"...andai kamu berasa dunia ini terlalu sempit utk kamu lakukan dakwah, tadahlah tangan ke langit kerana di sana luas rahmat Tuhan yang maha indah..."
(HAMKA)

: Aku tidak memiliki sesiapa dihatiku kecuali Allah~

B4 ke Kedah, ke Cameron Highland dulu sekejap

Ditulis oleh Muhammad Marzuqi Saturday 12 March 2011

Bismillahirahmanirahim...

Badan ni dah sebati dengan program agaknya. Ape taknya, bila tak buat apa2, rasa letih, nak tidur aje kerjanya, tapi bila buat keje, rasa kuat, bertenaga, semangat. Nanti akhir bulan ni balik ke kampung tak tahulah macam mana, nak buat kerja apa pun tak pasti lagi. Kenapalah cuti lama sangat?? Cuti sebulan dua dahlah!haishh... Moga-moga Allah bagi peluang untuk berbakti di kampung. Kat kampung nanti, boleh sambut anak sedara baru(abg ke 3), i.Allah bulan 5 ni masanya.

Sebelum saya dan kawan2 buat program dakwah di Kedah, saya nak ambik angin dulu di Cameron Highland. hehe Dengan keluarga kak sulong, akak, dan adik. Berapa kali dah pergi pun tak puas ke Cameron ni. Last saya menginap kat sana waktu ramadhan, sempena program Halawatul Ramadhan pada tahun lepas. Program mengajak dan mengajar masyarakat asli berpuasa. Dari sahur sampailah berbuka kita mengajar. Dalam semua bentuk, akhlak, cara, dan macam2. Haritu menginap di Perkampungan Orang Asli. Bukan hotel. I.Allah tahun ni dalam perancangan akan ke sana sekali lagi pada bulan Ramadhan dibawah kampus Kuantan. Tapi taktaulah jadi atau tak. i.Allah jadi le tu.

pkok2 bunga di cameron
susana tanah rata di cameron
tanaman sayuran
ni dio, sampai je trus ambik pic.
kesian kat nenek ni, lama tak jumpa dia.
Tapi kali ni saya ke sana bukan ke perkampungan tu tapi kat tempat lain untuk makan angin. Saya dah cakap kat akak saya, "baik kita menginap kat rumah orang asli je, bajet sikit duit sewa hotel". haha. Dah banyak kali pergi sana, dah kenal mana rumah mak andak, pakcik2 sana. bolehlah menumpang semalaman kut. huh Orang sana baik2 belaka. Kalau kami datang, bas memang tak boleh masuk kampung yang curam dan dalam. Dioranglah yang angkut kami dengan lori yang digunakan untuk angkut tanaman dan kereta yang satu tu ulang alik sampai habis 44 orang.huh Nak jalan kaki, jauh dan berliku liku jalannya, yaAllah.

Ok, hari selasa akan datang, saya akan mula sibuk dah kut dengan persiapan program di Kedah. Persiapan belum sempurna lagi. Ni ada sedikit gambar2 tempat yang bakal dibuat program. Tahun lepas sempat buat survay diikuti survay dari adik-adik pimpinan baru seterusnya. Kawasan cantik dikelilingin hutan, banyak rumah2 dan ada dewan serbaguna. Doakan program ni berjaya dengan sempurna. i.Allah.
Aktiviti kopek kelapaDah byk kali saya pergi perkampungan O.Asli, MESTI jumpa anjing merata2.
Masyarakat sana, belakang sana ad dewan serbaguna.
deretan rumah mereka.
bros cuba aktiviti tangkap ikan bersama org kampung waktu malam.
Sempat saya belajar buat lemang^^,
last destination waktu survay tmpat. kalo sempat, nak ke sini lagi.^^,

4 perkongsian

  1. Unknown Says:
  2. tengok gambar terasa seronok..saya pun akan ke cameron highland tp hujung minggu ni..selamat bercuti ^_^

     
  3. Anonymous Says:
  4. Smoge bjaya prgm tu.InsyaAllah~Kirim salam sy pd mereka.(n_n)

     
  5. dah balik.alhamdulillah, program berjaya. Sekolah pun boleh guna~

     
  6. Assalamu'alaikum

    Pernah g cameron highland.

    Seronok.

     

Pemilik Sementara

My photo
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, BUT to be loved by Allah is everything." Boleh dihubungi melalui: [ym][email]marz_focus91@yahoo.com

Pesanan Untuk Saya

Waktu Solat

Koleksi Gambar Kenangan

.

Beli Jongkong EMAS 999.9%


email/ym: marz_focus91@yahoo.com

Posts Glamor