Assalamualaikum...
Hari kedua di Penang, saya dan Shahirun ke Kota Kuala Muda untuk membuat kuih. sebenarnya lebih kepada tengok dan rasa kuih. haha. Kuih tu dibuat dekat dengan rumah nenek sahabat saya ni, sebabtu kami pegi. Kalau kat lain, takde peluang kot. Nenek dan parents dia yang buat kuih tu. Macam-macam jenis kuih yang dibuat. Antaranya kuih kapal terbang, kerepek2 dan macam2 lagi. (x ingat plak) Masa saya pergi, diorang tengah buat kuih k.terbang. Kuih ni banyak nama, tapi nenek tu cakap nama tu, saya pun iyakan aja.hehe (xkenal kuih) Proses yang sempat saya tengok ialah memotong kepada bahagian yang kecil dan masak. Lama jugak nak buat kuih walaupun nampak simple. Badan kene kuat dan tak mudah mengantuk. huh. Siap gorengan pertama, saya dibagi rasa skit.
Pantai Merdeka
Dalam gambar cantik plak.huu
Kembara jalan2 di Penang akhirnya tamat dengan bahagia. hehe. 19-21hb Okt. melakar sejarah ke Penang. ni sebabnya tak pernah pergi kat sana. Pernah dulu masa masuk kampung orang asli di Kedah, kami melintas jalan kat area penang sebelum balik ke UIA. Betapa exitednya tengok jambatan Pulau Pinang TAPI tak dapat pergi pun. "Pergi Johor pahtu pergi Penang plak, sukanya berjalan2.""Banyak duit bro." "membazir2" ini ayat yang biasa kedengaran. hah Saya memang suka berjalan2, sebabtu hobi saya pun melancong. Mungkin bila bekerja dan bekeluarga nanti, saya akan berantau di negeri orang. InsyaAllah. Saya mahu ke Syiria, United Kingdom, Jordan, Mesir, Mekkah terutamanya dan banyak lagi. angan-angan kan? Ke Penang dulu pun adalah angan2, sekarang ia dah menjadi realiti. Saya tak suka orang block saya punya cita-cita dengan ayat yang meluntur semangat dan pelbagai cara(rasa nak bunoh)hee. Moga saya dapat sayap kiri yang ada hobi macam saya. ameen. hehe "ala, pergi jalan2 dalam negeri pun kecoh", okay. Ini blog saya, jadi? jadi paham2 la ye. :-|
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan – yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: “Ke mana engkau menghendaki?” Orang itu menjawab: “Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini.” Malaikat bertanya lagi: “Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?” Ia menjawab: “Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu – guna memberitahukan – bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu karena Allah.” (Riwayat Muslim)
yeay!! btol3..btol la tu kuih gettah~~ da tgok picz bru kompem! hehe.
byk nama kut..