"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Cerita beli barang-barang projek.

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Friday, 19 November 2010

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum....
Posting kali ni saya nak bawa anda selami bagaimana bila kene beli barang2 keperluan projek on da spot. As students Architecture yang matang sepatotnya tak jadi macam ni, tapi bila dah kene reject barang2 oleh studio master sebab produce barang2 salah, terpaksalah ganti dengan barang2 betul. Ceritanya begini, dalam bilik kami ni, IDEA's centre ar kononnya, adalah tempat bekalan barang2 keperluan untuk buat assignment GC mahupun projek ED. Selain tu, macam2 barang jugak ada dalam bilik ni, daripada makanan hingga topup. Tapi taklah macam kiosk pulak. Bilik students leader je kan.

Hari isnin, 15 Nov sebelum raya, ad kelas dalam studio waktu petang dari jam 2 hingga 6ptg. Sebelum, waktu pagi ada kelas dari jam 9 hingga 1ptg. Juga dalam studio tapi subjek GC. 4jam dalam studio sangat memenatkan tapi tak rasa pun kalau bijak menguruskan masa tu. Jadi, kami perlu tunjuk prototaip projek untuk dikritik dan dilapprove/direject sebelum membuat yang sebenar. Bab kritik ni sangat perit jugaklah kalau sesiapa yang tak kuat. Bayangkan, nak dapatkan idea untuk buat pun perlukan masa, nak buat pula perlu korbankan masa, last2 kene kritik bertubi2. Itu ok lagi, kalau tak diapprove, memang....... haiz, nauzubillah.

Tapi studio master kami baik je, selalu bagi support walaupun agak tak memuaskan hati dia. "Awak perlu baiki kat sini, kat sana. insyaAllah boleh ni." "Okay tak qie?" Kata2 beliau selalu. Studio master saya bakal PHD. Bro Khairul, seorang yang tegas tapi mengaplikasi sifat dan sikap kebapaan dalam studio kami. Dalam duk check2, kritik2, datanglah madam ros selepas memantau seluruh studio. Last studio kami kena juga sebab ketua untuk pembekal barang2 ada dalam studio saya. En. Faris atau lebih dikenali president IDEA sendiri. Dia bawa la skali barang2 yang tak diluluskan tu yang dah dibeli oleh bebudak lain untuk ditunjukkan . Padahal kami dah beli seperti mana yang studio2 master minta. Mungkin silap kami dan pembekal utama, sebab nama dia tu mengelirukan. Last2 dia suggest produk baru, jenis PVC. Tapi agak mahal, RM12 ringgit lebih satu. Kalau beli 2 atau 3? Tu baru satu jenis. Barang2 lain?hurm...biasiswa, bila nak masuk dean?

Lepas kene reject barang tu, Faris call la pembekal mcam biasa, tapi barang yang dikehendaki takde plak. Camne ni, esok ramai dah nak balik, nak tak nak kene beli sat tu gak untuk ganti balik barang2 orang yang salah tu. Kenderaan takde, hujan waktu tu. Betol2 macam buat drama. Duit pulak, takdelah banyak sangat. At least RM1k atau RM2K jugak nak kene ada. Bukan beli untuk seorang dua, tapi untuk ramai. So, Faris terus call kedai untuk pastikan kedai bukak dan barang ada, pegi ambik notis untuk keluar, siap2 solat, ambik duit terus ke Gombak. Kedai dituju di Taman Melawati. Nama kedai terpaksa dirahsiakan.

Jadi, dapat kedai tu, masuk check2 barang. Alamak, barang dah suntuk stoknya. Tinggal skit je. Terpaksalah borong je sekaligus semua. Alang2 borong, mata liar tengok barang2 lain. Uish, kalau ikotkan hati nak beli macam2. Ihsan dah rambang mata, terpaksa tarik tangan dia yang nak sentuh aje barang2 dalam kedai tu. Saya lak, sama je. hee Beli barang sume, waw, Seb baik tak sampai RM 1K, tapi skit lagi. Sbb barang yang dikehendaki sikit je. Kedai lain, dah tutup dan mahal. Hampir jam 8. Solat mangrib di Pusat Tuisyen kat situ. Dah merata cari tempat solat, padahal tempat solat atas kedai sebelah je selepas tanya Pakcik yang bawak anak perempuan dia beli barang2 kat kawasan tu. Tempat Tusyen. Anak2 VIP kot. mewah.

