC sendiri.

Sambung ceritanya lagi, dulu saya pernah pergi ke Penjara. Bukan kene tahan ye. Saya ad lawatan jugak, di penjara Penor, Pahang. Jadi, before program2 ni dibincangkan, saya pun ada terpikir, program apa yang perlu dimasukkan didalam almanic untuk dijadikan sebagai program perkim memandangkan dah banyak program yang dah dibuat dan diulang2. Saya ajukan idea untuk lawatan ni. Alhamdulillah, berjaya gak dibuat. Usaha terbaik daripada Biro Dekomentari dan Penerbitan. Susah kot untuk buat program dengan kementerian2, bukan susah tapi kene rajin dan proaktif. Kesian kat head dan assistance DNP K.PERKIM yang kene follow up setiap hari. Sebulan sebelum program. huh. cuba banyangkan berapa ringgit dah abis kredit.

Dan kesian gak selalu kene force untuk buat back up. Saya dah berdebar2 kalau tak dapat, sampai force dorang untuk buat backup plan. Actually, dalam perkim dorang ni memang tak main dengan backup plan sebab dorang sangat yakin dengan pilihan pertama. Tapi, atas nama management, kita terpaksa buat untuk tak mengecewakan orang lain. Mungkin bleh gi tempat lain kalau tak dapat gi tempat yang kita nak pergi kan.

Okay, cerita kat Penjara Kajang pulak. Kali ni memang pengalaman yang lagi hebat dari dulu. Dulu saya hanya boleh masuk penjara sampai pintu pertama je. Tapi kali ni, sampai pintu ke 4 dan ke 5. Wah, memang masuk sampai ke dalam. Bayangkan kalau kita kene duduk dalam tu, dan tak boleh keluar. Saya memang tak nakkk...takleh bayangkan macam mana emosi saya kalau diperlakukan macam tu. Dikelilingi dengan dinding batu yang tinggi2, berduri2, berbesi2. Dengan warden yang garang2. yaAllah, syukur sangat apa yang ada sekarang.

Cerita pasal Penjara Kajang. Kat sini, penjara dibagi kepada 3 bahagia. Untuk pemulihan dadah, wanita dan hardcore. Kami cuma dapat masuk pemulihan dadah. Yang wanita tu, kalau kami masuk, lelaki nantikan tak kuar2, kalau yang hardcore tu pulak, kalau kami masuk kan, nanti semua tak kuar2.huh..bahaya! Yang pemulihan dadah tu, orang2 yang menghisap dadah, dan kebanyakan yang menghisap dan buat perniagaan. Hukuman ada pelbagai, ada yang akan kene sebat, ada yang kene gantung dan penjara bertahun2 dll. Yang penjara Wanita pulak, ni GRO2, dan jenayah2 berat jugak, cuma diasingkan je dari lelaki. Kalau penjara utama atau hardcore, yang tu perompak, pencuri, jenayah2 berat, rogol dll.

Tapi, kita as manusia sentiasa buat silap, kadang2 silap kita besar dan kadang2 kecil. Mungkin dorang buat silap yang besar. Dan i.Allah dorang akan insaf suatu hari nanti. Saya doakan, supaya dorang kuar penjara nanti, jadi orang baik dan berbakti pada masyarakat.

Sampai je kami kat penjara, kami diberi layanan, makan pagi dulu padahal dah makan kat uia.haha..Makan dengan ketua polis kat sana. hee Baik je dia, bleh buat lawak lagi. Takdelah macam g***d kat uia ni. nuazubillah, nak senyum tu susahnya, adalah 2,3 orang yang boleh dibuat berbicara. Bukan nak cakap apa, tapi hakikatnya begitu. Opss, okay. Lepas je makan, kami terus dibawa masuk pintu pertama penjara. B4 that, kene check badan dulu, handphone, kamera, barang2 besi tak boleh dibawa masuk. Kemudian, kami dibawa masuk pintu kedua penjara yang menghubungkan penjara wanita dan pemulihan dadah. Then, terus ke pintu ke 3 dan ke 4. Sampai dalam kantin dorang, dan akhirnya kami sampai di bilik meeting untuk briefing tentang penjara kajang.




