SESUNGGUHNYA Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun walau seberat zarah (debu) dan jikalau (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan mengandakkannya dan akan memberi, dari sisi-NYA, pahala yang amat-amat besar.
(An-Nisa' 39)
Kebajikan adalah sesuatu perbuatan yang baik dan membawa kepada kebaikan. Setiap individu Muslim berkewajipan untuk berusaha dan berlumba-lumba melakukan amalan soleh dan kebajikan serta menyegerakan untuk melakukan sesuatu tanpa ditangguh-tangguh.
Amalan kebajikan adalah sesuatu yang wajib dituntut untuk dilakukan sebagai manifestasi perhambaan kita kepada Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, antara tanggungjawab seorang mukmin ialah melaksanakan amalan kebajikan. Amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya sediri dan untuk memberi manfaat dalam kehidupannya.
Apabila seseorang itu bermuhasabah terhadap dirinya, maka dia akan menyedari betapa kehidupan di dunia adalah kehidupan yang memikul tanggungjawan. Seterusnya akan dipersoalkan di akhirat kelak sama ada tanggungjawab tersebut dilaksanakan atau tidak semasa kehidupan di dunia yang penuh anok duri ini. Dengan kekuatan yang sedia ada dan kekuatan luar biasa yang Allah s.w.t bagi, alhamdulillah ramai gerakan dan badan-badan persendirian sedar betapa pentingnya kita berdakwah pada jalanNya.
Setelah berdakwah, mengikuti dan mengambil tahu mengenai persekitaran, masyarakat atau individu yang didakwah adalah sangat penting. Saya ingin berkongsi cerita mengenai cerita yang disampaikan oleh seorang ustaz kepada saya baru-baru ini. Cerita ustaz itu yang sama-sama mengikuti saya dan sahabat lain berprogram di Perkampungan Orang Asli di Pahang, dia ada bercakap-cakap dengan warga kampung sekitar perkampungan itu yang mana mereka menceritakan ada badan dakyah yang turut masuk ke perkampungan Orang Asli di kawasan tersebut. Kristian, katanya. Ini mengejutkan saya dan membuat saya berfikir apa kepentingan kita ber'follow up' dengan masyarakat atau program yang telah kita laksakan yang melibatkan islam dan kefahaman itu sendiri.
Mungkin pada lafaz dan hakikatnya seseorang individu itu telah islam-orang-orang asli. Tetapi hati mereka belum cukup kuat untuk thabat dalam islam itu sendiri. Tak usah pergi jauh, lihat sahaja pada pemuda-pemudi yang secara semula jadinya dilahirkan dalam islam pun masih lagi goyah dalam berdiri diatas paksi keislaman itu sendiri. Bersosial berlebihan, menghalalkan yang haram dan lain-lain lagi. Berfikir sejenak, sebelum memegang jawatan dalam organisasi dakwah, ramai senior yang bersungguh-sungguh menasihati supaya saya dan sahabat lain membuat program follow up. Baru sekarang saya sedar bahawa kepentingan itu sangat jelas dan mudah. Jika misalnya kita tidak mengikuti perkembangan masyarakat yang telah kita dakwah, kita biarkan mereka berislam dengan lafaz semata-mata, mungkin sebulan cuma kita tinggalkan mereka, mereka sudah menjadi agama asal mereka kembali atau bertukar kepada agama lain.
Oleh itu, program follow up ini sangatlah penting dalam menjaga saudara baru kita yang ingin mencari kedamaian yang abadi di akhirat kelak. Kita yang sudah mengaku menjadi da'ie seharusnya meluangkan masa untuk turut bergerak bersama mereka mengajar soal islam dan amalan yang perlu dilaksanakan sejajar dengan pendekatan islam itu sendiri yang sangat mudah.
sumber:http://perkim-uia-pj.blogspot.com/
aiwah, sgt bersetuju!
follow up sgt perlu..
"imanu zid wa yankus" (iman itu naik dan turun)...cuba semampu mugkin utk follow up org2 asli tu, nta dh berpeluang utk dekati mereka, jgn sia2kn peluang...
"jika kita fikir sudah melalui jalan dakwah tapi tidak berasa cabaran melaluinya, perlu dikoreksi lg diri, krn jalan DAKWAH itu PENUH LIKU DAN DURI~~~"
p/s: sgt suka lagu tu..open ur eyes, subhanallah~~
aiwah, ya ukht, sedaya upaya ana cuba laksanakan kalau masih berpeluang. nti pun jika ada peluang, juangkan!, walaupun kat sana..
nti mesti tringat brprogram dulu2 kan..=)
program follow up....
untuk menguatkan dan dalam masa yang sama dikuatkan, perlu ada yang lain untuk sama2 mengukuhkan iman dalam diri sbb mcm kak Husna tulis atas, iman kita bertambah dan berkurang, perlu sentiasa melakukan pengislahan diri
Akh bertuah dah ada jalan buat kebajikan, tanggungjwb dlm usaha menyelamatkan akidah drpd tergelincir...teruskan, Insya-Allah pertolongan Allah pasti ada..Allah menyukai hamba-Nya yg menolong org lain, dan yg penting... niat yg betul dan hati yg ikhlas...
...wakafa billahi waliyya...wakafa billahi nashiro...
p/s: kak Husna kakak Hani ke..rase betul dah,xpela kalau salah pun....taaruf kejap... kak Husna..mein name ist Rabiatul, aiwah! ^_^(xleh buka blog kak Husna la pula...terpaksa taaruf di sini ye Akh..)*tunggu feedback,aha*
(masuk blog Akh jumpa ramai kakak2..ni sedap ni..danke...gracias..)
b2: yup,kakak kpd hani...^_^
mmg xkn bleh buke blog akak sbb x linkkn dgn blog pn, blog ad tp x diaktifkn, suke bace blog2 org, blog b2 pn akak ad jalan2...=)
salam taaruf
*secara formal sket, wlaupn dh biase dgar name b2 dr hani...*