Kemudian solat isyak berjemaah skali dan makan. "KFC tarik kami pak guard, kami tak nak pegi pun." haa Tempoh keluar sampai jam 9 je.Tapi masih dalam KFC waktu tu. huh. Makan jelah, nanti bagilah alasan yang bombastic kat guard tu. InsyaAllah dia okay je tu. Barang2 bawak masuk skali dalam kedai. Makan2, alamak, kenyang la plak. Nak jalan ke tempat tunggu teksi pun dah berat. Dapat je teksi, terus ke stesen LRT Gombak. Nuh, sayut ujung/ ujung sayut sana. Stesen last skali. Nasib baiklah dah kurang orang, tak seperti datang tadi. Berhimpit2.

Turun di Universiti, ambik teksi lagi. Terus masuk ke UIA. "Maaf pakcik, kami bawak barang2 ni, nak pikul naik bukit dan mahallah, sangat meletihkan. Jadi nak minta teksi go though ye pakcik." Terus ke KC, bahagi barang2 untuk sisters. Bahagi2. Siap. kerja kami.. Kemudian saya terus ke OR untuk meeting SMAC sampai lewat malam. Dalam SMAC saya lead pub n pro. Sape nak duk bawah biro ni? jom2...dalam meeting mengantuk amat/amat mengantuk.
MAAF, tak pandai bercerita.


Sekian...
(ambik masa untuk buat GC tapi terkubur didepan laptop selepas update blog.)

Dah dapat walaupun tak banyak.
Rambang mata bila masuk kedai ni
Train lain yang ditunggu, train lain yang sampai
Ihsan dan ....

7 perkongsian

  1. seronok jugak bace cerita budak kos " papan luncur n tongkat sakti" nie..haha nnti aku dah jadi kaya sgt aku lntik kau jadi designer aku tau..BUATKAN BANGUNAN MCM MUKA AKU... siap dlm tempoh 100 hari lepas tue aku butakan mata korg suapaya x der sesape g yg akan wat mcm tue..mcm sejarah taj mahal hahaha

     
  2. Anonymous Says:
  3. salam.. waaahhhh susah jugak jd student aed ni. perlukan pengorbanan yang sgt besar. kalah budak sciences. huhu ^^,

    xpe la, bukan semua org merasa ape yg awak rasa.. saya tak rasa, jd saya tak tahu. saya x mengalaminya jd saya tak ada pengalaman tentang tu. kutip ilmu drp org lain je.. huhu. perkara mcm ni yg kuatkan jati diri kita sebagai seorang pelajar. biar badan kecil, biar org nak kata apa pun tentang kita, yg penting hati kita tak kecil, semangat kita besar dan daya juang kita tinggi! sanggup bersusah demi ilmu, I-Allah akan dipermudah oleh Nya :)

    [“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (dari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)]

    yang penting, jangan mengeluh dlm perjuangan menuntut ilmu. w'pun payah, teruskan usaha. jadikan doa sebagai senjata perjuangan dan kekuatan kita!

    [Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang apabila melaksanakan sesuatu pekerjaan, dilaksanakannya dengan tekun]

    nasihat Imam Syafie :

    [Saudaraku, kamu sekali-kali tidak berupaya mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara ; cerdik, aktif mencari ilmu, tekun berusaha, kehidupan yang memadai, mengakrabi ustaz (ilmuan) dan masa yang panjang]

    teruskan berusaha marzuqi!! nanti pape saya mintak tlg awak design rumah untuk saya. rumah yang ada taman ^^,

     
  4. Marzuqi Says:
  5. To Aiman:
    hahaa...nak upah bodyguard. tengok la nanti. Kalau rezeki aku masih kt situ. InsyaAllah..tp ingat nak sambung jadi artis je...huu

    To anonymous:
    Tak susah pun. Cubalah.hee Syukran atas komen yang membina. SubhanaAllah. Sikit dibagi, banyak pula ilmu dibalas...bagilah lagi ye.:-))

     
  6. Anonymous Says:
  7. artis????

     
  8. Marzuqi Says:
  9. yea,
    artis...heee

     
  10. Anonymous Says:
  11. wah!artis yang macamana tu?=)
    nak join artis lukisan di central market?haha

     
  12. Illusion~ Says:
  13. Aslkn bkn artis yg x menyumbang pd agama sudhlh
    (^_^)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor