Pembubaran Majlis Tertinggi PERKIM Club Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia. Lebih setahun senior2 PERKIM Club memegang amanah melaksanakan tanggungjawab sebagai pimpinan kelab, kali ni diorg berijtihad, bermusyawarah untuk menubuhkan pimpinan baru dan kemudian melepaskan jawatan yang disandang tu. Suasana agak suram kot time ucapan pengerusi PERKIM Club. Apa-apapun amanah dan tanggungjawab telah dilaksanakan dengan seikhlas mungkin, mgharapkn kepada Allah seiring keredhaanNya untuk kebajikan yang dijalankan semenjak memegang jawatan tu adalah pesanan terakhir beliau.
Sebelum itu, mesyuarat program Junjungan Kasih di Pahang dilaksanakan dahulu sebelum pembuburan tersbut. Lineup committee program diperkenalkan dan dibahagi tugas. Satu lagi cabaran dalam hadapi exam, ada program yang perlu diuruskan. Aku dimasukkan dalam Biro Publisiti dan Protokol lagi. Semenjak duduk dalam biro ni, sebenarnya banyak protocol yang aku belajar. Dari memimpin, hingga membuat surat dalam BI yang akan dihantar kepada Menteri, Datuk, Ass. Prof. dll. Alhamdulillah. Semalam aku terbuka pendrive lama, tengok semua gambar-gambar kenangan di sekolah, program disekolah, surat-surat, kertas kerja. Terpikir, bila plak aku buat bende ni semua, lupa da. Ish.nauzubillah,minta jganlah lupa lagi. Tapi seronok tengok kenangan lama, teringat kenangan membuat program. Kalau Charity Club dulu memang banyak gambar-gambar di rumah kebajikan, kebanyakan di luar kawasan sekolah. Terpikir lagi, bila aku sertai ni??macam tak sedar aku terlibat, aku sendiri tak sedar, orang lain aptah lagi kan. Photography Club dan organisasi lain turut diimbau kembali. Ada yang pahit, tapi sangat memberi pengajaran, yang manis sangat perlu dihargai sendiri.
Berbalik pada program Junjungan Kasih yang akan berlangsung pada 25-28Febuari, aku terpikir-pikir lagi, belum buat keputusan. Nak sertai atau tak? Sebabnya mungkin ada komitmen lain. Nak je pergi sebbnya di Pahang, tempat yang jarang dikunjungi. Dekat pun dekat. Keputusan perlu dibuat sebijaknya.
0 perkongsian