Banyak info dapat. Lebih kurang macam dulu juga saya dpat. Kira macam update la. Kami dibagi peluang tengok rotan2 dan tali gantung yang real. Siap boleh pegang lagi. haizz..takot gak nak pegang bende yang pernah membunuh manusia ni. Rotan yang setebal 3 ibu jari anda pun ada. 3 jenis saiz. Boleh kita anggarkan macam setebal satu jari tulunjuk untuk saiz pertama, dua jari telunjuk untuk saiz kedua dan tinga ibu jari untuk saiz ketiga. ishh..Teruk la, sampai bergelepar, pedih sangat2, meraung2 bila kene sebatan. nauzubillah...

Kemudian, kami dibrief mengenai pengurusan penjara. Sekarang penjara guna sistem pemulihan. Orang2 dipenjara akan melalui tahap2 pemulihan dan disamping tu ada pekerjaan untuk mereka. Mereka dapat gaji. min 30 sen, max dalam 50, 60 sen sehari. sikit, tapi berbaloi lah dapat kerja dan dapat gaji. Makan ditanggung, pakai ditanggung. Ada juga yang meyambung pelajaran dalam penjara. Sampai tahap IPT tau. Ada ustaz kat sana bagi list orang2 yang kene tahan. Kebanyakan mereka tahapnya darjah 6, upsr, pmr dan spm je. Memang menyedihkan. Tak tahulah macam mana ustaz tu mendidik buluh yang keras tu sampai jadi lembut balik. Jauh bezanya dari pepatah 'meluntur buluh dari rebungnya'.

Perbezaan baju juga antara sistem penjara gunakan untuk bezakan lama mana orang2 tu tinggal disitu dan tahap hukuman. Disamping tu, warna2 baju juga membezakan tahap akhlak dan gaji mereka. Contohnya baju merah tu untuk yang baru masuk. Bilangan tahanan pulak akan berbeza setiap hari dan setiap jam. Ramai.. beribu2 duk dalam penjara. Cuba bayangkan tu baru penjara Kajang, tak campur lagi penjara sungai Buluh, penjara2 yang lain. Orang melayu adalah yang paling ramai. Dan orang bukan warganegara paling ramai di bahagian perempuan.(kalau tak silap). sebab, datang Malaysia tanpa izin, buat pelacuran dll macam dlam 999 tu. haizz Apa nak jadi lahh!

Ada juga perkongsian daripada tahanan sendiri. Tahanan tu memiliki dadah yang boleh mahkamah jatuhkan hukuman gantung. Tapi dia terlepas kerana bersikap baik, cuma kene sebat dan penjara. Muka nampak baik, tapi hati siapa yang tahu. Ni semua sebab salah pilih kawan yang menjahanamkan kita. Tanya diri anda!

Dah, cukuplah info setakat tu, lepas dari lawat2 tu, kami ke galeri lihat kraf2 dorang buat. Okaylah jugak. Bolehlah dibandingkan dengan yang ada kat CM tu. Dulu pun saya pernah beli kat penjara Penor. Kotak letak buku untuk dibagi kat ustazah as hadiah besday. Design dia okaylah~

BTW, panjang post kali ni. Nantikan post PKN.=)
selamat Pulang!

5 perkongsian

  1. memang panjang..^_^

     
  2. madihah Says:
  3. banyak pengalaman dapat muda2 ni..syukur.dalam masa yg sama,boleh share dengan org luar..mabruk ! sangat bagus active ngan perkim..

     
  4. time muda nilah nak cari pengalaman..
    orang kata, peluang tu kita kene dakap dan dapatkan sehabis kuat dan sehabis mungkin...bak kata org trg, habiis rengg..
    May Allah blessing whatever idid.i.Allah..

     
  5. Anonymous Says:
  6. a`salam

     
  7. Anonymous Says:
  8. a`salam wat apa 2....

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor