"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Setiap langkah fikiran, bermanfaat

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday 1 January 2011

Salam alaik...
YaAllah lamanya saya tak update blog ni kan. Tarikh last saya update blog ni ialah 21hb Dis. Dalam 3 minggu juga tak update. Kenapa tak update blog? Soalan tu dah terbiasa dalam 3minggu ni. YaAllah, saya ingat saya dah fed up untuk menulis lagi. Dengan melihat orang2, kawan2 blogger yang tak putus2 mengepost artikle dan bahan2 di blog sedangkan saya kaku bila dihadapan laptop. Suatu perbuatan mesti ada alasan kan, jadi alasan saya mudah je, terlalu banyak khilaf2 waktu. Alasan yang biasa bagi saya sebab waktulah yang berlawan dengan saya jika melakukan sesuatu.

Ni adalah semester terakhir saya di Centre for Foundation Studies. I.Allah pertengahan bulan 2 nanti saya akan graduate dari sini. Dan akan bercuti selama 7bulan. Cuti yang sangat lama dan membosankan. Tapi, saya akan cuba buat ia akan jadi tak bosan. I.Allah. Mudah-mudahan. Jadi, bila dah semester akhir ni, final projek pun mesti lah weightage dia berat skit dari biasa. 40% untuk ED lebih kurang satu semester bertarung dalam ED. Projek 4 saya kali ni ada 3 sub dibawahnya. Sangat2 mencabar. Minggu depan dah start 1st presentation untuk task pertama (1).

Bila final projek jugak, mestilah barang2 pun banyak dan duit pun akan banyak diperlukan untuk dihabiskan. Kene berjimat! Dahlah akhir2 ni saya ni kuat makan (biar slalu kuat makan pun :p). Tu pasal ED, GC? lebih kurang ED, projek presentation saiz a1,a2. Sangat2 mencabar.

Apa kata saya yang banyak program kat dalam bulan ni? huu Projek banyak, program banyak. Nak list skit. 7hb saya ada lawatan ke penjara Kajang, Pusat tahanan Nicotine/Dadah. 8hb saya jadi perwakilan PKN di KLIUC. 10hb saya ada program 'Campus Buddies Short Course', 12hb saya ada Talk, 15-23hb saya ada SMAC, Sport sand Martial Art Carnival, 15hb tu jugak saya ada Kursus Semelihan (hanya sebagai peserta, mungkinlah) dan 30hb saya ada abjz. Haa, baru tahu masa tu berharga!

Alhamdulillah saya masih bleh bernafas dan i.Allah akan terus kuat untuk buat kerja2 ni. Sebab ini adalah kemahuan saya juga. Nak penuhi masa dengan bende2 berfaedah dan takmahu pikir perkara2 yang sia2. Setiap langkah ada bende yang bermanfaat difikirkan. i.Allah. Bukan untuk diri sendiri sangat pun, kebanyakan program adalah untuk orang lain. Moga dapat yang terbaik dari kerja baik. Allah with me!

Antara interior yang saya kene sketch

Dah, saya ambik waktu lama dh kat sini. Len kali ada coretan saya tulis lagi. iAllah mudah2-an. Allah tu cantik dan suka kecantikan. Saya nak buat kerja cantik2.=) doakan!

0 perkongsian

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor