"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Diari urus niaga 2

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Monday 9 May 2011

Bismillahirahmanirahim...
Cerita kat inspirasikalbu ni memang kisah yang suka hati saya je saya letak kan. Nak buat macam mana, memandangkan saya pemilik sementara blog ni. Tak tahulah lepas ni ada orang nak beli blog ni dengan bidaan. :-p Future life manalah kita tahu kan, ntah-ntah blog ni bertukar pemilik atau mempunyai 2 orang pemilik. :-) Masih ingat lagi blog ni dibina selepas saya bersama kawan-kawan dan adik-adik sekolah mencelikkan mata dengan IT. Tak silap saya sewaktu di tingkatan 3, saya dapat layari internet dengan mudah di rumah. Tetapi internet di rumah hanya limited. Ramai si pemakai. Jadi nak tak nak untuk akses, balik sekolah singgah di komputer lab untuk layari internet. Sekejap pun jadilah.

Waktu tu, kalau buka internet je, mesti laman web sekolah lah jadi laman pertama dan terakhir dilayari. Memang mengadap laman sekolah aje. Kat situlah semua berkumpul, kami jadi kenal antara satu sama lain, lebih terkenal dari pengetua baru sewaktu tu. Semua info sewaktu sekolah ternyata cepat tersebar di laman web sekolah. Adik-adik yang menjadi adik-adik saya sekarang saya kenal melalui laman web sekolah dan sedikit sebanyak dalam organisasi. Alhamdulillah.

Bak kata orang, pertemuan mesti berakhir dengan perpisahan. Memang betul pun kata-kata tu. Kami terpisah dengan jarak, masalah teknikal, masa dan banyak lagi masalah tersendiri. :-) Oh, saya tak suka berpaling terlalu lama kepada kenangan. Kenangan membuatkan kita beremosi .(sedih, gembira, suka, geram, benci dll) Dari kita melayan kenangan, baik kita bina kenangan baru. :-) Tapi 3 tahun berlalu, kami selalu je buat gathering. i.Allah ukhuwah itu ada, ingat dalam doa pun jadilah. Okay, blog ni sebenarnya pernah bertukar pemilik! hape?? Yup, ntah macam mana boleh jadi saya pun tak tahu nak cerita.(xnak ingat lagi) Mungkin hacking! Alhamdulillah saya dapat kembali blog ni selepas bertukus lumus bertempur.

alamak, panjang la pulak cerita pasal blog nih...

letak data dalam komputer(rantai tangan perak)

Tajuk blog kali ni ialah diari niaga 2. Pengalaman saya kali ni selain dapat berniaga, saya juga dapat baiki emas. hee My bro ajar cara nak guna mesin pembersih barang2 kemas, untuk bakar emas, guna asid, pateri/sambung, hancurkan emas pun diajar. Saya pernah hancurkan rantai tangan orang. haha. Kebiasaan kalau ada orang nak tolak emas, apa yang perlu kita buat, kita kena 1) timbang berat asli dia. So, kalau barang tu ada permata, 2)kita kene buang dulu sebelum kita timbang, kemudian baru 3)kita bakar untuk padatkan emas itu. Emas 999% bila dibakar akan lebih cantik, lebih kuning, emas lain jika dibakar, emas akan hitam gelap kerana sudah banyak campuran lain diletakkan.

Emas ada banyak mutu. Dengan turutan yang lebih bermutu, 999.9% semestinya no 1. Kemudian 916%, 750%, 585%, suasa (emas yang sedikit sangat dalam sesuatu barang) dan byk lagi. Peratus mutu emas inilah yang membezakan harganya. 916% adalah mutu emas yang biasa digunakan untuk barang2 kemas. Manakala 750% biasanya digunakan untuk membuat barang2 white gold/Emas putih. Emas bermutu 999% jika mahu dibuat barang2 kemas, kebiasaan kami mengambil tempahan kerana mutunya terlalu tinggi.

Kes saya ni, rantai tangan tu rantai tangan kosong/ gelongong/ tak padat. Lepas test mutu dengan asid, kita kene bakar emas tu untuk padatkannya, ok sudah! Bakar punya bakar, tiba2 dengan api yang kuat bewarna biru tu memutuskan rantai tangan kepada 3 bahagian.

PANIK dah mula2 nih TAPI buat2 macho lagi...

Alhamdulillah, nasib baik orang tu jadi nak tolak barang. Kalau tak, tak ker naya kene sambung balik rantai tangan tu. huu Bak kata orang tua2, dari kesilapan tulah kita belajar lebih berhati-hati. :-)

Selain tu, alang2 ada kepakaran komputer, saya dengan pekerja2 lain (adik bradik, sepupu je pun) buat list barang2 ke dalam komputer. So, jadi lebih kemas dan cantik lah. Apa-apa barang keluar dan masuk kedai akan diupdate setiap masa. Kami pun turut buat audit bil2 untuk rujukan audit. haa, nanti ada juruaudit akan datang menyemak semua data2 yang dibuat. Ini penting dalam perniagaan. Baik, buat waktu ni, ini jelah sedikit cerita mengenal urus niaga 2. :-)

Hurm,kalau kita lihat dunia hari ni dipenuhi dengan pelbagai isu yang kadang-kadang pening kita dibuatnya sebagai pembaca/pendengar. Kadang kala saya sendiri muak bila membaca surat khabar. Tengok tajuk pun dah taknak teruskan bacaan. Bukan tak mahu ambil peduli isu semasa, tapi seperti tak habis-habis. Semakin dingin adalah, kadang2 akhbar tak henti-henti menyuarakan isu yang berulang-ulang. Ishh, buat pening si pembaca macam saya je. Duk tatap 2,3 akhbar setiap hari, segala info masyuk je tapi entah betol atau tak. Kita mana tahu. Apa nak jadi???

3 perkongsian

  1. Anonymous Says:
  2. Perkongsian menarik!pemilik blog ni tukang emas ke??haha :P
    Agk2 sanggup ke nk bermadu ngan pemilik lain?(n_n)

     
  3. assalamualaikum..

    akhi..dgrnya hrga emas naik lg..???

     
  4. anonymous:
    Itu kemahiran tambahan.=) Sebab ada juga datang untuk baik pulih barang. Yang senang2 boleh lah buat. Yang agak2 cerewet, tak berani. Hantar ke the real tukang.

    Norr Azlen:
    Tak naik mana. Stabil cam minggu lepas. Minggu lepas je la naik.

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor