Kelmarin 16 Sept. Dalam meniti niat nak study perkare lain kat library, tetiba tangan mencapai satu buku.eh, beberapa buku mengenai penulisan puisi dan cerpen. Dalam banyak-banyak buku yang aku 'kelek' satu je buku pasal bidang aku blajar skrg. Tersenyum simpul sorg2. Kekadang terpikir juga, kenapa aku rajin sangat nak baca buku mcam ni rupa, yg memerlukan kefahaman yg giler2 padahal bidang aku jauh lebih fizikali. Kemudian baru aku tersentak, Allah maha kuasa, rezeki minat semua perkara, boleh belajar kan. Minat komputer, minat penulisan, minat kesenian, minat kat kaum ***a.huhu, dan lain-lain. InsyaAllah.
"Elements Of literature by Robert Scholes", "Persediaan menulis esei, cerpen tulisan rahman shaari" dll antara contoh buku tersebut. Dalam bab penulisan ni memang ramai tokoh2 yang glemer dan berjaya. Cuba bayangkan, mereka menulis beribu-ribu perkataan, beratus-ratus buah buku yang tebalnya seperti satu laptop acer keluaran terbaru. Macam mana diorg tulis ah? Tiru ka? bermain-main dalam pemikiran aku. Kemudian aku membuka buku tulisan org cina yg menulis ttg cara penulisan puisi. Waw, terkejut aku. Mahasiswi Bidang BM, Universiti Putra menulis buku, tajuk buku dah lupa, [x jumpa catit kat mana]. Dia menulis secara menyampaikan email dan membalasnya.Pelik kan?. Jarang dijumpai.
Melihat kepada penulis Baharuddin Zahal, Mohd Affandi dan Hashim Awang, mereka adalah tokoh2 yang menarik. Seperti Baharuddin yg mempelopori kritikan psikologi apabila dia m'bicarakan sajak Amir Hamzah dgn mengunakan kritikan tersebut[psikologi]. Selain itu, dia juga dikenal sebagai pengkritik yang mahir menggunakan bahasa yang TAJAM tetapi tidak MELUKAKAN. Mmg pengkritik yang bergaya bagi aku.
Memang kadang-kadang ada saja tulisan yang monotonous kita baca. Sejarah misalnya, kalau tidak ditulis dengan betul mgkin menjemukan. Tulisan pejuang sastera Usman Awang, A. Samad Said, Siti Zainon, Alias Murni, Shahron Ahmad, Awang Abdullah dll memang banyak mengajar dalam penulisan puisi dan cerpen. Mereka ada kalanya mengkritik antara yang lain utk pembangunan diri, sebagai pejuang sastera dan dalam masa yg sama pengkritik.
Ye, ye.. Menulis kadang-kadang senang, kadang-kadang sukar. Tapi dalam buku yang aku sempat baca berkata tanpa membaca dan meneliti kelebihan tulisan-tulisan orang lain, tidak mungkin penulis puisi, cerpen, esei itu dapat memasukkan unsur kesenian dalam tulisan-tulisannya. Alamak, bermakna perlu lagi membaca bahan seperti ini, hurm, " Iqra'.."-bacalah.
Bahasa GRAMATIS,sememangnya SUKAR diadaptasi dalam penulisan. Tapi jika kerap kali mencuba, pastinya realiti. Dalam pembacaan itu lagi, aku terkesima dgn sesuatu kata, adakah aku ni antara yg bergelar impresionis [yg memuatkan hanya kesan peribadi]. Helaian demi helaian lagi dibelek, oh bukan. Aku bukan itu, tapi aku hanya menulis umum seperti perbincangan ttg kegiatan-kegiatan persatuan aku atau yg sepatutnya.
Konklusinya, actually minat dalam pembacaan dan penulisan perlu diperlebarkan lagi. Org yang ambik bidang psikologi mesti lebih hebat penulisan dia. Kerana bagi aku, diorg ni lebih menggunakan 'otak' dalam kehidupan 'berfikir' mereka. Yang tinggal cuma zahirkan di atas kertas.Cukup mudah. Sekian saja. Suatu inspirasi yang jarang ditemui. Jgn jemu dgn penulisan.
Pembacaan terbuka! Mereka Pejuang Sastera.
Ditulis oleh
...:: MeNiTi HaRi ::...
Thursday, 17 September 2009
0 perkongsian