"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Bercuti di Melaka.

Ditulis oleh ...:: MeNiTi HaRi ::... Tuesday 23 February 2010

Bismillahirahmanirahim...
Melaka, negeri bersejarah. Nak cerita skit mengenai tour lepas sem ak ni. Melaka dari Petaling Jaya, 2jam lebih. Agak lewat pagi dari Uiam PJ aku keluar dgn ijat dan azhar. Kawan sekelas time
sem 1 lalu. Azhar tinggal di Melaka, so ak dan ijat akan tinggal menumpang di rumah dia nnti. Before exam baru-baru ni dah cakap, “we all want go to your house la”, dah lama x jalan-jalan Melaka, duk belajar RIM(Religion In Malaysia) ni, tengok sejarah dia, rasa nak pergi pulak tempat bersejarah. Alamak, kereta yang nak ditumpang ke Melaka postpone plak kesokkan hari, dh nak buat camne, dh sepakat hari ni, teruskanlah. Keluar je dari gate Uia tu, bas pun muncul, terus ke Stesen Universiti. Naik train dari situ ke KL Centre.

Kat sini ada silap sikit, padahal kalau naik bas terus ke KL Centre jimat skit kot. Walaupun jimat RM1.50 je, jimat jugak. Dari KL Centre, kami teruskan perjalanan ke Seremban. RM 6.00 seorang. Nasib menyebelahi kami, train takdelah lama sangat nk ditunggu dan tak sesibuk hari jumaat ptg. Tak hingin lagi aku naik ptg2 cam hari jumaat hari tu, yaAllah, sesak+macam sardin dalam train tu. Berhimpit-himpit tak kira lelaki dan perempuan. Memang patut pun kalau ada kes pencabulan berlaku dalam train tu. Mane taknya, behimpit begitu. Kesian kat kaum hawa. Lepas sekali tu aku dah tukar masa untuk balik ke rumah akak aku di Subang Jaya. Jumaat ptg atau ptg2 hari, jgn sesekali la. Dari KL Centre ke Seremban mengambil masa mugkin sejam. Tak calculate betol-betol=,=”. Dalam train tu pe lagi, tido la jap. Sesampai Seremban, terus ke Stesen Bas. Ijat dah merungut lapar, aku dah azhar tak lapar lagi, azhar dah sarapan sblom tu, tapi aku belom terasa nak makan lagi. Kami x behenti makan, terus naik bas ke Tampin. Huhu. Lamanya..Seremban ke Tampin mengambil masa..mybe sejam jugak, kalau guna jalan yang jauh.(yg kami guna). Dalam bas? Tido lagi.haha.nk buat camne, malam tu tak berape nak tido dah.

Sampai ke Tampin, azhar minta ayah dia ambik. Tunggu sekejap, ayah dia dah sampai, rupanya dekat jugak rumah dia dgn stesen bas tu. Ayah azhar ni bekas askar rupanya, macam-macamlah cerita yang dikongsi dan dia minta kami ceritakan. Peramah. Sampai rumah azhar di Taman Mahsuri,kg.?lupa nama ape tapi dekat dgn Alor Gajah. Solat+Makan dengan family azhar. Ptg dalam jam 3. Keluar ke Badar Melaka. Setengah jam dari rumah azhar. Ayah azhar tinggalkan kami disitu bertiga. So, pe lagi jalan-jalan tengok kota bersejarah. Biarpun dah pergi dgn trip sekolah, family dulu, kali ni lain pegi sendiri2. Sampai malam kami pusing-pusing sana, kaki dah lenguh+letih. Makan sekejap then terus balik. Balik , Azhar sambung tngok movi. Aku dan Ijat angkat kaki masuk bilik, tido. Seb baik la ayah azhar tak sambung bercerita pasal dia time tu. Keesokkan, ingat nak ke Kaki Gunung untuk mandi manda. Tapi, mak mesti tak bagi, tak jadi. Duk je rumah, siap-siap untuk balik ke uia. Kerja menanti di Uia lorh. Banner blom siap, final touch utk program ke Pahang tu belum dibuat lagi. Lepas magrib mesti kene ada dah.huh. Balik, ijat singgah ke Mid, beli buku Solat Sains, warna hitam untuk mak sedara dia. Hurm..kemudian balik, makan, buat kerja. Aku dgn ijat memang yg suka jalan-jalan, tapi susah, duit kurang..=)

2 perkongsian

  1. #7 Says:
  2. salam.. nk tnye siket ar.
    cmne agaknye yer, nk naek train dpd ipoh ke melaka(alor gajah).
    ade ape2 road info tak?
    sboleh2nye nak elak dpd naek bas.

     
  3. wsalam...
    maaf,
    saya tak reti mana nak guna public kat melaka..
    tanya yg lebih pakar la ye...asif jiddan..:-)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor