"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

Diari urus niaga 1

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Sunday 1 May 2011

Bismillahirahmanirahim...

Hari ni entry saya adalah berkaitan dengan pengalaman kerja saya dalam urus niaga barang2 emas dan permata. Ehem, saya takde la terer bab berniaga ni, cuma nak share sedikit pengalaman bila berurusan dengan orang dalam urusan perniagaan. InsyaAllah, moga yang membaca dapat mendapat sedikit input yang mungkin boleh di apply suatu hari nanti atau dijadikan pengajaran, kalau ada lah. =) Sebelum ni saya pernah berniaga secara persendiriaan dan perkongsian di sekolah dahulu dan di UIA juga. Tapi secara kecil-kecilan je. Di sekolah, seingat saya buat waktu ni, saya pernah menjual button budget dan alatan lain kemudian duit itu dimasukkan kedalam tabung kelab. Junior2 saya ingat tak lagi kisah kita dulu2?:-) Di UIA, saya pernah terlibat dalam menjual jaket, buku, makanan, barang2 pembelajaran/projek dan membuat perkhidmatan 3 in 1-printing, photostat dan scan. Alhamdulillah. Jika kita pohon rezeki daripada Allah, pasti Dia akan bagi kepada kita. Lambat atau cepat je.

Berurusan dengan orang dalam dunia perniagaan sangat2 perlukan ketelitian, kesabaran dan cara tersendiri untuk menarik minat mereka. Sebelum itu, kepada mereka yang berminat dalam urusan ini jangan terburu2. Sepertimana hadis, "setiap perkara dimulakan dengan niat." seangkatan dengan hadis itu, jika anda mahu menceburi dalam bidang ini, anda perlu 1) tentukan niat anda dahulu dan 2)merancang stategi perniagaan sebaik mungkin. Ini kerana, dalam urusan ini, kita perlu melabur dahulu dengan perlaburan yang banyak $$. Jadi, semua perkara yang disebutkan ini perlu kepada ilmu mengenai urusan perniagaan serta pengalaman yang luas. :-)

Lebih banyak pelabur, lebih senang urusan perniagaan:
Betol tak??Pada pandangan saya memang betul sebab kalau ramai pelabur melabur untuk suatu kepentingan perniagaan, lebih senang untuk mendapatkan modal. Jika kita berseorangan, agak bahaya dan susah kalau tak banyak dalam "simpanan". Kita tidak tahu apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Eh, macam orang ambik bachelor of business je ni. :-p Banyak lagi ilmu perlu dihuraikan mengenai bab ni. Tapi saya xdapat ar nak hurai. Kene belajar dulu.

Peminta sedekah:
Selama seminggu bekerja, banyak benda dapat saya lihat. Yang biasa dilihat ialah pelanggan la kan. Selain pelanggan, emas dan permata semua tu dah jadi biasa. Ada satu yang kami biasa lihat ialah ada peminta2 sedekah yang akan datang 3,4 orang setiap hari untuk minta derma duit. Setiap hari! Cuba bayangkan minima dibagi RM1 x 30 hari. RM 30 dah dia dapat sebulan. Itu baru 1 kedai/1 orang bagi. Kalau 40 orang dia minta dan dibagi RM1? 1x40=RM40x30hari=RM1200 sebulan. Menguntung kan! Tak tahulah nak cakap apa, nak menidakkan tindakan diorang takut salah, nak mengeyakan pun takut lain jadinya. Sebabnya, ada yang muda, pakai smart pun datang, "tauke, nak minta derma skit ni." haishh. Kerja la oi kalau nak duit...

Malu lah kita:
Sebab apa? Diorang ni berkopiah siap, nampak macam alim tapi minta sedekah. Memang perspektif orang akan berubah terus. Orang yang datang pakai kopiah yang sepatutnya diaggap sebagai orang alim ulamak, kaki masjid/surau, orang yang disegani tapi rupanya minta sedekah. Orang cina non muslim PUN DAH pandai kata, "ha ni mesti mau minta itu shadakah." Malu kita, malu. Pakaian yang sepatutnya menjadi simbol agama dipakai untuk mendapatkan belas kasihan orang dengan meminta sedekah. Kalau sekali kiranya boleh bersangka baik, tapi everyday orang yang sama. isk3 Lihat kat tv semalam, ada orang bukan setakat cacat biasa, namun takde tangan, boleh je berniaga dengan membuka kedai jahit. Cantik sulaman dia buat. Kagum saya sekeluarga! Satu pengajaran buat kita supaya berusaha dan berdikari untuk hidup sehingga ke titisan darah terakhir.:-)

Pelanggan:
Selama duk meniaga emas, banyak kali dapat pegang duit 100k keatas. haha kaya2 kalau itu semua milik saya. Tapi realitinya tidak. Duit tu hanya sementara, perlu diputar kembali seperti roda untuk membeli emas, membayar tukang, membayar itu dan ini, kemudian menjual semula. Ramai pelanggan yang datang, ada yang muka sama, ada yang muka baru, ada yang datang dari Kuantan, KB, KL mahupun Kedah. Nak beli emas di Trg sebab murah sedikit dari KL sana. =) Pelanggan yang membeli emas adalah pelanggan yang bijak. Kenapa? Sebab, emas yang sejemput kuning itu boleh membantu kita dalam kewangan jika suatu hari nanti kita perlukan duit kecemasan. Bantuan lain, semestinya dari-Nya.

