Salam,
semalam aku agk bad mood. tapi tu tak kisahla, smlm ade 2 meeting dlm satu mase, di ly008 ad meeting cfscc( comittee cfs iium) and enc untk prog. ke ZOO Negara, kitaorg akan buat prog. tu awal sem ke-2, just 40 org, buat comunity service kat sane, bersih kandang, bagi makan gajah, rimau, ala cam 3R buat tu"trip to zoo'..kemudian di ly0120 ad meeting nature club untuk prog. IFTAR. tp aku pegi yg cfscc&enc..huh.alamak,semua tu aku jd comittee lam prog tu arr..bz,bz,bz..tp insyaAllah boleh!Idea dan minat datang takpa dijangka. kebanyakan idea aku datang sewaktu hendak melelapkan mata, yes! of course slalu camtu. maka, berlakukan memorizing, esok mulalah tangan aku menulis.huh!
Aku suka menulis, lebih-lebih lagi dalam blog. Menulis adalah suatu kepuasan, kita boleh mencurahkan isi hati, pandangan kita , malah apa yang bermain dalam kepala kita sebenarnya . Seseorang yang ingin mengenali seseorang yang lain boleh mengenali mereka dengan membaca penulisan mereka. Kerana kebanyakan penulisan adalah dari jiwa dan itu adalah perkara yang benar, juga yang susah untuk dibohongi.
Tinggal seminggu lebih lagi untuk raya, aku memang tak sabar-sabar menanti untuk pulang ke kampong. Penantian itu yang membuatkan aku gelisah, tidak dapat focus dalam kelas. Itu juga penyebab kemurungan bagi aku. Aku berasa seperti esok saja perlu mengharungi hari tersebut. Smlm,kelas untuk hari pertama selepas ulangtahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 53, selepas cuti selama 4 hari, kami sambung lagi pembelajaran seperti biasa, Tapi kepala aku sdah teringat akan raya, kampong, keluarga, itulah kekurangan pada aku. ia menjadi masalah buat aku! tambah lagi kelas yg bising!
'Semalam' dalam ingatan ke tulisan.
Ditulis oleh
...:: MeNiTi HaRi ::...
Wednesday, 2 September 2009
0 perkongsian