Sabda Rasullah s.a.w: “Sesiapa yang memberi nafkah kepada 3 orang anak seperti orang yang bangun malam(bertahajud) dan berpuasa pada siangnya dan pergi menunjukkan pedangnya untuk berjuang dimendan Allah.”Program hari ni(31.01.10) adalah sempena janji kami untuk membuat program follow up daripada Charity Dinner nyer aritu.
Bawah biro RnD dlm Charity Dinner dan beberapa sukarelawan dari biro Dana dan Penyeliaan Program serta pimpinan tinggi turut juga serta menjayakan program sehari di Rumah Penyanyang Raudah, Gombak. Bertolak dari cfs jam 8pagi ke sana yg mengambil masa hanya beberapa minit menyinarkan semangat kami untuk berjumpa dengan kanak-kanak disana. Ape taknya brother dan sister dah bercampur, macam-macam cerita yang nak dikongsi, bising je memanjang dalam bas kecik UIA tu. Kami guna bas mini je sbb hanya 20 orang peserta. Sampai disana, buat taklimat, bahagi group, selia semula untuk kelancaran program dan seterusnya buat program seperti yang dirancangkan. YaAllah, dari hati aku, nakal sangat-sangat budak-budak kat sini. Dalam banyak-banyak pengalaman aku sertai program ke rumah kebajikan, ini adalah yang paling mencabar diri aku, kekuatan aku, kesabaran aku, bukan aku saja, malah semua committee yang terlibat.sangat memeritkan mengawal kanak-kanak disini. Difahamkan mereka adalah kanak-kanak yang bermasalah, bukan semuanya anak-anak yatim, adalah dalam kalangan mereka adalah anak-anak yang dibuang keluarga, dihantar kesitu untuk dibersihkan diri, diajar ilmu agama. Sikap yang ada pada mereka memang mencabar ketabahan kami.tapi kami bersatu, kami masih kuat.
Alhamdulillah ada seorang akak dari UIA Gombak banyak membantu, ye, kami semuanya terdiri daripada 1st year student. Yelah, semuanya dari Charity Dinner, hanya seorang tetamu Charity Dinner 2nd year tapi zero pengalaman dalam program seperti ini. Tapi pejuangan tetap diteruskan, tentative diubah kearah mengisah 100% diorang. Agak kalut, tapi masih dapat dikawal. Akhirnya program berakhir pada jam 5 ptg.Muhasabah disini, kita dilahirkan dengan kenikmatan yg amat besar, nikmat islam dan lain-lain yg mgkin kita tak nampak.bila kita lihat org yang lemah dari kita barulah kita sedar siapa kita.Mudah-mudah aku selalu tunduk patuh padaNYA.
Charity Dinner; Follow Up Programme ke Rumah Penyayang Raudah,Gombak.
Ditulis oleh
...:: MeNiTi HaRi ::...
Wednesday, 3 February 2010
0 perkongsian