Saya suka bila ada seorang ibu muda yang datang bersama 2 orang anak perempuannya yang kecil dan comel sangat2. Kak ida dan alisya. haha. Selalu datang untuk membaiki rantai leher dan membeli emas. Kadang2 saya duk melayan anak dia yang comel tu je dari melayan pelanggan lain.isk Tadi, dia membeli gelang kaki perak untuk 2 puterinya tu. Pilihan daripada saya. hee Dan boleh dikatakan setiap hari ada je anak2 kecil dibawa untuk bertindik. Semalam dan tadi, satu kedai riuh sebab tangisan budak. huhu. Last skali, dua2 tak jadi jugak bertindik. postpone lah, kata ibunya. =)

Emas:
Nilai emas 916 hari ini ialah 150/gram.(awal Mei 11) Sudah meningkat dari minggu lepas iaitu 149/gram. Jika kita beli emas, kita simpan ia untuk jangka masa 2 tahun lagi, mungkin emas yang kita beli seberat sekian-sekian gram bersamaan RM3000 hari ini akan menjadi RM3500 atau mungkin lebih dalam masa 2tahun. Saya ada promosikan Jongkong emas seperti gambar dibawah kepada sesiapa yang berminat untuk membeli daripada saya.=) hee Emas Jongkong 10g mutu 999.9 dengan nilai emas sekarang ialah RM1610.

Hantaran tunang & kahwin:
Boleh dikatakan setiap hari saya didatangi oleh bakal2 pegantin. Ada yang membeli cincin untuk pasangan perempuan, ada si perempuan membeli cincin untuk pasangan lelaki, ada yang membeli tali tangan, ada yang membeli rantai dan sebagainya. Si anak lelaki bersama ibubapa datang mencari hantaran yang paling sesuai, "tangan dia rasa macam tangan adik, kecik je." adik, hulur tangan jap, nak ukur." Ada yang berseorangan,"dia bagitau saiz jari dia 14, tolong pilihkan untuk hantaran kahwin boleh?" Ada yang berpasangan, tak cakap pun dapat detect sebab mereka masih malu2 dan tak bersentuhan. "prempuan :abg, ni okay? lelaki: okay jugak." =)

Hurmm, banyak lagi cerita dalam kepala ni. Tapi takkan semua nak diceritakan kat sini kan . Next entry lah, mungkin entry ini akan bersambung. =) Jadi, sesiapa yang berminat untuk membeli dan menjual/mengedar emas bersama2 dengan saya. Contact saya melalui email. Selalu je on9. =)

Jongkong Emas 999.9 % 10g.Nak beli?
Tali tangan emas 916% pelbagai berat. :-)
Koleksi emas 999.9 % untuk dijual. :-)

Ini dia Zharif Asyraf, anak abg yg ke-2 dah tak manja macam dulu. Nak jadi hero. huh Bakal dapat adik tak lama lagi nih. Balik ziarah kampung halaman di hari cuti pekerja. =)

Zharif walau mgantuk ttp main NFS
Pinjam laptop ayycik.Seb baik ayycik install 1 game nih. :p

Cuba untuk jauhkan entry berkaitan dengan isu panas sepanjang zaman. Mohon maaf andai tulisan menyakitkan hati anda. Tiada niat untuk apa-apa pun, saya insan dhaif lagi kerdil.
*sekian*

8 perkongsian

  1. abang marzuqi kerja dekat shopping mall ke? :O macam best :D

     
  2. takdelah.org tak terima abg keje kat tempat besar2 camtu. i'm nobody~

     
  3. assalamualaikum..

    syukran akhi atas2 info2 brguna brkenaan emas trsebut..

    emas putih brp plak hrga per gram???

     
  4. kene tengok jenis barang jugak kalau emas putih ni.
    kadang2 barang dah ada harga, kami ambik 80% je dari harga asal. makna lain, 20% kami potong dari harga asal...
    maknanya lebih murah skit la.
    sama macam perak, perak lagi murah dari emas dan palladium. Palladium adalah barang yang cantik dan berkilat. sangat cantik dan harganya pun 'cantik'..:-)

     
  5. Anonymous Says:
  6. ilmu+pengalaman+emas yg cantikk dan bernilai..
    silau2 mata tgk..hee (~_~)
    *naik satu ibu jari*

     
  7. :-)
    nai kedua2 ibu jari...

     
  8. button badge tu masih b2 simpan, syg sgt ^_^ tapi dah berkarat sikit, mungkin sbb ms dkt skoloh dulu b2 pakai. tu je la kenangan tinggal....=((

    dah byk dah ilmu Akh ttg perniagaan. tapi b2 pening o__0 b2 x suka kira duit. tu peratus2 semua =__=" tapi minat juga berniaga, aha, mcm mana tu ^__^
    tapi yg b2 tahu, kalau beli emas, untung, x rugi

    wah, kekgi kalau ada emas yg b2 nak beli, b2 pergi lagi la. akan dtg ke.

     
  9. baru belajar jugak ni cara2 nak berurusan.i.Allah lama2 ad kemahiran adlah pengalaman..
    ok,pegang kata2 tu tau, jgn datang saje2 je mcam haritu..:-)

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor